Tanggung jawab dalam keluarga

Anak merupakan zuriat penganti ibu dan bapanya menyambung kehidupan di dunia ini. Demikianlah keadaanya berterusan dan sambung-menyambung sehingga dunia ini kiamat. Pasangan suami isteri yang mendpat ramai anak,beruntung besar untuk bekalan mereka pada hari kiamat kelak, seandainya anak-anak itu tergolong orang yang saleh. Sebaik-baiknya sekiranya anak-anak itu tidak menjadi anak yang soleh pasangan itu tidak akan kerugian besar. Bahkan kemungkinan ibu bapa itu akan di pertanggungjawabkan atau dipersalahkan di hadapan Allah s.w.t.

Allah s.w.t menyuruh ibu bapa memberi pendidikan dan mengasuh anak-anak mereka hingga menladi anak yang soleh. Al-quran dan hadis-hadis Rasulullah ada menghuraikan, antara firman Allah:

Wahai orang yang beriman ! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya ialah manusia dan batu(berhala). (al-Tahrim)

Tetapi apa yang sering menjadi bertentangan ialah di antara perasaan kasih sayang yang keterlaluan terhadap anak akan menyebabkan pendidikan terhadapnya menjadi perkara kedua atau tidak diberi perhatian yang utama. Sememang tidak dinafikan manusia menyayangi anak-anak mereka bahkan haiwan pun demikian juga. Boleh dikatakan tidak ada manusia yang tidak menyayangi anak mereka kecuali dia seorang yang cacat pemikiranya. Bak kata pepatah melayu,: Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan.

Ini bererti menyayangi anak itu hendaklah dengan memberi pendidikan dan pelajaran, bukanlah dengan memukulnya. Dalam system pendidikan pada zaman dahulu, memang ada ibu bapa mendidik anak dengan memukulnya jika anak itu degil. Tetapi pada zaman moden ini, tidak mungkin lagi pendidikan secara sedemikian kecuali jika terpaksa seperti enggan mendirikan sembahyang setelah baligh.

Tanggungjawab ibubapa paling utama terhadap anak-anak mereka ialah untuk memastikan agar mereka beriman kepada Allah s.w.t dan tidak sekali-kali mensyirikan-Nya dengan sesuatu Firman Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-Tahrim ayat 6 : Maksudnya: Wahai anakku janganlah sekali-kali engkau mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah itu suatu penganayaian yang besar.

Ibu bapa juga mestilah melatih anak-anak mereka mengerjakan solat bermula dari umur mereka tujuh tahun. Rasullulah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: Ajarlah anak kamu melakukan solat bila berusia tujuh tahun dan pukulah jika ia solat bila berumur sepuluh tahun.

Akhlak yang mulia seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w perlulah disemai ke dalam jiwa anak-anak mereka dengan mereka sendiri beramal dengan akhlak islam di dalam cara mereka seharian.

Ibu bapa juga mestilah memberikan didikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak mereka agar mereka dapat me,besar dengan sempurna dan mampu menjadi orang yang berguna kepada agama,bangsa dan tanah air mereka.

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBUBAPA.
Pada zaman ini kita selalu mendengar keluhan dan sungutan ibu bapa tentang anak-anak mereka yang tidak mentaati ajaran agama dan tidak menghormati ibu bapa. Sebab-sebab berlakunya sebegini kerana pertentangan dalam pendapat dan fahaman terutamanya di bidang sains di mana-mana anak-anak memberi hujahan secara logik.

Bagaiman pun akal fikiran dan ilmu pengatahuan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada manusia itu sangat terhad dan sangat sedikit, meskipun manusia itu seorang yang pakar di dalam bidang-bidang tertentu. Tiada seorang manusia pun yang dapat mencipta seekor semut, apatah lagi manusia, haiwan, dan alam yang sebegini luas serta isinya yang sebegini luas.

Satu lagi faktor yang perlu di sedari oleh anak-anak ialah sikap dan keadaan ibu bapa yang tidak tinggi ilmu pengatahuanyan. Dalam menghadapi situasi sedemikian anak-anak tidak seharusnya menyalah atau menentang ibu bapa. Layani lah ibu bapa dengan bahasa yang baik dan bersopan santun. Ini untuk mengelakan diri dari menyakiti hati ibu bapa. Hanya satu pekara yang boleh di tentang ialah jika ibu bapa itu menentang ajaran agama islam. Tetapi ini jarang-jarang berlaku.

