Saturday, April 19, 2008

SEKEMA PERKULIAHAN PENDIDIKAN ASAS ISLAM

SKEMA PERKULIAHAN 
PELAJARAN : PENDIDIKAN ASAS ISLAM
UNTUK PELAJAR  : Pra Universiti
BAHAGIAN : SATU

Tajuk

1. Pengenalan Islam Sebagai al Din 

1. 1 Manusia dan agama secara umum Manusia dan unsur kejadiannya
Pengertian agama
Keperluan manusia kepada agama

1. 2 Pengertian Agama Islam Bahasa, Istilah
Islam sebagai ad-Din
Penyelewengan daripada ajaran Islam

1. 3 Ruang Lingkup Ajaran Islam Asas - aqidah, syariat dan akhlak
Sistem hidup bermasyarakat dan bernegara (politik, ekonomi, sosial dll)
Pengawalan -jihad dan dakwah

1. 4 Sumber-Sumber Ajaran Islam

  • Al-Quran
  • Al-Sunnah
  • Al-Ijtihad

1. 5 Keistimewaan Islam Rabbani

  • Syamil
  • Wasatiah
  • Waqie
  • Alami


Tajuk 2: Akidah Teras Pembangunan Muslim2. 1 Pengertian Akidah, Iman, Tauhid

2. 2 Asas-Asas Akidah Kepercayaan Kepada Allah Bukti kewujudan Allah
Keyakinan terhadap hakikat Allah; Nama-nama dan sifat
Kepercayaan Kepada malaikat Kejadian dan hakikat Malaikat
Peranan dan tanggungjawab
Kepercayaan Kepada Kitab 4M - Memiliki, Membaca. Memahami, Menghayati

Kepercayaan Kepada Rasul Peranan Rasul
Aplikasi sifat-sifat Rasul pada diri Manusia
Kepercayaan Kepada Hari Akhirat Hakikat Hari Akhirat
Pembalasan Syurga dan Neraka [Persiapan menghadapi Hari Akhirat]
Kepercayaan Kepada Qada dan Qadar Pengertian Qada dan Qadar
KepentEngan menyakini Qada dan Qadar

2. 3 Pembinaan dan Pengukuhan Akidah llmu

  • Mengelakkan diri dari suasana dosa danjahiliah
  • lltizam meninggalkan yang haram
  • lltizam melakukan ibadat
  • Mujahadah al-nafs dan muhasabah diri
  • Taubat dan doa


2. 4 Faktor yang membatalkan akidah Percakapan, Perbuatan, Keyakinan

2. 5 Peranan akidah dalam pembangunan Ummah:

  • Melahirkan ummah yang tunduk dan patuh kepada ajaran Allah dan Rasul.
  • Melahirkan ummah yang mempunyai halatuju dan matlamat hidup yang jelas.
  • Melahirkan ummah yang memiliki keperibadian unggul.
  • Melahirkan ummah yang berfikiran kritis, progresif dan dinamis
  • Membangun ekonomi ummah secara komrehensif.
  • Menegakkan sistem pemerintahan yang stabil

Tajuk 3: Syariah Dalam Kehidupan Muslim3. 1 Pengertian terminologi: Syariah, Fiqh, Hukum, Undang-undang
Nas, Masadir

3. 2 Maqasid syariyah Memelihara kesucian dan kepercayaan beragama

  • Menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia
  • Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasaan akal
  • Menjamin kehormatan dan maruah diri
  • Menjamin usaha pemilikan dan penguasaan harta


3. 3 Skop syariah
Skop

  • Hubungan manusia dengan Allah
  • Hubungan antara manusia sesama manusia
  • Hubungan antara manusia dengan alam

Pelaksanaan
Penguatkuasaan

3. 4 Peranan syariah
Pembangunan menurut Islam
Pendekatan pembangunan menurut Islam
Tauhid, Khilafah, Tazkiyah, Al-Adalah
Pembangunan ummah: Individu, Fizikal, Kognitif, Emosi, Spiritual, Masyarakat, Negara
Syariat Islam sebagai pemacu pembangunan ummah:
Mendidik manusia
Memelihara lima asas
Menegakkan keadilan
Keperluan manusia kepada syariat dan kesan pengabaiannya

Tajuk 4: Konsep Ibadah Membina Insan Berkualiti4. 1 Pendahuluan
4. 2 Pengertian Ibadah
4. 3 Pembahagian Ibadah

Ibadah khusus - fokus kepada solat; Ibadah umum
Syarat-syarat amalan dikira sebagai ibadah
4. 4 Asas-asas Ibadah llmu, (man, Ihsan, Ikhlas
4. 5 Keistimewaan Ibadah
4. 6 Impak Ibadah Dalam kehidupan
Ibadah khusus
Secara umum
kesan pengabaian dan cara pemantapan

Tajuk 5: Akhlak Dalam Pembentukan jati Diri Muslim
5.1 Pendahuluan
5.2 Pengertian
Moral, Etika, Akhlak
5.3 Kategori dan skop akhlak
Kategori: Mahmudah, Mazmumah, Skop

  • Manusia dengan Allah
  • Sesama manusia
  • Terhadap alam


5.4 Pembinaan dan pemantapan akhlak
Aqidah yang mantap, kepatuhan syariah, pelaksanaan ibadah
llmu pengetahuan: didikan dan latihan
Penghayatan al-Quran
Rasul:
Uswah Hasanah, contoh sahabat dan ulama,
Muhasabah diri, Tarbiyah Ruhiyah, Tazkiyah al-nafs
Mujahadah

5.5 Cabaran dan penyelesaian pembentukan akhlak Cabaran luaran
Cabaran dalaman Penyelesaiannya


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah 
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA 

HP: 013-4006206
PJ: 04-9882701
RU: 04-9882597


Akhlak Dalam Pembentukan jutidiri Muslim


5. 1 Pendahuluan
Perbincangan mengenai akhlak, etika dan moral menarik perhatian pelbagai pihak sejak zaman berzaman. Umumnya ketiga-tiga istilah ini berkaitan dengan perangai, tabiat, sikap, tingkah laku, budi pekerti dan lain-lain aktiviti perlakuan manusia. Seterusnya perlakuan tersebut diberi ukuran atau nilai sama ada baik atau buruk, jahat atau tidak dan sebagainya. Namun, persoalannya ialah apakah standard (piawaian) dalam menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk ?, jahat atau tidak ?. Pelbagai jawapan kita akan peroleh apabila kita mengkaji dan memahami konsep etika, moral dan akhlak itu sendiri. Ini sesuai dengan pepatah "lain padang, lain belalang". Lain perlakuan, lain penilaian yang diberikan oleh komuniti masyarakat.

Etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos yang bermaksud hukum, adat resam, kebiasaan dan budi pekerti. Bahasa Latin yang banyak mewarisi budaya Yunani pula menggunakan perkataan mores bagi konsep yang sama. Mores ialah kata dasar bagi moral yang ditakrifkan sebagai kesusilaan, adab, sopan santun, tradisi dan sebagainya yang menentukan piawaian atau norma. Bagaimanapun terdapat sesetengah orang mengaitkan etika dan moral dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum, tatasusila atau tatatertib masyarakat. Peraturan masyarakat biasa juga dimaksudkan sebagai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, nilai dan pantang larang masyarakat. Walau apapun, peraturan masyarakat wujud di luar diri individu. Peraturan juga bersifat wujud atau konkrit serta ditetapkan oleh autoriti dalam masyarakat tersebut (Abdul Rahman Md Aroff, 1999:10).

Bagi Gazalba (1983:89) etika ialah teori tentang laku perbuatan manusia dipandang dari segi baik atau buruk sejauh yang dapat ditentukan oleh akal. Nilai-nilai yang dipandang baik oleh etika itulah disebut moral yang baik, manakala nilai-nilai yang dipandang buruk oleh etika, ia disebut moral yang buruk atau tidak bermoral. Ini membawa maksud bahawa etika dan moral merupakan dua perkara yang saling berkaitan dan berhubungan antara satu sama lain. Justeru, terdapat para pengkaji etika yang samaertikan antara moral dengan etika. Mohd Nasir Omar (1986:18) memetik kata-kata Peter Baelz, antara lain menulis: "Moral dan etika selalunya mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun, adalah berfaedah jika dapat dibezakan antara keduanya, sekalipun kita selalu tidak berjaya membezakannya".

jika kedua-dua perkataan itu digabungkan, maka moral dapat diertikan sebagai satu disiplin yang menjelaskan kepada kita apakah sistem moral yang dihayati oleh satu-satu kelompok manusia tertentu; manakala etika pula mengkaji, menganalisa dan mengkritik sistem moral tersebut. - Etika bersifat reflektif dan teoritikal, sementara moral pula bersifat praktikal. Etika adalah penyelidik atau pengkaji, manakala moral merupakan bahan yang diselidik atau dikaji oleh etika (Mohd Nasir Omar, 1986:19-20).

Disebabkan etika merupakan teori-teori yang dihasilkan oleh pemikiran manusia, kita dapati telah muncul pelbagai mazhab dengan teori-teori etika atau kemoralan berdasarkan fahaman masing-masing. Teori-teori tersebut antaranya ialah teori kemoralan sosial, etika keperibadian mulia, utilitarianisme, egoisme, prinsip kewajipan, eksistensialisma, naturalisme, hendoisme, idealisme, teologi dan sebagainya (Abdul
Rahman Md Aroff, 1999: 10-43; Mustafa Hj Daud, 1996:17-25).

Akhlak dalam Islam bukanlah teori, kerana itu konsepnya tidak sama dengan konsep etika yang dibawa oleh Barat. Akhlak dalam Islam ialah sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku (perbuatan) manusia terhadap Allah s.w.t. dan terhadap diri sendiri dan makhluk lain, sesuai dengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-Quran dan Hadis. Nilai yang baik disebirt akhiak mahmudah dan nilai yang keji disebut akhlak mazmumah. Bagi Gazalba (1983: 89), moral dalam Islam ditentukan oleh akhlak.

Moral dalam masyarakat bukan Islam ditentukan oleh etika. Etika ialah falsafah mengenai teori nilai (axiologi).

5. 2 Pengertian Akhlak
Akhlak adalah perkataan Arab, iaitu kata jamakplural dari perkataan al-khuluqun yang bermaksud budi pekerti, tingkah laku dan tabiat (Mustafa Hj Daud, 1996: 4). Perkataan ini pula adalah pecahan daripada perkataan al-khalaq yang bererti ciptaan (Harun Din, 1985: 143). Al-Quran menyatakan hakikat ini, bermaksud : "Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakannya kejadian manusia berasal dari tanah". (al-Sajdah 32: 7)

Manusia dicipta dengan penuh keindahan (sebaik-baik kejadian). Keindahan tersebut meliputi lahiriah (fizikal) dan batiniah (spiritual - dalaman) diri manusia. Keindahan ciptaan fizikal dustilahkan sebagai al-khalqu seperti raut muka, warna kulit, tinggi rendah tubuhnya dan sebagainya. Sementara keindahan dalaman diri manusia terangkum dalam istilah al-khuluq yang menggambarkan keindahan jiwa, meliputi kehendak, inspirasi dan sebagainya. Oleh itu apabila seseorang dikatakan baik khuluq dan khalqunya maka ia bermaksud orang tersebut baik sifat lahiriah dan batiniahnya (Lebih lanjut lihat Humaidi Tatapangarsa, 1983). Dari sudut istilah, Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin (Tk. H Ismail Yakub, jId 4, 1988: 143) mendefinisikan akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan darinya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa berkehendakkan pertimbangan fikiran teriebih dahulu. Apabila keadaan jiwa tersebut terbit perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan syariah, ia dinamakan akhlak yang baik. Sekiranya yang keluar itu perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk. Menurut Ibn Miskawayh (lihat lebih lanjut Mohd Nasir Omar, 1986: 23 - 25), keadaan jiwa seseorang itu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu: Pertama: Natural (tabie) - keadaan jiwa yang tabie ini berpusat di sifat semula jadi seseorang, umpamanya perasaan cepat marah terhadap perkara yang kecil-kecil; panas baran; cepat terkejut dengan berita yang didengar; cepat ketawa; cepat berputus asa dan sebagainya. Kedua: Keadaan jiwa yang dibentuk melalui latihan dan kebiasaan. Keadaan jiwa dalam kategori ini terbahagi kepada dua peringkat;

i. Peringkat pertimbangan dan pemikiran yang teliti
ii. Peringkat mempraktis satu-satu kebaikan sehingga menjadi kebiasaan dalam amalan hidup seseorang. Akhlak dalam Islam adalah tindakan yang merangkumi aspek lahiriah dan batiniah seseorang.

Aspek lahiriah melibatkan laku perbuatan luaran. Manakala aspek batiniah pula merupakan keadaan dalaman (spiritual) seseorang. Dengan kata lain, aspek batiniah ialah keimanan yang ada dalam diri seseorang sehingga mereka melakukan sesuatu berdasarkan suruhan iman tersebut. Ringkasnya, akhlak haruslah mempunyai tiga ciri berikut:

i. Aspek batin atau keadaan jiwa seseorang yang merupakan tenaga penggerak kepada pembentukan tingkah laku (aspek luaran)

ii. Aspek luaran atau tingkah laku itu sendiri, yang dilakukan bukan kerana tekanan emosi atau desakan-desakan dari luar seperti paksaan dan sebagainya.

iii. Perbuatan-perbuatan itu pula hendaklah dilakukan secara berterusan hingga menjadi kebiasaan dan darah daging kepada seseorang (lihat Mohd Nasir Omar, 1986: 23).

Aspek kejiwaan (kerohanian) perlu dititik beratkan oleh setiap insan yang inginkan kesejahteraan dalam hidup. Ini sebagaimana disebutkan dalam surah as- Syams ayat 9-10 bermaksud: "Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang menyucikan jiwanya dan rugilah orang-orang yang mengotorinya".

5. 3 Kategori Akhlak
Umumnya perlakuan atau aktiviti manusia boleh dibahagikan kepada dua kategori utama, iaitu perlakuan baik dan perlakuan buruk. Perlakuan baik apabila mereka melakukan perbuatan yang bercirikan akhlak atau sifat mahmudah (terpuji). Perlakuan buruk puia terhasil apabila melakukan sesuatu perkara yang bercirikan akhlak atau sifat mazmumah (keji).

5. 3. 1 Akhlak Mahmudah
Akhlak mahmudah adalah akhlak yang dituntut dalam Islam, la merupakan segala bentuk kebaikan yang dilakukan oleh manusia daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara seperti keimanan yang mutlak kepada Allah s.w.t., taqwa, ihsan, benar, jujur, amanah, menyampaikan, bijaksana, pemurah, menundukkan pandangan, memelihara lidah, lemah lembut, sabar dan tabah serta lain-lain sifat yang menggambarkan kebaikan.

Sifat mahmudah adalah semua perbuatan yang menggambarkan pelaksanaan tanggungjawab kepada perintah Allah s.w.t. dan akur kepada larangan-Nya dengan cara tidak melanggar larangan tersebut. Dengan kata lain, ia melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan walau di mana ia berada; di khalayak atau keseorangan.

Malah bukan sahaja dari sudut perbuatan zahir, tetapi juga hatinya (batin) akur dengan tuntutan tersebut.

5. 4. 2 Akhlak Mazmumah
Akhlak mazmumah adalah akhlak yang keji dan cela sebagai lawan kepada akhlak mahmudah. la merupakan segala bentuk perlakuan, sifat, tabiat dan perangai buruk yang dicela oleh syarak. Sifat-sifat tersebut antaranya ialah syirik, derhaka kepada ibubapa, khianat (pecah amanah), sombong, mencela, benci membenci, fitnah, tomohan, hasad, dengki, rasuah, mengintai-intai kesalahan dan kesilapan orang lain dan sebagainya. Sifat mazmumah adalah semua perbuatan yang melaksanakan larangan Allah s.w.t. dan meninggalkan suruhan-Nya. Terpuji atau tercela sesuatu perlakuan (perkara) bukannya berdasarkan ukuran akal, tetapi berdasarkan standard yang digariskan oleh al-Quran dan al-Sunnah.

Al-Quran sebagai sumber mutlak merupakan wahyu Allah s.w.t., sedangkan manusia adalah makhluk ciptaan-Nya, dengan itu sudah past! Dia menurunkan panduan yang sesuai dengan ciptaan-Nya itu. Firman-Nya dalam surah al-Rom ayat 30, bermaksud: "Hadapkanlah clirimu (engkau dan pengikut- pengikutmu wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) "agama Allah" iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dan semula jadinya lagi) untuk menerimanya; tidak patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". Dalam konteks akhlak, al-Quran menggunakan pelbagai pendekatan untuk menjelaskan hakikatakhlak yang baik dan akhlak yang buruk, kepentingan akhlak baik dan celaka serta ancaman kepada mereka yang berakhlak buruk. Antara pendekatan tersebut ialah:

i. Menjelaskan konsep kebaikan dan keburukan secara terperinci. Al-Quran menggunakan suatu susunan istilah yang menyeluruh bagi menjelaskan konsep kebaikan. Istilah-istilah tersebut ialah al-khayr (kebaikan), 6rr(kebenaran), qist (kesaksamaan), adi (kesamaan dan keadilan), haqq (benar dan betul), maaruf (diketahui dan disahkan baiknya), taqwa (takut dan harap), ihsan dan sebagainya. Amalan-amalan taat dan warak ini disebut sebagai salihat (Rafik Issa Beekun, 1998: 3). Mereka yang melakukan amalan kebaikan adalah orang yang berjaya. Firman Allah s.w.t., bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Rukulah serta sujudlah (mengerjakan solat) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan (al-khayr) supaya kamu berjaya di dunia dan diakhirat". (al-Hajj 22: 77) Bagi menggambarkan konsep keburukan pula, al-Quran telah menggunakan istilah-istilah seperti al-sayyiat (keburukan), al-suu (kejahatan), al-fahsya (perkara-perkara yang keji), al-mungkar (kemungkaran), rijsun (najis), amalan syaitan dan lain-lain. Mereka yang mengamalkan amalan ini adalah orang-orang yang rugi di dunia dan di akhirat. Firman Allah s.w.t., bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arafyjudi, pemujaan berhala, mengundi nasib dengan batang-batang panah (bertenung nasib) adalah perbuatan keji (rijsu) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya". (al-Maidah 5: 90)

ii. Pujukan dan ancaman: kebaikan dan keburukan adalah untuk mereka yang melakukannya. Al-Quran menerangkan bahawa kebaikan dan keburukan yang manusia lakukan adalah untuk diri mereka sendiri. Kesan kedua-dua perbuatan tersebut kembali kepada diri mereka sendiri. Hakikat ini dijelaskan dalam surah al-lsra ayat 7 bermaksud: "jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan ialah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamujuga. . . " Kebaikan dan keburukan merupakan dua perkara yang tidak sama walaupun keburukan itu menarik hati manusia. Firman Allah s.w.t., bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) "tidak sama yang buruk dengan yang balk, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Maka bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya". (al-Maidah 5:100)

iii. Pensejarahan atau penceritaan. Banyak kisah-kisah silam yang menarik untuk dijadikan iktibar oleh urnat kini. Dalam konteks akhlak, aI-Quran menceritakan pembalasan yang drterima oleh manusia yang berakhlak bucuk, menzalimi din sendiri, menolak kebenaran. hidup berasaskan hawa nafsu dan bertentangan dengan frtrah semulajadi dengan melakukan homoseksual dan sebagainya. Dalam surah Yunus ayat 13 disebutkan, bennaksud: "Dan sesungguhnya kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu danpada kainu apabHa mereka beflaku zaum pacte hal telah datang kepada mereka rasuf-rasul mereka membawa keterangan- keterangan, dan mereka masih juga tidak benman. Demikianlah kami membalas kaum yang melakukan kesalahan Bagi kaum Thamud, Allah s.w.t. menjelaskan, bennaksud: Maka apabHa datang azab Kami, Kami selamatkan Nabi Saleh berserta umatnya yang beriman, dengan rahmat dan Kami, dan Kami selamatkan mereka dari azab serta kehinaan hari. itu. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang Mafia Kuat lag! Maha Kuasa. Dan orang-orang yang zaum itu (kaum Thamud), dibinasakan oleh satu letusan Guana yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang fersungkur ditempat tinggal masing-masing. (Mereka punah ranah) sedah-ofah mereka tidak pemah tinggal di situ. Ketahuilah sesungguhnya kaum Thamud itu kufurkan Tuhan mereka. Ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah akhimya bagi kaum Tbamud. (Hudi 1:66-68) AI-Quran juga telah menggambarkan kehancuran penduduk negeri Sadum kerana mengikut hawa nafsu. Kisah ini dirakamkan dalam surah al-Arafayat 80- 84. bermaksud: Dan Nabi Lut (juga Kami utuskan), (ingatlah) apabila ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan pertuatan yang keji, yang tidak pemah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam sebelum kamu?. "Sesungguhnya kamu mendatangi {elaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan pensmpuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui bates". Dan tidak ada jawapan kaumnya melainkan mereka berkata: Usinah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu Ini. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) menyucikan dn". Maka Kami selamatkan dia dan ablinya (keluarganya dan pengikut-pengikutnya) melainkan istennya, adalah la dan orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani memka dengan hujan (batu yang membinasakan). Ofeh itu, lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.

Selain danpada ciri-ciri di atas, terdapat banyak tagi metod yang digunakan oleh at-Quran bagi menggambarkan akhlak baik dan akhlak buruk seperti nasihat menasihati sebagaimana yang dilakukan oteh Lukman kepada anaknya, perbandingan atau perumpamaan antara mereka yang melakukan kebaikan dengan keburukan, gambaran batasan dan tain-lain. Manakala Al-Sunnah, sebagaimana Al-Quran, juga menjelaskan secara terperinci akhtak yang baik dan akMak yang buruk. Al-Sunnah adatah segala yang dinukitkan daripada Rasullullah s.a.w sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan, taqrir (pengakuan terhadap apa yang dilakukan oleh sahabat), sifat kelakuan dan perialanan hidupnya (AI-Qattan, Manna, 1992: 13-15). Rasutlullah s.a.w adalah ikutan terbaik dalam setnua aspek hidup. Kehidupan Baginda berasaskan nitai dan etika mumi (akhlak) yang dipandu oleh Allah s.w.t. . Ini sesuai dengan status Baginda s.a.w sebagai pesuruh Allah s.w.t. yang membawa konsep "penyempuma akhlak yang mulia (Lihat al-Baihaqi, 1980:192). Terdapat pelbagai hadis (Nabi Muhammad s.a.w) yang menyuruh supaya berakhlak baik dan meninggalkan akhlak buruk. Begitu juga dengan hadis-hadis yang menjelas, menganjur, menyaran dan memberi gambaran kebaikan kepada pelaku akhlak baik. di samping hadis-hadis yang menggesa supaya menjauhi dan meninggalkan akhlak buruk serta balasan mereka yang melakukan perbuatan tidak baik; keji dan mungkar. Imam Nawawi (1988) telah mengemukakan hadis-hadis tersebut antaranya, bennaksud:

i. Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja engkau berada, dan ikutilah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan, nescaya menghapuskannya. Dan berakhlaklah kepada mahusia dengan akhlak yang baik" (Riwayat Tarmizi)

ii. Tfada beriman sesQorang kamu hingga ia mencSntal untuk saudaranya apa yang la cmtai untuk difinya" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

iii. Janganlah kamu dengfd mendengki, tipu mQnipu, bend membenci, belakang membelakang! (musuh memusuhi), dan janganlah setengah kamu menjual di atas penjualan setengah kamu. Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang-orang Islam bersaudara, tidak boleh ia menganiayai dan memblarkan saudaranya (dalam kehlnaan) serta tfdak boiQh mendustainya dan menghinakannya. "Takwa itu di sini". Kata Nabi - sambif imnunjuk ke dadanya tsga kali. Kejahatan seseorang itu, bahawa ia merendabkan saudaranya orang Islam. Orang Islam ke atas orang Islam lain haram darahnya, hartanya dan kehonnatannya. (Riwayat Muslim)

iv. TKiak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan tidak (dikata) kamu beriman sehingga kamu berkaslh-kasih. Mahukah ku tunjukkan kepada kamu satu perkara yang apabila kamu perbuat akan dia nescaya kamu befkasih-kasih ? laitu siarkanlah salam di antara kamu. (Riwayat Muslim) Dengan itu jelaslah bahawa wahyu clan sunnah Rasul[ullah SA. W. merupakan dua rangkaian panduan yang tidak dapat dipisankan. Kedua-duanya menyatakan secara jelas apa yang disebutkan sebagai kebaikan (terpuji) dan keburukan (tercela). Kebaikan dan keburukan itu bukan sekadar srfat atau perbuatan yang dilakukan oteh seseorang tetapi ia adalah sesuatu" yang datang dan dalam din manusia; keadaan kejiwaan yang mendorong manusia melakukan sesuatu tindakan.