Syariat agama islam telah mengaturkan kewajipan anak kepada ibu bapa. Dan perintah syariat ini bersesuaian pula dengan sifat semula jadi manusia. Ibu bapa sudah bersusah payah memelihara serta memberi pendidikan serta pelajaran kepada anak-anak nya. Maka sewajarnyalah kita membalas budi ibu bapa itu dengan saksama. Di dalam al-quran terdapat firman Allah mengenai tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa mereka. Terutama apabila ibubapa tersebut telah tua, tidak berdaya mencari nafkah lagi, ditambah pula uzur maka ketika inilah anak-anak menerima ujian Allah, sama ada ia seorang anak yang taat dan sayang kan ibu bapa nya atau sebaliknya.

Dalam keadaan begini terdapat sesetengah anak yang berpendidikan Barat berpendapat ibu bapa yang telah uzur itu di serahkan ke rumah orang tua-tua kerana di sana terdapat jururawat yang terlatih untuk memelihara dan merawat di samping kemudahan yang lain.
Mungkin alasan itu benar dari segi kemudahan, akan tetapi tidak benar dari segi jiwa dan perasaan kasih sayang diantara ibu dan bapa. Anak-anak seharusnya mengatahui dan mengingati bahawa semasa diri nya seoran bayi sehingga menjadi dewasa mereka telah di tantang, di timang dibelai dan di beri kasih sayang ibu dan bapa terhadap anak-anaknya tidak akan luput sehinggalah mereka meninggal dunia. Ibu bapa yang telah tua dan uzur amat memerlukan kasih sayang dan penjagaan oleh anak-anaknya sendiri. Mereka akan merasa kecewa jika tidak dihiraukan atau dikasihi oleh anak-anaknya. Sebaliknya mereka akan merasa aman bahagia jika semasa menghembuskan nafas terakhir di hadapan anak-anak nya sendiri. Kewajipan memelihara ibu bapa yang telah tua dan sakit itu terdapat di dalam firman Allah S.W.T. ‘dan tuhan mu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau keduaduanya sekali sampai kapada umur tua jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka(sebarang kata-kata yang kasar) sekalipun perkataan ha dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia( yang bersopan santun) surah al-isra ; 23

KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI TERHADAP KELUARGA
Antara beberapa tanggungjawab yang harus di lakukan oleh seorang manusia yang bergelar suami ialah seperti ; harus melapangkan masa untuk bemesra dengan anak-anak dan isterinya. Kasih sayang seorang suami terhadap keluarganya adalah umpama sebuah pohon yang di tanam, setiap hari harus di baja dan di siram dengan belaian mesra dan kasih sayang demi keutuhan keluarga itu sendiri. Sekiranyan keadaan ini diabaikan maka pincanglah keluarga. Anak-anak dan isteri akan kehilangan seseorang yang boleh di bombing dan menasihati mereka. Walaupun dalam masalah mencari rezeki untuk keluarga amat penting, memang jelas wang ringgit adalah tunggak kebahagian sesebuah keluarga, tapi tanpa kasih sayang seorang suami, segala-galanya akan jadi tidak harmoni lagi. Oleh itu, masa mencari rezeki harus diseimbangkan dengan masa bemesra bersama anak-anak dan isteri agar timbul rasa kekeluargaan yang utuh untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Seorang suami yang baik seharusnya mengawasi anak-anak dan isterinya. Menjaga keperluan makan, minum membina masa depan anak-anak dan memberi pelajaran yang secukupnya. Seperti sabda rasullullah ; maksudnya orang mukmin yang terlebih sempurna iman nya itu ialah orang yang terlebih manis