5. 4 Pemblnaan dan Pemantapan Akhlak
Membina dan memantapkan akhlak bukan pefkara yang mudah. Seluruh potensi dan kekuatan periu digarap secara bersama dan berterusan ke arah acuan yang sudah dftentukan. Acuan dan landasan yang berdasarkan sumber autentik Islam; AI-Quran dan AI-Sunnah, seterusnya berasaskan realiti kehidupan; ibubapa, keluarga, persekitaran, adat resam, pendidikan dan sebagainya. Walaupun terdapat pelbagai kaedah dan metod dalam pembinaan akhlak dan pemantapannya, namun di sini disarankan beberapa langkah sahaja, antaranya:

6. 4. 1 Penghayatan AI-Quran
Al-Quran periu dijadikan wind harian dengan membiasa did membaca dan memahami ayat-ayat yang tersurat dan makna yang tersirat sama ada pada waktu pagi atau petang. Abdullah Nasth Utwan (1989:381-382) telah menasihati para pendidik supaya mwnberikan didikan al-Quran kepada anak didik mereka, kerana: "apabila lidah kita terbiasa dengan ayat-ayat at-Quran, roh berkembang, hati khusyuk, air mata mengalir, iman dan Islam mengukuh di dalam)iwa. Sesudah itu, krta tiada kenal lagi selain dan al- Quran dan Islam sebagai undang-undang, dasar dan pensyariatan. Peanbaca al-Quran akan diberi naungan Arasy Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ath-Thabarani daripada Syaidina Ali -karramalahu- wajhah, bahawa Nabi s.a.w bersabda, bermaksud: Didiklah anak-anak kaimi atas tiga perkara: Cinta kepada Nabi kamu, cinta kepada kaum keluarganya serta membaca al-Quran. Sesungguhnya para pembaca al-Quran itu berada di dalam naungan Arasy Allah pada hari tiada naungan mefainkan naungan-Nya bersama- sama para Nabi-Nya dan orang-orang sucf. Penghayatan al-Quran mendidik hati-hati supaya sentiasa akur dan patuh kepada Allah s.w.t. Takut pada ancaman-Nya dan gembira dengan janji Allah yang sentiasa benar.

6. 4. 2 Uswah Hasanah
Nabi Muhammad s.a.w. adalah sumber rujukan dan uswah hasanah (ikutan terbaik). Ini disebabkan:

i. Baginda SA. W. telah mempraktis dan menjalani kehidupan berasaskan didikan al-Quran. Ini dapat dilihat dalam firman Allah s.w.t., bermaksud: "Hendaklah engkau mQnjodi pemaaf dan fnenyuruh nwngorjakQn yang balk dan tinggalkanlah orang-orang yangjahil (tidak berpengetahuan)1 (Al-Araf7:199) Sesungguhnya Allah memeuntahkQn supaya menjafankan keadifan, bQituat kebaikan dan memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang dan Allah melarang pefbuatan key, peianggaran dan pendumakaan. Dia mengajarkamu supaya kamu mengetahur (al-NaM 16: 90) janganlah kamu befjalan di bum! dengan sombong, kersna engkau Wak akan dapat menembusi bumi ini dan engkau tidak akan sampai setinggi gunung" (al-lsra17:37)
ii. Pengiktiran, pujian dan anjuran Allah s.w.t. (al-Quran) supaya berakhlak sebagaimana akhlak RasuHultah s.a.w. Hakikat ini dpiaskan dalam ayat-ayat berikut, yang bermaksud: "Dan sesungguhnya engkau mempunyai budi pekerti yang agung" (al-Qalam68:4) "Sesungguhnya RasuHultah itu menjadi ikutan ftefadan) yang balk untuk kamu dan untuk orang yang mengharapkan menemui Allah dan Hau Kemudian dan mengingatj Allah sebanyak-banyaknya. (al-Ahzab 33:21) Praktis hidup seharian baginda s.a.w. adalah berasaskan al-Quran. Baginda tidak memperkatakan sesuatu menurut hawa nafsu.

Hakikat ini disebut oleh Allah s.w.t, bermaksud: "Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya". (al-Najm 53:3-4) Aisyah r. a., isteri baginda s.a.w. apabila ditanya mengenai akhlak baginda telah menjelaskan bahawa ":Sesungguhnya akhlak Rasullullah s.a.w. adalah menurut al-Quran". Dengan kata ini, baginda s.a.w. telah mempraktis al-Quran dalam hidup baginda.

Praktis tersebut dukuti oleh para sahabat yang bukan sahaja dalam soal-soal ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji tetapi meliputi sistem politik, pentadbiran, pemerintahan, ekonomi, sosial, ilmu dan teknik, falsafah, seni dan sebagainya.

Sebagai utusan Allah s.w.t. dan ikutan terbaik, baginda memiliki sifat-sifat mulia dan hebat yang terlalu banyak untuk dijadikan teladan. Ini- dapat dilihat daripada perjalanan hidup baginda s.a.w. yang begitu cemerlang walaupun berada di kalangan masyarakat jahiliah. Masyarakat yang terkenal dengan kerosakan akhlak seperti membunuh, menanam anak perempuan hidup-hidup, perjudian, pelacuran, arak, pergaduhan, asobiyyah dan lain-lain. Baginda berjaya mengubah masyarakat tersebut kepada suasana berakhlak. ; berhati mulia, beriman, tolong menolong ke arah kebenaran, mencegah kemungkaran dan sebagainya.

Pada diri baginda terdapat sifat-sifat kenabian seperti sidiq, amanah, tabligh, fatanah dan pelbagai sifat terpuji yang lain antaranya syajaah (berani), pemurah, lemah lembut, kasih sayang, peramah, tenang, sabar, tegas dan lain-lain. Semuanya dilaksanakan di atas dasar keimanan kepada Allah s.w.t. . Contoh akhlak baginda, umumnya dapat dibahagikan kepada tiga kategori yang utama iaitu; i. Akhlak baginda dengan Allah s.w.t.

ii. Akhlak baginda dengan sesama manusia

iii. Akhlak baginda dengan alam

i. Akhlak Baginda Dengan Allah s.w.t. Baginda s.a.w. menghubungkan seluruh hidupnya kepada Allah s.w.t. Dalam soal akhlak, baginda memohon dari Allah s.w.t. supaya memperelokkan akhlak dan menjauhi akhlak yang buruk. Hakikat ini digambarkan melalui doa baginda dipermulaan solat sebagaimana diriwayatkan oleh Muslim, bermaksud: "Wahai Allah Tuhanku! Berikanlah aku petunjuk kepada akhlak yang sebaik-baiknya. Tiada yang member! petunjuk kepada akhlak yang sebaik-baiknya itu, selain engkau. Jauhkanlah daripadaku akhlak yang jahat, tiada yang menjauhkan akhlak yang jahat itu daripadaku selain engcai"(LihatlmanAI-Ghazali, 1988: 138). Selain daripada itu, keimanan baginda s.a.w. begitu kental dan teguh dalam semua keadaan. Sebagai contoh, Abobakar Atjeh (1979: 9-10) telah menggambarkan hakikat ini melalui satu kisah iaitu: "Pemah suatu ketika baginda digertak dan diacukan dengan pedang oleh Dasur seorang musuh yang gagah sasa sambil bertanya: "sekarang siapakah yang berkuasa dan dapat melepaskan engkau dari tanganku?". Nabi s.a.w. melihat ke kin dan ke kanan, tetapi tiada seorangpun pengikutnya yang kelihatan. Walaupun begitu baginda tidak takut dan gentar, malah dengan tegas berkata; "Allah yang Maha Kuasa". Mendengar jawapan tersebut. Dasur yang gagah perkara menjadi gementar. Pedang ditangan terjatuh ke bumi tanpa disedari. Nabi Muhammad s.a.w. mengambil pedang tersebut dan mengacukannya kepada Dasur sambil berkata: "Sekarang jawablah oleh mu, siapakah yang sanggup membela dirimu dari tanganku?. Dasur dalam ketakutan yang amat sangat dan tidak berkata sepatahpun. Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad s.a.w. sambil mengembalikan pedang telah berkata:"Aku ini diutuskan bukan untuk menyembelih manusia, tetapi menanam kasih sayang di antara mereka ttu". Kerana akhlak yang baik tersebut, Dasur memeluk Islam dan menjadi pengikut Nabi".

Dalam soal ibadah pula, baginda s.a.w. telah melaksanakan ibadah dengan penuh ketaatan dan ketaqwaan. Aisyah r. a. pernah ditanya oleh Aswad bin Yazid bagaimana solat Rasullullah s.a.w. di malam hari. Jawab Aisyah: Baginda tidur dahulu pada permulaan malam. Kemudian baru bangun apabila waktu sahur serta solat witir, sesudah itu baginda tidur lagi. Kalau baginda berkeperluan dengan isterinya, maka pada waktu itulah baginda memilih saatnya. Maka apabila baginda mendengar azan suboh, baginda bangun dan kalau berjunub maka bersiramlah ia dengan air, sedang jika tidak, baginda hanya berwudu dan terus keluar pergi solat (Abobakar Atjeh 1979: 288). Kesungguhan baginda dalam ibadah boleh dilihat dalam anjurannya supaya umat Islam beribadah solah-olah akan mati esok hari dan bekerja seolah-olah akan hidup seribu tahun lagi. Dengan itu tidak hairanlah apabila baginda sujud kepada Allah s.w.t. dengan begitu lama, malah air matanya mengalir apabila mengingati azab Allah s.w.t.

ii. Akhlak Baginda Sesama Manusia
Dalam konteks ini, terlalu banyak amalan atau perlakuan terpuji baginda s.a.w. . Aboebakar Atjeh (1988: 267-302) telah mengemukakan beberapa kisah mengenainya, antaranya:

i. Anas meceritakan "Aku melayani Nabi selama sepuluhtahun lamanya. Demi Allah belum pemah aku mendengar ia berkata ah kepadaku dan tidak pula pernah ia menegur: mengapa kamu perbuat beg ini dan alangkah baiknya kalau kamu buat begitu".

ii. Anas bin Malik menceritakan, Rasullullah s.a.w. gemar mengunjungi orang sakit, menghadiri upacara jenazah, mengenderai keldai biasa dan memperkenankan undangan hamba sahaya yang memanggilnya.

iii. Kekejian dan berbuat keji tidak ada harganya dalam Islam. Orang yang baik dalam Islam ialah orang yang baik kelakuannya.

iv. Baginda menganjurkan supaya tidak berdendam dan membalas kejahatan dengan kebaikan. Anjuran ini bukan kata-kata kosong, malah baginda telah mempraktiskannya. Sebagai contoh, terdapat seorang penduduk yang sentiasa melakukan perkara yang tidak baik kepada baginda dengan cara menghalang baginda ke masjid setiap pagi. Berbagai-bagai halangan yang dilakukan. Pada suatu pagi, baginda ke masjid seperi biasa, dan pada pagi itu terdapat kelainan kerana tiada halangan yang diterima. Selepas solat, baginda semasa dalam perjalanan pulang telah singgah di rumah penduduk yang sentiasa memusuhi baginda itu. Baginda masuk setelah diberi keizinan dan mendapati ia sedang sakit. Lalu baginda menolong dengan sewajarnya. Melihat keadaan tersebut, penghuni rumah itu menangis kerana terharu. Bagi Rasullullah s.a.w. apa yang dilakukan tersebut adalah suruhan Islam.

Catatan-catatan di atas adalah sebahagian kecil contoh perlakuan terpuji baginda s.a.w. . Sebenarnya terlalu banyak amalan terpuji baginda s.a.w. yang terserlah dalam pergaulan baginda sama ada dengan keluarga; isteri dan anak-anak, para sahabat, para pembesar, musuh dan sebagainya.

iii. Akhlak Baginda Dengan Alam Akhlak mulia yang baginda tunjukkan bukan sahaja melibatkan manusia, malah juga kepada makhluk lain sama ada nampak atau tidak. Makhluk-makhluk tersebut seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, muka bumi, jin dan sebagainya. Sebagai contoh, baginda telah menjelaskan terdapat perempuan tua yang akan dibakar dalam api neraka kerana memelihara kucing, mengurungnya dan tidak memberi makan sehingga kucing tersebut mati. Dan terdapat perempuan yang dalam hidupnya melakukan berbagai kemaksiatan tetapi mendapat balasan syurga kerana kebaikan hatinya iaitu memberi minum anjing yang kehausan.

Selain daripada itu, baginda juga mendidik umat Islam supaya tidak membuang air kecil di dalam lubang-lubang kerana ia adalah kediaman jin. Begitu juga bila menyembelih haiwan, hendaklah dengan pisau yang tajam dan tidak menunjukkan senjata tersebut kepada haiwan yang hendak disembelihnya.

Sebagai kesimpulan, catatan di atas adalah sekelumit daripada contoh-contoh akhlak terpuji baginda s.a.w. Kehidupan baginda yang begitu agung dan hebat dapat dukuti apabila kita mengkaji buku-buku yang berkaitan dengan sirah hidup baginda s.a.w. Baginda mempraktiskan a1-Quran dan dukuti oleh para sabahat sehingga mereka digelar sebagai "al-Quran yang bergerak".

5. 4. 3 Pelaksanaan Ibadah
Bagi umat Islam, penghayatan akhlak terpancar melalui pe!aksana?. n rukun Islam yang lima. Rukun-rukun tersebut ialah:
i. Kalimah syahadah
ii. Solat ui. Puasa
iv. Zakat
v. Haji

Menurut Aboebakar Atjeh (1988: 2-7), rukun Islam adalah pokok-pokok akhlak dalam Islam, kerana ia bukan sahaja merupakan latihan lahiriah tetapi juga latihan batiniah yang lebih mendalam dan mempunyai tujuan untuk memperbaiki akhlak manusia. Segaia ibadah yang terkandung dalam rukun Islam, jika dikerjakan dengan sebaik-baiknya akan membangkitkan suatu pembangunan budi pekerti dalam diri seseorang yang tidak hanya menambah kuat ikatannya dengan Allah s.w.t. Penciptanya tetapi juga menyihatkan badannya dan menyelamatkan hidupnya.

I. Kallmah Syahadah
Dalam Islam, katimah syahadah adalah kalimah thalyyibah. Kalimah yang menggambarkan keislaman seseorang. Kalimah ini terdiri daripada dua ungkapan pengakuan:

i. Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah
ii. Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Alllah.

Ungkapan pertama dikenali sebagai ungkapan tauhid, Kalimah yang mengesakan Allah s.w.t. dan sudut Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma wa al-Sifat. Ungkapan ihi diyakini dan dihayati bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang disembah metainkan Allah s.w.t. yang satu (Esa). Pengabdian diri tanpa berbetah bagi cuma pada-Nya semata-mata. Dalam hidup, umat Islam cuma patuh pada suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya dengan berpandukan al-Quran. Segala perbuatan yang bertentangan dengan suruhan-Nya ditinggalkan. Kesyirikan dijauhi, Manusia memerdekakan diri daripada sebarang bentuk penjajahan, terutamanya penjajahan dan ketundukan terhadap sesama manusia.

Ungkapan kedua dikenali sebagai pengakuan terhadap kerasutan Nabi Muhammad SA. W. Umat Islam yakin dan percaya bahawa baginda adalah ikutan di dalam semua hat dan keadaan. Sesungguhnya baginda adalah Rasul terakhir dan tiada lagi rasul setepasnya. Sebagai Rasul penutup, baginda adalah pemberi rahmat ke seluruh alam. Akhlak yang baik akan terbentuk apabila manusia mengikut akhlak Rasullullah s.a.w.

ii. Soiat
Solat fardu didirikan (ima waktu sehari semalam. la diumpamakan seperti sungai yang aimya jemih dan mengalir dengan tenang. Apabila manusia mandi lima kali sehari sudah past! hilang segala kekotoran, debu, daki dan sebagainya. Selain daripada itu, solat yang keriakan dengan sempuma dapat mendidik diri manusia dengan didikan akhlak yang balk dan menjauhi dari fahsya serta mungkar. Ini dijamin oteh Allah s.w.t. melalui firman-Nya, bermaksud: "Dan dirikanlah soat (dngan tekun); sesungguhnya solatitu mencegah dan perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Adah adalah lebioh besar (faedah dan kesannya), dan fngatlah Allah mengetanui akan apa yang kamu kerjakan1. (al-Ankabut 29:45)

iii. Puasa
Puasa bykan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga bermula daripada fajar sehingga terbenam matahari. Puasa sebenamya mendidik manusia supaya memiliki stfat taqwa kepada Tuhan. Firman Allah s.w.t., bermaksud: Wanai orang-orang yang benman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajfbkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (al-Baqarah2:183)

Selain bersrfat dengan sifat takwa, puasa juga mendidik manusia supaya menahan lapar, dahaga, nafsu syahwat, percakapan yang sia-sia, mengumpat, dan berbagai-bagai dugaan yang sentiasa dihadapi sehanan. Nafsu mereka dididik dan dilatih supaya tunduk kepada kebenaran. Dengan kata lain, puasa mendidik manusia supaya bersabar dalam semua hal, keadaan dan suasana.

Menurut Imam aM3haza!i (Assy-Syaikh Muhamad jamaludin, 1975: 139-150) puasa adalah amalan yang dapat digunakan untuk menolak tipu daya syartan, mengecewakan angan-angan, mematahkan usaha yang jahat dan ia adalah benteng serta perisai bagi manusia yang beriman.

iv. Zakat
Secara umumnya para fuqaha mentakrifkan zakat sebagai "penyerahan wajib sebahagian harta kekayaan kepada segolongan orang yang bemak menerimanya melatui amil yang bertauliah bagi mencari keredaan Allah s.w.t., penyucian diri dan harta kekayaan untuk membangunkan masyarakat berdasarkan syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak" (Muajini Tarimin, 1999: 5).

Zakat adalah tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan. Dalam Islam, zakat adalah sumber ekonomi dan sekaligus mewujudkan keadilan sosial. Ini disebabkan dalam harta orang kaya ada hak orang miskin. Dengan mengelurkan zakat, sifat kasih sayang, kerjasama, saling bantu membantu sesama manusia dapat dibentuk. Ini bererti zakat mendidik manusia supaya membersihkan harta dan diri daripada sifat-sifat yang keji seperti kikir, tamak dan haloba. Pembersihan tersebut dilakukan cara dengan memberikan harta yang dimiliki kepada insan lain yang memerlukan secara sukareia dan untuk mencari keredaan Allah s.w.t. . Ini sesuai dengan firman Allah s.w.t., bermaksud: "Ambilah (sebahagian) dan harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dan dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah), Allah amat mendengar, lagi amat mengetahui". (al-Taubat9:103)

v. Haji
Haji memainkan perarian penting sebagai pokok akhlak Islam. . . Ibadat haji mewujudkan insan yang bertaqwa dan berakhlak mulia; menghubungkan saliturahim di kalangan umat Islam sedunia, mewujudkan kesepaduan dan kerjasama, membersih hati, menjaga lidah daripada percakapan yang tidak berfaedah, sia-sia, bertengkar; terhindar daripada melakukan kemaksiatan, dan berusaha menjaga keaiban diri. Ini dijelaskan dalam al- Quran (al-Baqarah 2: 179), bermaksud; "(Masa untuk mengerjakan ibadat) haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadah haji itu, maka tidaklah boleh menyetubuhi isteri, dan tidka boleh berbuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadah haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah, dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah memelihara din (dari keaiban meminta sedekah). Dan bertaqwalah kepada Aku, wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)".

Dengan itu jelaslah bahawa Rukun Islam yang lima apabila dilaksanakan dan dihayati dengan sepatutnya dapat mewujudkan akhlak yang baik (mahmudah) dan menjauhi akhlak yang buruk (mazmumah).

5. 4. 4 llmu Pengetahuan:
Didikan dan latihan Akhlak dapt dibina, dimantap dan diperkasa melalui Hmu pengetahuan, didikan dan latihan. llmu pengetahuan di sini ialah ilmu pengetahuan mengenai akhlak yang baik, yang diperintah agama dan akhlak yang keji yang dicela oleh agama (Abdul Karim Zaidan, 1979:132-144). . llmu pengetahuan hi didkjik, dilatih dan ditanam dalam diri manusia supaya mereka tidak teriupa. Bagi Abdullah Nasih Ulwan (1989), pendidikan yang berkesan tersusun di atas tima perkara; pendidikan dengan contoh tauladan, pendidikan dengan adat kebiasaan, pendidikan dengan nasihat dan bimbingan. pendidikan dengan pemerhatian dan pengawasan serta pendidikan dengan denda dan hukuman. Semua ini boleh dilaksanakan melalui kaedah pengikatan2 dan kaedah pengancaman.

Latihan juga penting, Apa yang dididik perlu dilatih. Jika dibiasakan dengan kebaikan dan diajarkan dengannya, ia akan membesar dengan kebaikan. Begitulah sebaliknya. Sahl bin Abdullah at-Tusturi bercerita: Sewaktu berusia 3 tahun, saya bangkit di waktu malam dan melihat bapa saudara saya bemama Muhammad Siwar bersembahyang. Pada suatu hari ia berkata kepada saya, Tidakkah engkau ingat akan Allah yang menciptamu? Lalu saya pun bertanya, Bagaimanakah cara saya dapat fnengingathNya?" Dia pun menjawab, "Katakanlah di dalam hatimu ketika engaku menukar pakaianmu sebanyak Vga kali tanpa nwnggerakkan lidahmu: Allah bersamaku, Allah mQmandangku, Allah menjQdi sacsT. Saya pun berbuat demikian di waktu malam, kemudian memberitahunya perkara itu. Dia pun menyuruh, "Sebutkan setiap malam sebanyak tujuh kali". Saya terus membuat seperti yang disuruhnya kemudian memberitahunya perkara tersebut. Lalu dia meminta saya melakukannya setiap malam sebanyak sebelas kali. Saya melakukan seperti yang dimintanya dan saya terasa kemanisannya. Setahun kemudian bapa saudara saya itu berkata kepada saya, "Simpaniah apa yang telah aku ajarkan kepadamu, kerana ia akan mendatangkan manfaat kepadamu di duna dan akhiraf. Aku terus

2 Ikatan kepercayaan, ikatan kerohanian, ikatan peribadatan, ikatan meniakmurkan rumah Allah, ikatan pemildran, ikatan kemasyarakatan, ikatan riyadnah dan lain-lain. mengamalkannya bertahun-tahun lamanya dan aku merasa keindahan dan kemanisannya secara diam-diam. Kemudian pada suatu hari bapa saudaraku berkata, Sahl, adakah orang yang ABah ada bQrsama- sama-Nya, hwrnandang kepada-Nya dan menyaksikan-Nya Qkan melakukan rnaksiat? jauhifah engkau akan maksiat!" (Muhd Labib Ahmad, 1981:68).