perangainya dan orang yang terpilih diantara kamu adalah orang-orang yang terlebih baik perangainya kepada isteri –isterinya. Dari keterangan hadis Rasullulah ini, kita dapat mengambil kesimpulan bahawa sebaik-baik perangai seorang suami ialah dia yang suka beramah mesra dan bergurau dengan anak-anak dan isteri nya. Rumah tangga yang bahagia itu adalah terbentuk mengikut sunnah Rasullullah s. w. a supaya seorang suami berbuat baik dengan isteri, seperti mana yang di sabdakan. Maksudnya “ Orang yang paling baik di antara kamu itu yang paling baik di antara kamu kepada isi rumahnya dan aku ini orang yang paling baik di antara kamu kepada isi rumah ku. ” Dari hadis tersebut dapat kita ketahui bahawa Rasullullah s. w. a adalah lelaki yang palin baik untuk keluarga mereka. Cara baginda melayan, bemesra dengan keluarga patut menjadi contoh teladan untuk setiap umat nya.

KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB SEORANG ISTERI TERHADAP KELUARGA
Suami adalah sebagai ketua keluarga tanggungjawab mencari nafkah adalah tergantung di bahunya. Oleh itu jika isteri tidak bekerja maka tugasnya adalah untuk menguruskan rumah tangga.

Tugas seorang wanita yang tulen menjaga rumahtangga agar sentiasa selesa. Dari kebersihan rumahtangga ini boleh menjamin keluarga seluruhnya. Kesihatan sebuah keluarga itu banyak bergantung kepada kebijaksanaan seorang isteri mengatur dan mengurus rumah tangganya. Dalam rumah tangga seorang isteri terpaksa menguruskan segala keperluan menyediakan makan minum, membasuh, mengosok pakaian suami serta mendidik anak-anak. Sebagimana dengan sabda Rasullulah ; “TIAP-TIAP SEORANG WANITA ITU ADALAH PENGURUS SESEBUAH RUMAH TANGGA SUAMI DAN AKAN DI TANYA HAL URUSAN ITU”

Dari hadis tersebut ternyatalah seorang isteri itu wajib menguruskan rumahtangga. Seorang wanita Islam wajib menguruskan rumahtanagga sebaik mungkin, agar apa yang dilakukan menjadi kegembiraan suaminya.

Selain dari itu mengasuh anak-anak juga adalah tanggungjawab yang perlu atau memerlukan pengorbanan. Seorang ibu ingin melihat anaknya berjaya, sihat dan menjadi seorang manusia yang berguna kepada agama dan Negara. Boleh dikatakan seorang ibu adalah oaring yang paling hampir kepada anak-anaknya. Ibu bertanggungjawab mencorakan anak-anak mereka menjadi seorang yang berilmu, berpendidikan agama, berbudi bahasa atau sebaliknya.

Anak-anak umpama kain putih dan menjadi tanggungjawab kepada ibu bapa lah untuk mencorakan mereka supaya menjadi muslim atau majusi.

Jika kita mendidik anak-anak dengan cara yang baik dan bersih, maka hasil nya tentu sekali anak-anak itu menjadi individu yang sihat dan boleh di harap. Dalam masalah mengatur rumahtangga dari dalam hingga ke halaman memang dituntut supatya kebersihan itu di jaga, jangan sekali-kali diabaikan. Membersihkan halaman rumah juga menjadi tanggangungjawab seorang isteri. Jika halaman rumah seorang sudah nampak tentulah dari bilik hingga ke dapur harus bersih.

Selain daripada dapat mengatur dan membersihkan rumahtangga, isteri-isteri Islam juga wajib memasak untuk suaminya. Dalam konteks ini sebaiknya wanita Islam itu sendiri menghidangkan untuk suami hidangan yang telah dimasaknya.

Menghidang, memasak adalah menjadi hak isteri kerana ini tanggungjawab seorang isteri untuk mmenguruskannya. Kerana jika isteri yang menhidangkan untuk suami, tentulah akan menimbulkan rasa kecintaan seorang suami itu kepada isterinya, ini juga menambahkan selera suami untuk makan.

Seorang isteri yang baik harus menyediakan atau menghidangkan makanan untuk suami apabila tiba waktu makan. Jangan sampai si suami ternanti-nanti isterinya menghidangkan makanan hingga menimbulkan kemarahan seorang suami kepada isterinya.

Oleh itu melsysn seorang suami dengan cara yang baik adalah tuntutan dalam Islam demi mengeratkan lagi hubungan suami tersebut, juga menambahkan keharmonian rumahtangga.



************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com