Dalam konteks yang lain, Nabi s.a.w tdah mengajar kKa bagaimana mendidik dan melatih anak supaya beribadah kepada Allah s.w.t. Baginda telah menyuruh supaya anak kedl (berusia 7 tahun) dididik supaya membiasakan din melakukan sdat, tetapi apabBa berusia 10 tahun, kita disuruh mendenda (inerotan) apabila si anak tersebut tidak melakukannya,

5. 4. 5 Tarbiyyah Ruhiyyah
Serentak dengan pendidikan (ahiriah ialah pendidikan batiniah (dalaman - ruhiyah). Pendidikan kerohanian atau hati iaftu pendidikan yang mengikat jiwa manusia dengan Allah S-W. T. melalui lidah yang basah dan tembut mengingaU-Nya, apabila disebut nama-Nya, akan gementar hati mereka dan apabila dibaca ayat-ayat-Nya bertambah iman mereka (at-Anfal: 2). Hati menjadi tenang dan tenteram dengan mengingatr-Nya (a(-Rad: 28).

Petbagai cara boteh dilakukan untuk mendidik rohani, antaranya melalui zikrulLah. Abdullah Nasih Ulwan (1989:387-393) meTiyatakan: Zikir ttu maknanya mengingati din tentang keagungaa Allah s.w.t. daam sogala hal-ehwal yang berfiubung rapat dengan din seorang mukmin, sama ada penngatan itu dalam otak. atau di dalam hati, di dalam din, pada lisan. atau pada peibuatan. Ataupun dalam keadaan berdiri, duduk, berbaring, bfjalan dan berusaha di atas muka bum!.

Ataupun ketika mGneliti dan memahami ayat-ayat al-Quran, ketika mendengar nasihat, atau berbukum kepada syariat Allah, staupun ketika mengerjakan sesuatu amal yang diharapkan mendapat kei6daan AHah Taala dan sebagainya". Hati juga dapat dilembutkan melalui fetigfar, selawat, tasbih, tahmid, zikir munajat (lihat lampiran 1) dan berdoa dengan doa-doa yang mathur seperti Masuraat dan lain-lain. Lebih indah dan manis apabila dilaksanakan waktu malam yang hening - qiamulail dan bermujahadah.

5. 4. 6 Muhasabah Diri
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Hasyr ayat 18 (lihatjuga surah al-Zariyat ayat 21), bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengenakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan hendaklah tiap-tiap diri mefihat dan memerhatikan opa yang ia telah sediakan (dan amal-amalnya) untuk hart esok (ban akhirat). Dan (sekaK lagi dungatkan); bertaqwalab kepada Allah, Sesvngguhnya Allah amat meliputi pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan". Pesan Sakjina Umar "Hitungiah din kamu sebelum kamu dihitung, dan bersiaplah untuk menghadapi pembentangan yang besar. Sesungguhnya hisab (perhitungan) yang nngan pada hari kiamat falah bagi sesiapa yang menghttung (menghisab) dirinya didunia fAbdul Rauf, 1991:142). Ingatan Imam al-Ghazali (Muhd Labib Ahmad, 1981:45-48); KtahuUah jika Allah Taala mahukan seseorang hamba-Nya mendapat kebaikan, Dia akan menampakkan kepadanya segala kelemahan dan kecacatan dirinya. Siapa yang mata hatinya tajam, maka segafa kelemahan dan kecacatan dilinya tidak akan tenindung darinya.

Apabila ia telah mengetahui kelemahan dan kecacatannya, bolehlah ia rawati dan ubatf. Mengikut Imam al-Ghazali lagi, terdapat empat kaedah untuk mengenali kelemahan dan kecacatan diri, iaitu:

i. Berguru dengan seseorang yang dapat metihat kecacatan diri dengan mata hatinya dan dapat mengesan penyakit-penyakit yang tersembunyi dalam jiwa. Seterusnya ia berusaha merwati penyakit tersebut.
ii. Mencari teman yang sentiasa benar, bermata hati yang tajam serta kuat beragama. Jadikannya sebagai pengawas yang mengawasi tingkahlaku ktta. Apabila ia melihat kecacatankeburukan akhlak pada diri kita, ia segera menegur dan mengingatkan keburukan tersebut. Berterima kasihiah kepada sesiapa yang menunjukan keburukan diri krta!!!

iii. Metalul mulut musuh-musuh kerana mata yang membenci dan marah itu sering menampakkan keburukan-keburukan. Manusia yang bijak akan sentiasa mengambll manfaat dari musuhnya untuk mengenali kecacatan dirinya dan seterusnya memperbaiki keburukan tersebut.

iv. Bercampur gaul dengan orang lain. Setiap perkara keji yang dilihatnya di kalangan makhluk, maka ia hendaklah mencarinya pada dirinya sendiri. Dari keburukan akhlak orang lain, ia melihat keburukan akhlak dalam dirinya. Sesungguhnya, setiap orang mukmin itu adalah cermin kepada orang mukmin yang lain. Kesimpulannya, kenalilah din anda dan lihatiah potensi yang ada pada diri anda, siapa anda sebenamya: Adakah anda membalas kebaikan dengan keburukan. Adakah anda membalas kebaikan dengan kebaikan ? Adakah anda membalas keburukan dengan kebaikan ? Sekiranya anda membalas keburukan dengan keburukan, itu dendam namanya.

Sekiranya anda membalas kebaikan dengan keburukan, ftu zaum namanya. Sekiranyan anda membalas kebaikan dengan kebaikan, biasa la tuu. . Sekiranya anda membalas keburukan dengan kebaikan, anda seorang yang hebat

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah 
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA 

HP: 013-4006206
PJ: 04-9882701
RU: 04-9882597


Akidah Islam

TAJUK 2 : AKIDAH ISIAM

BERIMAN KEPADA ALLAH
Konsep beriman kepada Allah meliputi beriman dengan kewujudanNya, mengenaliNya, mempelajari apa yang datang daripadaNya dan yakin serta melaksanakan perintah dan petunjukNya.

Kewujudan Allah
Orang yang menerima akidah Islam mestilah mengegetahui dan yakin tentang kewujudan Allah s.w.t. Menurut ulamak ada dua alasan atau saluran untuk membuktikan dan meyakini kewujudan Allah.

Pertama
Melalui logik akal, di mana setiap perkara yang wujud di a!am ini ada penciptanya. Lihatlah apa sahaja yang ada dihadapan kita, kerusi, meja, pen bangunan dan seumpamanya. Semuanya dicipta oleh manusia, tidak mungkin sesuatu benda terjadi dengan sendiri.

Kalau kita lihat lebih jauh lagi kepada makkhluk lain, seperti bulan, bintang, matahari, gunung, lautan yang luas dengan ombak gelombang yang besar, Siapakah agaknya yang maha berkuasa menciptakan itu semua? Apakah ada orang yang mendakwa bahawa ia yang mencipta gunung, ia mencipta lautan yang luas itu? Tidak ada sesiapa yang mengaku kecuali Allah Rabbul Alamin. Dialah yang mencipta segala-galanya. Penciptaan kerusi, meja dan seumpamanya walaupun pada lahimya nampak manusia yang membuat, namun pada hakikatnya adalah Allah s.w.t juga.

Sebenarnya manusia boleh membuat sesuatu kerana Allah kurniakan kepada mereka akal fikiran. Dari segi yang lain pula bahan untuk membuat kerusi, meja dan apa-apa sahaja ciptaan adalah bersumberkan bahan ciptaan Allah seperti bijih dari dalam bumi, minyak dari dasar laut, kayu dari pokok semua daripada Allah. Ringkasnya Allah adalah pencipta hakiki seluruh makhluk. Oleh itu, Allah adalah Rabbul Alamin dan yakinlah bahawa Allah itu wujud.

Soalan: seseorang itu dapat mengenali Allah melalui dua cara. Jelaskan.

Kedua
Melalui dalil wahyu, iaitu hujjah di mana Allah sendiri memberitahu menerusi RasulNya bahawa Dia adalah Rabul Alamin (pencipta, penguasa, pemerintah dan lain-lain). Dalam al-Quran dan al-Sunnah cerdapat banyak ayat- ayat yang menunjukkan bahawa Allah adalah Rabb bagi alam. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

Bahkan siapakah yang telah mencipta langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? Lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya. Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum yang menyeleweng dari kebenaran (tauhid). (Surah al Naml:60).

Banyak ayat-ayat yang menunjukkan tentang kewujudan Allah yang mencipta langit dan bumi. Antara lain; al-Tur: 35, al-Nahl:17, al-Baqarah: 21, 164, al-Waqiah: 64, 71-73, Ibrahim: 10, Fussilat: 37, Qaf: 38, al-Muminum: 80, al-Nur: 45-47, al- Rum: 22-23, al-Ali Imran: 190-191 dan lain-lain.

Mengenali Allah s.w.t.
Erti kita beriman kepada Allah juga ialah mengenali Allah. Kalau kita tidak mengenali Allah, bagaimana bendak beriman denganNya.

Untuk mengenal Allah tidak sama dengan mengenali makhluk. Bagi mengenali seseorang kita boleh mencarinya, berjumpa dan melihatnya sedangkan Allah bukan makhluk.

Ia adalah Khaliq iaitu Rabb bagi makhluk. Oleh itu cara dan bentuk mengenali Allah berbeza dengan cara dan bentuk kita mengenali makhluk.

Soalan: Bagaimanakah cara kita dapat mengenali Allah s.w.t.?

Ulamak muktabar Islam memutuskan bahawa cara untuk mengenal Allah ialah melalui wahyu, iaitu pemberi tahuan oleh Allah sendiri tentang diriNya. Inilah wasilah yang paling tepat. Manakala pendekatan lain adalah andaian semata-mata. Antara pengenalan Allah yang paling jelas ialah terdapat dalam Asma al-Husna, iaitu nama-nama Allah yang 99 sebagai gambaran tentang sifat-sifat Allah.

Allah: Lafazh yang Maha Mulia yang merupakan nama dan Dzat Ilahi yang Maha Suci serta wajib adanya yang berhak memiliki semua makna pujian dan sanjungan. Nama-nama lain yang menunjukkan suatu sifat Tuhan yang tertentu dan oleh sebab itu bolehlah dianggap sebagai sifat bagi lafazh yang Maha Mulia ini iaitu Allah s.w.t.
Ar-Rahmaan: Maha Pengasih, pemberi kenikmatan yang agung-agung, pengasih di dunia.
Ar-Rahum: Maha Penyayang, pemben kenikmatan yang pelik-pelik, penyayang di akhirat.
Al-Malik: Maha Merajai, mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri.
Al-Qudduus: Maha Suci, tersuci dari segala cela dan kekurangan.
As-Salaam: Maha Menyelamatkan, pemberi keamanan dan kesentosaan pada seluruh makhlukNya.
Al-Mu'min: Maha Pemelihara keamanan, yakni siapa yang bersalah dari makhlukNya itu benar-benar akan diberi siksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.
Al-Muhaimin: Maha Penjaga, memerintah dan melindungi segala sesuatu.
Al-'Azuz: Maha Mulia, kuasa dan mampu untuk berbuat sekehendakNya.
Al-jabbaar: Maha Perkasa, meneukupi segala kebutuhan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya.
Al-Mutakabbir: Maha Megah, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.
Al-Khaalik: Maha Pencipta, mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu.
Al-Baari': Maha Pembuat, mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.
Al-Mushawwir: Maha Pembentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeda dengan lainnya. (jadi Al-Khaalik adalah mengadakan se- suatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari' ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, sedang Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya).
Al-Ghaffaar: Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan kesalahan.
Al-Qahhaar: Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.
Al-Wahhaab: Maha Pemberi, banyak kenikmatan dan sejalu mexnberi kurnia.
Ar-Razzaaq: Maha Pemberi rezeki, membuat berbagai rezeki serta membuat pula -ebab-sebab diperolehnya.
Al-Fattaah: Maha Membukakan, yakni membuka gedung penyimpanan rahmat- Nya untuk seluruh hambaNya.
Al-'Alum: Maha Mengetahui, yakni mengetahui segala yang maujud ini dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.
Al-Qaabidh: Maha Peneabut, mengambil nyawa atau mempersempit rezeki bagi Mapa yang dikehendaki olehNya.
Al-Baasith: Maha Meluaskan, memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang dunginkan olehNya.
Al-Khaafidh: Maha Menjatuhkan, yakni terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan karena akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan siksaan.
Ar-Raafi': Maha Mengangkat, yakni terhadap orang yang selayaknya diangkat kedudukannya karena usahanya yang giat yaitu yang termasuk golongan kaum yang bertaqwa.
Al-Mu'iz: Maha Pemberi kemuliaan, yakni kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan memberinya pertolongan dan kemenangan.
Al-Mudzil: Maha Pemberi kehinaan, yakni kepada musuh-musuhNya dan musuh ummat
As-Samu': Maha Mendengar.
Al-Bashur: Maha Melihat.
Al-Hakam: Maha Menetapkan hukum, sebagai hakim yang memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga tidak seorang pun yang kuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu.
Al-'Adl: Maha Adil, serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu.
Al-Lathuf: Maha Halus, yakni mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil.
Al-Khabur: Maha Waspada.
Al-Halum: Maha Penghiba, penyantun yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gegabah memberikan siksaan.
Al-'Azhum: Maha Agung, yakni meneapai puncak tertinggi dari mercusuar keagungan karena bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempurnaan.
Al-Ghafuur: Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hamba-hambaNya.
Asy-Syakuur: Maha Pembalas, yakni memberikan balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil dan tidak berarti.
Al-'Aliy: Maha Tinggi, yakni mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran siapa pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya.
Al-Kabur: Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dukuti oleh paneaindera ataupun akal manusia.
Al-Hafuzh: Maha Pemelihara, yakni menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goneang. Juga menjaga segala amal perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya.
Al-Muqut: Maha Pemberi kecukupan, baik yang berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani.
Al-Hasub: Maha Penjamin, yakni memberikan jaminan keeukupan kepada seluruh hamba-hambaNya pada hari kiamat.
Al-jalul: Maha Luhur, yang memiliki sifat-sifat keluhuran karena kesempurnaan sifat-sifatNya.
Al-Karum: Maha Pemurah, mulia hati dan memberi siapa pun tanpa diminta atau sebagai penggantian dari sesuatu pemberian.
Ar-Raqub: Maha Peneliti, yang mengamat-amati gerak-gerik segala sesuatu dan mengawasinya.
Al-Mujub: Maha Mengabulkan, yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa padaNya.
Al-Waasi': Maha Luas, yakni bahwa kerahmatanNya itu merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.
Al-Hakum: Maha Bijaksana, yakni memiliki kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.
Al-Waduud: Maha Pencipta, yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan pula berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal- ihwal dan keadaan.
Al-Majud: Maha Mulia, yakni yang meneapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan.
Al-Baa'its: Maha Membangkitkan, yakni membangkitkan para Rasul, membangkitkan semangat dan kemauan, juga membangkitkan orang-orang yang telah mati dari masing-niasing kuburnya nanti setelah tibanya hari kiamat.
Asy-Syahud: Maha Menyaksikan atau Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.
Al-Haq: Maha Haq, Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.
Al-Wakul: Maha Memelihara penyerahan, yakni memelihara semua urusan hamba- hambaNya dan apa-apa yang menjadi kebutuhan mereka itu.
Al-Qawiy: Maha Kuat, yaitu yang memiliki kekuasaan yang sesempurna-sempurnanya.
Al-Matun: Maha Kokoh atau Perkasa, yakni memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puneaknya.
Al-Waliy: Maha Melindungi, yakni melindungi serta menertibkan semua kepentingan makhlukNya karena kecintaanNya yang sangat pada mereka itu dan pemberian pertolonganNya yang tidak terbatas pada keperluan mereka.
Al-Hamud: Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan.
Al-Muhshu: Maha Penghitung, yang tidak satu pun tertutup dari pandanganNya dan semua amalan itu pun diperhitungkan sebagaimana wajarnya.
Al-Mubdi': Maha Memulai, yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.
Al-Mu'ud: Maha Mengulangi, yakni menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.
Al-Muhyu: Maha Menghidupkan, yakni memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak hidup.
Al-Mumut: Maha Mematikan, yakni mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup, lalu disebut mati.
Al-Hay: Maha Hidup, kekal pula hidupNya itu.
Al-Qayyuum: Maha Berdiri sendiri, baik DzatNya, SifatNya, AfalNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit dan burni ini.
Al-Waajid: Maha Kaya, dapat menemukan apa saja yang dunginkan olehNya, maka tidak membutuhkan pada suatu apa pun karena sifat kayaNya yang secara mutlak.
Al-Maajid: Maha Mulia
Al-Waahid: Maha Esa.
Ash-Sha1ad: Maha Diperlukan, yakni selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan.
Al-Qaadir: Maha Kuasa.
Al-Muqtadir: Maha Menentukan.
Al-Muqaddim: Maha Mendahulukan, yakni mendahulukan sebagian benda dari yang lainnya dalam perwujudannya, atau dalam kemuhaan, selisih waktu atau tempatnya.
Al-Muakhkhir: Maha Mengakhirkan atau Membelakangkan.
Al-Awwal: Maha Pertama, Dahulu sekah dari semua yang maujud.
Al-Aakhir: Maha Penghabisan, Kekal terns setelah habisnya segala sesuatu yang maujud.
Azh-Zhaahir: Maha Nyata, yakni menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda eiptaanNya.
Al-Baathin: Maha Tersembunyi, tidak dapat dimaklumi DzatNya, sehingga tidak seorang pun dapat mengenal DzatNya itu.
Al-Waalu: Maha Menguasai, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya.
Al-Muta'aalu: Maha Sud, terpelihara dari segala kekurangan dan kerendahan.
Al-Bar: Maha Dermawan, banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya.
At-Tawwaab: Maha Penerima taubat, memberikan pertolongan kepada orang-orang yang bermaksiat untuk melakukan taubat lalu Allah akan menerimanya.
Al-Muntaqim: Maha Penyiksa, kepada orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya.
Al-'Afuw: Maha Pemaaf, pelebur kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maafpadaNya.
Ar-Rauuf: Maha Pengasih, banyak kerahmatan dan kasih sayangNya.
Maalikul Mulk: Maha Menguasai kerajaan, maka segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit, bumi dan sekitarnya serta yang dibaliknya alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya.
Dzuljalaali Wal Ikraam: Maha Memiliki kebesaran dan kemuliaan. Juga Dzat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah.
Al-Muqsith: Maha Mengadili, yakni memberikan kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya.
Al-jaami': Maha Mengumpulkan, yakni mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh ummat manusia pada hari pembalasan.
Al-Ghaniy: Maha Kaya, maka tidak membutuhkan apa pun dari yang selain DzatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat memerlukan padaNya.
Al-Mughnu: Maha Pemberi kekayaan, yakni memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-limpah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya.
Al-Maani': Maha Membela atau Maha Menolak, yaitu membela hamba-hambaNya yang shalih dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.
Adh-Dhaar: Maha Pemberi bahaya, yakni dengan menurunkan siksa-siksaNya kepada musuh-musuhNya.
An-Naafi': Maha Pemberi kemanfaatan, yakni meratalah kebaikan yang dikurniakanNya itu kepada semua hamba dan negeri.
An-Nuur: Maha Bercahaya, yakni menonjolkan DzatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.
Al-Haadi: Maha Pemberi petunjuk, yaitu memberikan jalan yang benar kepada
Al-Badu': Maha Peneipta yang baru, sehingga tidak ada contoh dan yang
Al-Baaqi: Maha Kekal, yakni kekal hidupNya untuk selama-lamanya.
Al-Waarits: Maha Pewaris, yakni kekal setelah musnahnya seluruh makhluk.
Ar-Rasyud: Maha Cendekiawan, yaitu memberi penerangan dan tuntunan pada seluruh hambaNya dan yang segala peraturanNya itu berjalan menurut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan keeendekiawanNya.
Ash-Shabuur: Maha Penyebar yang tidak tergesa-gesa memberikan siksaan dan tidak pula cepat-cepat melaksanakan sesuatu sebelum waktunya.

Tauhid Rububiyah dan Uluhiyyah Allah s.w.t.
Dalam makrifatullah, kita juga mesti mengenali bahawa Allah adalah Rabb dan Ilah. Tidak ada Rab lain dan Ilah lain dalam kamus kehidupan seseorang Islam.

Maksud Tauhid ialah mengesakan Allah. Tidak ada benda lain, kuasa lain, sama ada manusia atau jin atau apa sahaja selain daripada Allah yang layak untuk dijadikan atau dianggap sebagai Rabb dan Ilah.

Maksud Rabb ialah pcncipta, pemilik, pemerintah, pemberi rezki dan seumpamanya. Hanya Allah yang mencipta makhluk, bahkan apa yang manusia buat adalah tertakluk pada sumber dan ketentuan Allah s.w.t.

Rububiyyah adalah daripada perkataan (Rabb) yang memberi maksud seperti yang telah dijelaskan.

Tauhid Rububiyyah bermaksud hanya Allah sahaja sebagai Rabb. Tidak boleh dijadikan, dianggap atau dirasakan yang lain sebagai rabb atau bersama-sama Allah menjadi Rabb.

Maksud Ilah ialah sesuatu yang dipuja dan disembah. Apa yang kita puja dan kita sembah ia adalah Ilah kita atau kita telah menjadikan meletakkan benda tersebut sebagai Ilah kita bersama dengan Allah.

Orang Islam yang beriman dengan keimanan yang sebenar, dia hanya mengambil Allah sebagai Ilah. Dia tidak meletakkan Allah bersama-sama yang lain sebagai Ilah. Allah sahaja sebagai pujaan dan sembahannya. Iculah maksud Tauhid Uluhiyyah.

Dalam memahami konsep Ilah cuba kita perhatikan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf? (Surah al jaathiah:23).

Maksudnya, hawa nafsu juga seringkali boleh menjadikan Ilah (Tuhan) bagi manusia kalau sekiranya ia menurut dan melaksanakan kehendak nafsu nya yang sering berlawanan dengan kehendak Allah.

Mempelajari dan memahami ajaran Allah
Maksud beriman kepada Allah juga sepatutnya kita mempelajari dan memahami segala yang datang daripada Allah melalui RasulNya sama ada dalam al-Quran atau al-Sunnah. Maksud beriman kepada Allah bukan sekadar percaya tentang kewujudan Allah tetapi termasuk juga segala apa yang datang daripada Allah s.w.t.

Berapa ramai orang yang mengaku beriman kepada Allah, tetapi tidak mengambil tahu tentang ajaran Allah. Ini adalah satu kekeliruan yang berlaku tetapi amat sedikit penekanan yang diberikan dalam aspek ini.

Apa maknanya beriman kepada Allah kalau tidak mengetahui dan jahil tentang petunjuk atau ajaran Allah s.w.t. Inilah yang dikatakan konsep akidah yang kabur dan iman yang keliru.

Yakin dan melaksanakan pentunjuk Allah
Antara maksud dan tuntutan Iman kepada Allah ialah yakin terhadap apa yang datang daripada Allah. Yakin dengan kebenaran, kesempumaan Islam sebagai satu Din yang syamil dan kamil serta terbaik.

Mungkin ada orang yang yakin tentang kewujudan Allah tetapi sangsi dengan ajaran yang diwahyukan oleh Allah. Bentuk keimanan seperti ini juga adalah satu kekeliruan kerana kejahilan tentang maksud beriman dengan Allah s.w.t. dalam erti kata yang sebenarnya. Orang yang benar-benar beriman kepada Allah, ia yakin dengan Islam dan membuktikannya dalam tindakan. laitu menjalani kehidupan berpandukan petunjuk Allah seperti yang rerdapat dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.


BERIMAN KEPADA MALAIKAT
Antara asas keimanan atau rukun Iman juga ialah percaya dengan adanya para malaikat. Konsepnya ialah sebagai orang Islam kita mesti mengetahui dan yakin bahawa Allah s.w.t menjadikan para malaikat sebagai hamba dan pekerja-pekerjaNya atau untuk mudah difahami dengan penggunaan bahasa semasa ialah sebagai kakitangan Allah, sama ada sebagai menteri-menteri Allah, pegawai-pegawai Allah, kerani-kerani, tentera, polis atau apa-apa sahaja yang boleh kita namakan, maka itu semua dipegang oleh para malaikat Allah s.w.t.

Penciptaan Malaikat
Allah ciptakan malaikat daripada nur, berdasarkan Hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Dijadikan Malaikat dari cahaya, dijadikan jin dari nyalaan api dan manusia seperti yang telah digambarkan kepada kamu. (Riwayat Muslim)

Malaikat boleh berupa dengan bermacam bentuk dengan izin Allah. Biasanya ia datang kepada Rasulullah dalam bentuk manusia dan ada juga yang datang ke bumi dalam bentuk cahaya. Sebagai contohnya malaikat jibril datang dalam satu majlis Rasulullah bersama dengan sahabat-sahabat nya. Jibril berupa seorang lelaki dan bertanya Rasulullah beberapa persoalan tentang Islam, Iman dan Ihsan. Baginda menjawab persoalan-persoalan itu, kemudian lelaki tadi menghilangkan diri. Rasulullah menjelaskan kepada para sahabat, itulah Malaikat yang datang untuk mengajar kamu tentang Agama.

Bentuk asal Malaikat mempunyai sayap-sayap yang berbeza-beza antara satu Malaikat dengan yang lain. Ada yang mempunyai dua sayap, tiga dan empat sayap bahkan lebih dari itu. Allah maha berkuasa serta mempunyai hikmah tertentu daripada makhluk ciptaanNya. Firman Allah s.w.t. :

Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat; Ia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah Fatir:1)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Rasulullah s.a.w. telah melibat Jibril mempunyai enam ratus buah sayap. (Riwayat Muslim)

Ayat dan Hadith di atas menunjukkan gambaran Allah tentang Malaikai. Namun pada hakikatnya Malaikat hidup dalam suasana yang berbeza dari manusia. Walaupun digambarkan mempunyai sayap dan seumpamanya itu adalah bentuk asalnya. Biasanya Malaikat tidak dapat dilihat oleh manusia. Ia hidup dalam alam ghaib kecuali pada masa-masa ketika ia menjelmakan bentuk-bentuk tertentu atau bentuk asalnya yang bersayap.

Malaikat tidak makan dan tidak minum, juga bukan lelaki dan tidak perempuan, malaikat lidak tidur dan seumpamanya. Ia adalah makluk yang berlainan dari manusia dan haiwan dan juga berbeza dari jin.

Tugas Malaikat
Seperti yang digambarkan dalam membicarakan konsep beriman dengan Malaikat di mana tugasnya ialah sebagai kakitangan Allah dengan berbagai post dan tanggungjawab yang berbeza. Apa yang diperintah oleh Allah terus dilaksanakan. Firman Allah s.w.t. :

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.(Surah al Tahrim:6).

Antara tugas-tugas Malaikat seperti:

Membawa wahyu kepada para Nabi dan Rasul. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman". (Surah al Baqarah: 97).

Bertasbih dan patuh dan sujud pada Allah; Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

Sesungguhnya mereka (malaikat) yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya, dan mereka pula bertasbih bagiNya, dan kepadaNyalah jua mereka sujud. (Surah al A’raf:206).

Memikul Arsy:
Ada di kalangan para malaikat yang bertugas memikul Arasy. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka. (Surah Ghafir:7).

Demikianlah beberapa contoh tugas para malaikat. Mereka juga memikul peranan di akhirat seperti: Memberi salam kepada ahli syurga, mengazab ahli neraka dan seumpamanya.

Ringkasnya segala apa yang Allah kehendaki biasanya diperintah malaikat untuk melaksanakannya. Allah Maha Berkuasa untuk melakukan scsuatu tanpa menggunakan perantaraan malaikat kerana Allah maha suci dari sebarang kekurangan dan kelemahan. Adapun hikmah Allah menggunakan malaikat boleh difikirkan tetapi hakikatnya Allah Maha Mengetahui.

Antara hikmah yang kita dapat rasakan dan adanya malaikat ialah menampakkan lagi keagungan dan kehebatan Allah yang punya kerajaan dan pemerintahan yang sangat besar dan kuat. Kalau para malaikat yang Allah jadikan itupun hebat maka bagaimanakah pula keagongan dan kehebatan Allah itu sendiri yang mencipta malaikat dan alam yang sangat luas ini.

BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB
Konsep beriman dengan kitab-kitab
Setiap orang Islam mestilah mengetahui dan yakin bahawa Allah s.w.t telah menurunkan wahyunya kepada para Nabi sejak dahulu hingga Rasul terakhir Muhammad s.a.w.. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya). (Surah al Baqarah:213).

Antara contoh-contoh kitab yang Allah turunkan ialah suhuf kepada Ibrahim yang disebut dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh), Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk). (Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, - Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa. (Surah al ‘Ala:14-19).

Contoh lain ialah Zabur kepada Daud, firman Allah s.w.t. bermaksud:

Dan Tuhanmu (wahai Muhammad) lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi; dan sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi-nabi atas setengahnya yang lain; dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud. (Surah al Isra’:55).

Kepada Nabi Musa Allah turunkan Taurat dan kepada Isa Injil. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. (Surah al Maidah:46).

Kitab yang terakhir seperti yang diketahui umum iaitu al-Quran. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil. Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah). (Surah ali Imran:2-4).

Tujuan Kitab-Kitab Diturunkan
Tujuan kitab-kitab diturunkan oleh Allah adalah untuk memberi petunjuk kepada manusia jalan hidup yang beiul.

Manusia sejak dahulu hingga hari qiamat nanti memerlukan panduan daripada Allah untuk menjalani keludupan mereka. Allah yang menciptakan manusia dan juga segala makhluk-makhluk yang lain sudah pasti Dia maha mengetahui keperluan dan panduannya. Oleh itu, dengan kemurahan dan keadilanNya Allah menghantar wahyu melalui Rasul sebagai panduan manusia. Firman Allah s.w.t. bermaksud :

Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. (Surah al Maidah:15-16).

Persamaan al-Quran dengan kitab-kitab lain
Semua kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada para Nabi adalah membawa perkara pokok yang semua, iaitu mengajak manusia menyembah Allah s.w.t. mentauhidkanNya dan supaya mereka menjauhi Taghut. Dengan kata lain, semua kitab-kitab Allah yang diturunkan dari semasa ke semasa kepada para nabi adalah membawa pokok persoalan yang sama iaitu konsep akidali Tauhid.

Beberapa perbezaan al-Quran dengan kitab-kitab lain.
1. Dari segi konsep keimanan antara al-Quran dengan kitab-kitab lain di mana beriman dengan al-Quran bukan sekadar percaya bahawa al-Quran itu daripada Allah, tetapi lebih dari itu iaitu mesti mempelajari, memahami dan melaksanakannya. Manakala kitab-kitab lain kita hanya perintah percaya sahaja tanpa dituntut untuk mempelajarinya kerana kita telah mempunyai al-Quran yang lebih lengkap.

2. Dari segi isi kandungan: al-Quran mengandungi isi kandungan yang syamil dan lengkap, manakala kitab-kitab lain tidak syamil dan belum sempurna kerana wahyu-wahyu akan diturunkan scterusnya dari semasa ke semasa sehinggalah wahyu sempurna dengan turunnya al-Quran.

3. Dari segi keaslian: al-Quran tetap asli tidak ada perubahan dan tidak mampu dipinda olch manusia manakala kitab-kitab lain berubah dan tidak asli. Firman Allah s.w.t. bermaksud :

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (Surah al Hijr:9).

4. Aj-Quran sesuai untuk semua zaman dan rempat, manakala kitab-kitab lain untuk tempoh-tempoh tcrtentu sahaja.

5. Bahasa al-Quran adalah bahasa Arab yang hidup pemakaiannya sepanjang masa, iaitu sentiasa digunakan oleh ramai dan banyak negara di seluruh dunia berbanding dengan kitab-kitab lain yang bahasanya telah pupus dan tidak lagi dipakai oleh manusia. Adapun yang tinggal pada penganti-pengantinya adalah bahasa-bahasa terjemahan. Kalaulah terdapat bahasa yang asal itu kita akan dapati tidak ada orang yang boleh memahaminya.

Hikmah beriman dengan kitab-kitab
1. Menunjukkan bahawa agama yang datang daripada Allah adalah satu sahaja iaitu Islam yang terkandung di dalam kitab-kitab yang datang daripada Allah mendahului. Para Nabi semasa ke semasa sehinggalah kitab al-Quran.
2. Umat manusia di sepanjang zaman sebenarnya memerlukan agama yang satu iaitu Islam, yang berteraskan akidah tauhid. Ini semua terkandung dalam semua kitab-kitab yang datang daripada Allah.
3. Perbezaan dari segi syariat perkara ranting berkaitan pelaksanaan dalam agama boleh berlaku. Yang ditegah secara tegas ialah perbezaan dari segi akidah atau pcrkara-perkara usul. Ini terbukti dalam syariat-syariat kitab-kitab dari satu nabi dengan nabi yang lain berbeza, tetapi akidah dan perkara pokok yang lain semuanya sama. Umat nabi-nabi terdahulu mereka melaksanakan agama berdasarkan syariat nabi masing- masing, manakala umat Muhamad menurut syariat yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w.

4. Sepatutunya orang-orang Yahudi dan Kristian tidak menyeleweng dari Islam kerana semua para Nabi adalah Islam. Tidak ada percanggahan antara al-Quran dan Taurar sebagaimana juga tidak ada pertenrangan dengan Injil dan kitab-kitab lain.

BERIMAN KEPADA PARA RASUL
Konsep beriman kepada para rasul
Setiap orang Islam mestilah mengetahui dan yakin bahawa Allah s.w.t. telah melantik Rasul bagi seriap umat bertujuan mengajak manusia menyembah Allah dan menjauhi Taghut. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya. (Surah al Nahl:36).

Antara mereka (Rasul-Rasul) ada yang diceritakan oleh Allah kepada kita dan sebilangan yang lain tidak dijelaskan. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu. Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan). (Surah al Nisa’:164).

Sebilangan yang diceritakan dalam al-Quran seperti firman Allah s.w.t. bermaksud :

Dan itulah hujah (bukti) Kami, yang Kami berikan kepada Nabi Ibrahim untuk mengalahkan kaumnya. Kami tinggikan pangkat-pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui. Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Ibrahim: (anaknya) Ishak (dari isterinya Sarah), dan (cucunya) Yaakub. Tiap-tiap seorang (dari mereka) Kami telah berikan petunjuk, dan Nabi Nuh juga Kami telah berikan petunjuk dahulu sebelum itu; dan dari keturunan Nabi Ibrahim itu (ialah Nabi-nabi): Daud, dan Sulaiman, dan Ayub, dan Yusuf, dan Musa, dan Harun. Dan demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amal perbuatannya. Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Zakaria, dan Yahya, dan Isa, dan Ilyas; semuanya dari orang-orang yang soleh. Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Ismail, dan Alyasak dan Yunus, dan Lut; dan mereka itu semuanya, Kami lebihkan darjat mereka atas umat-umat (yang ada pada zamannya). (Surah al-Anam: 83-86)

Dan Ismail, Ilias, Yunus dan Lut semuanya kami berikan kelebihan dan keutamaan dari makhluk-makhluk lain.

Peranan Rasul
Peranan Rasul sangat penting iaitu menyeru dan membimbing mansuia ke jalan yang benar, jalan menyembah allah SAV. T memimpin manusia kepada keselamatan berasakan akidah Tauhid, beriman bahawa Allah sebagai Rab dan Ilah dalam kehidupan.

Manusia tanpa rasul yang menyibarkan wahyu daripada Allah sudah pasti akan menalami kesesatan dan kekacauan, kezaliman dan berbagai akibat. Oleh itu, Allah dengan kemurahannya melantik Rasul bagi menyelamatkan manusia dari kesesatan.

Para Rasul adalah pilihan Allah untuk diturunkan wahyu kepadanya dan supaya disampaikan kepada manusia seluruhnya. Tidak ada sumber dan deen yang boleh menyelamatkan manusia selain dari berpandukan wahyu Allah dan Islam kerana Allah sahaja yang maha mengetahui hakikat manusia dan hanya Allah sahaja yang layak dan mampu menentukan panduan dan peraturan penyelesaian kepada permasalahan yang timbul dalam kehidupan manusia.

Kebenaran Rasul
Antara hujah yang menunjukkan seseorang Rasul itu benar ialah mukjizat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya. Seperti mukjizat Nabi a.s Ibrahim yang tidak hartgus dibakar api. Firman Allah s.w.t. :

(Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!" Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ". (Surah al-Anbia: 68-69)

Demikian juga mukjizat dengan nabi-nabi lain. Munsa dapat membelah laut dengan tongkatnya, apabila beliau dan pengikutnya ingin menyeberangi lautan yang luas ketika dikejar oleh Firaun dan tenteranya. Firman Allah s.w.t. :

Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukulah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar. (Surah al syu’araa’:63).

Mukjizat ialah kejadian luar biasa yang dilakukan oleh Allah kepada RasulNya sebagai bukti kebenaran menjadi Rasul. Dengan adanya mukjizat ini, boleh menjadi bukti kepada orang-orang tertentu mendakwa menjadi nabi, sedangkan mereka tidak dikurniakan mukjizat.

Kepentingan Berinian kepada Para Rasul
1. Mennnjukkan kesatuan dan hubungan antara semua para Nabi dan Rasul Allah di mana mereka semua adalah penerus agama Allah yang berasaskan akidah Tauhid.
2. Menunjukkan bahawa agama yang benar hanya satu sahaja, iaitu Islam yang dibawa oleh semua para rasul.

BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
Konsep beriman kepada Hari Akhirat
Beriman dengan hari akhirat bererri percaya dan yakin tentang adanya kehidupan selepas alam dunia ini. Setiap manusia akan berpindah dari alam dunia ke alam akhirat apabila mereka mati. Dengan kata lain akhirat ialah alam selepas mati.

Akhirat bagi seseorang ialah bermula dengan kematiannya. Setelah ia meninggal dunia bermakna telah masuk alam akhirat. Mati dalam perspektif Islam merupakan perpindahan dari alam dunia, alam percubaan ke alam akhirat, alam balasan yang kekal abadi.

Peringkat-peringkat di Hari Akhirat
1. Alam Kubur (Barzakh)
Akhirat bagi seseorang bermula dengan kematiannya. Apabila ia mati bererti telah bermula hari akhiratnya. peringkat pertama seseorang itu di akhirat ialah alam kubur (barzakh). Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Kubur itu sama ada ia menjadi satu taman dari pada Taman Syurga atau satu lubang daripada lubang Neraka. "

Daripada hadith di atas menunjukkan bahawa bermula dari kematian seseorang akan bermula menerima balasan sama ada baik atau buruk. Ini semua bergantung kepada amalan seseorang itu ketika berada di dunia.

2. Hari Bangkit (yaum al ba’ath)
Setelah beberapa lama berada di alam kubur dan berlakunya qiamat, manusia dibangkitkan. Allah s.w.t. berfirman:

Semasa mereka semuanya dibangkitkan hidup semula oleh Allah (pada hari kiamat), lalu diterangkan kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan (ingatlah), Allah menjadi Saksi akan tiap-tiap sesuatu. (Surah al Mujadalah:6)

3. Manusia Dihimpunkan
Selepas manusia dibangkitkan, mereka dihimpun di satu tempat yang bernama (Mahsyar). Rasulullah bersabda maksudnya:

Manusia dikumpul pada hari qiamat kepada tiga golonan: satu golongan berjalan kaki, satu golognan lain berkenderaan dan golongan yang ketiga berjalan dengan muka-muka mereka. Para sababat bertanya, Wahai Rasulullah! Bagaimana mereka dapat berjalan dangem muka? Baginda menjawab, Allah maha berkuasa menjadikan manusia berjalan dengan kaki, maka sudah pasti Allah berkuasa menjadikan manusia berjalan dengan muka-muka mereka. Alangkah sukarnya mereka yang berjalan dengan muka kerana terpaksa mejaga muka dari tanah-tanah benjol dan berduri. " (Riwayat Tirmizi)

4. Pembentangan Amalan
Di hari akhirat nanti amalan manusia akan dibentangkan. Setiap orang akan dapat melihat amalan yang mereka lakukan sama ada baik atanpun buruk, besar, ataupun kecil. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (Surah al zalzalah:7-8).

5. Audit dan Timbangan Amalan
Antara perkara yang akan dialami oleh manusia di akhirat ialah hisab dan timbangan amalan.

Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya: "Tidak berganjak tapak kaki seseorang hamba sehingga dia disoal tentang umumya untnk apa dihabiskannya, dan ilmunya untuk apa dipergunakannya, dan tentang hartanya dari mana ia perolehi dan untuk apa dibelanjakan dan dirinya untuk apa dipergunakan. " (Riwayat Tirmizi)

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji s.a.wi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung. (Surah al-Anbia: 47)

6. Sirat (Titian)
Seriap orang pasti melalui sirat (jambatan). Firman Allah s.w.t. bermaksud :

Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertaqwa, dan kami akan biarkan orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di dalam neraka itu. (Surah Mariam: 71-72)

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Dibentangkan sirat di antara dua tebing neraka jabatam. Aku (Muhammad) dan umatku adalah mereka yang mula-mula menyeberangi. Tidak adayang berani bercakap ketika itu kecuali para Rasul dengan berdoa “Ya Allah selamatkanlah, di neraka jahanam dan pengait-pengait seperti duri pobon sa’dan, cuma kadr besamya tidak diketahui melainkan Allah Azza Wazailah sendiri. Pengait-pengait inilah yang akan menyambar seseorang sesuai dengan amalan mereka. "

7. Balasan Syurga dan Neraka
Berdasarkan nas-nas al-Quran menunjukkan bahawa orang yang mempunyai amalan baiknya banyak sehingga memberatkan timbangan amalan baik ia akan dimasukkan ke dalam syurga, manakala. mereka. yang sebaliknya akan dimasukkan ke dalam neraka. Firman Allah s.w.t. : bermaksud:

Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, - Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, - Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah" Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu? (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar. (Surah al Qaari’ah:6-11).


Kepentingan Berirnan dengan Hari Akhirat
• Memperbaharui kesedaran tentang hakikat adanya alam akhirat yang merupakan tempat manusia menerima balasan dan juga tempat yang kekal abadi umuk semua manusia.
• Mempertingkatkan keimanan dengan merasai keagongan Allah Rabul-Alamin selaku pemerintah dan penguasa serta tuan punya Alam, pencipta dan pemilikan hari Akhirat, dan segala isi kandungannya.
• Melembutkan hati manusia dengan mengingati mati dan Hari Akhirat.
• Menggalakkan orang Islam melakukan ma’ruf dan meninggalkan kejahaan.

BERIMAN KEPADA TAKDIR

Maksud takdir
Takdir ataupun ketentuan Allah terhadap makhluknya khususnya mansuia dapat dihahagikan kepada dua:
1. Ketentuan tentang nature yang mengandungi sebab musabab, seperti api membakar, makan boleh mengenyangkan dan seumpamanya. Itu semua adalah ketetapan Allah. Firman Allah s.w.t:

Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu. (Surah al-Rad: 8)

Allah menciptakan alam dan manusia dengan keilmuanNya yang maha tinggi dan bijaksana. Manusia boleh memahami dan menjalani kehidupan menurut pilihan mereka berdasar ketentuan Allah s.w.t. terhadap makhluknya.

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (Surah al-Ankabut: 69)

2. Takdir atau ketentuan Allah terhadap makhlukNya, khususnya manusia. Allah s.w.t. menentukan seseorang dilahirkan seperti lelaki atau perempuan, cacat atau cukup anygota, banysa Melayu, Cina, India atau lain-lain. Ini semua adalah rakdir Allah.

Dalam pengertian yang kedua ini seseorang tidak ada pilihan seperti ia dilahirkan lelaki atau perempuan, sempuma anggota atau cacat walaupun terdapat ada sebab-ebab tertentu kenapa seseorang bayi dalam kandungan itu lelaki atau perempuan dan kenapa ada bayi yang cacat dilahirkan. Allah s.w.t. berfirman bermaksud:

Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan denganNya. (Surah al Qasas:68).

Dari ayat ini dapat kita faham bahawa seseorang bayi dilahirkan lelaki adalah pilihan dan ketentuan Allah bukan bayi tersebut yang meminta atau memilih untuk menjadi seorang lelaki dan ia tidak boleh menentukan dirinya lelaki atau perempuan.

Kekeliruan Dalam Memahami Konsep Takdir
Maksud takdir adalah seperti yang telah dijelaskan. Adapun terdapat kekaburan dan kejanggalan yang wujud dalam kehidupan manusia berkaitan dengan takdir adalah disebabkan kejahilan ataupun mereka menolak keimanan konsep takdir secara sengaja.

Oleh yang demikian, suatu kejahatan, seperti berzina, mencuri, apabila ditangkap ia mendakwa bahawa Allah takdirkan ia mencuri, Allah takdirkan ia berzina dan lain-lain. Sedangkan kosnep takdir yang diajar oleh al-Quran dan al-Sunnah terlalu jelas menerangkan tentang dakwaan itu bercanggah dengan ajaran Islam.

Allah menyuruh manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Kenapa pula apabila seseorang melakukan kejahatan tiba-tiba ia menuduh Allah yang takdirkan melakukan dosa tersebut.

Bentuk kekeliruan lain juga ialah dia tidak mahu melakukan sesuatu kebaikan ketika di dunia kerana Allah teleh menentukan Syurga dan neraka. Dakwaan ini juga adalali salah kerana ia bereanggah dengan perintah-perintah Allah dalam al Quran dan al-Sunnah supaya manusia melakukan kebaikan.

Sikap Orang Islam Dalam Menerima Takdir Allali
• Menerima dan redha terhadap apa yang ditakdirkan oleh Allah, kerana Allah Maha Adil dan tidak mungkin melakukan kezaliman terhadap makhlukNya. Apa yang Allah tentukan kepada manusia di luar dari pililian mmanusia adalah kebijaksanaan dan keadilan Allah. Ada suatu hikmat di sebalik ketentuan itu. Mungkin apa yang kita rasa baik adalah buruk bagi kita dan demikianlah sebaliknya. Allah maha mengetahui apa yang tidak kita ketahui.
• Mestilah bersabar sekiranya Allali takdirkan sesuatu yang buruk yang berlaku ke atas diri kita. Mungkin di sebalik apa yang berlaku itu ada sesuatu yang baik yang Allah akan anugerahkan kepada kita.
• Bersyukur sekiranya Allah takdirkan seuatu yang baik.
• Sentiasa berusaha dan berwaspada dan kehidupan seharian jangan menunggu takdir Allah tanpa berbuat sesuatu.
• Sentiasa berdoa agar Allah selamatkan kita di dunia dan akhirat.
• Selepas berusaha kemudian duringi dengan doa, akhirnya hendaklah bertawakal kepada Allali s.w.t.

Kepentingan Bertman dengan Takdir
• Melahirkan kehidupan yang bahagia kerana mempunyai konsep akidah yang betul dan tanggapan yang benar terhadap Allah s.w.t.
• Mengelakkan berlakunya putus asa yang boleh membawa kepada tindakan yang merbahaya seperei membunuh diri dan sebagainya.
• Melahirkan kehidupan yang lebih berjaya.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah 
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA 

HP: 013-4006206
PJ: 04-9882701
RU: 04-9882597