Keistimewaan ibadah

IBADAH : PENGERTIAN, PEMBAHAGIAN DAN KEISTIMEWAAN

Mukaddimah
Setiap insan yang hidup di alam maya ini dan memiliki kewarasan akal fikiran pasti akan tertanya-tanya dengan tiga soalan iaitu dan mana dia datang, untuk apa dia diciptakan dan ke manakah nanti dia akan pergi. Jawapan kepada persoalan-persoalan ini pasti akan menjadi titik tolak kepada cara perjalanan hidupnya, sehinggalah ruhnya keluar meninggalkan jasad.

Bagi kita sebagai seorang Muslim, jawapan kepada persoalan yang pertama iaitu dari mana manusia datang ialah seperti apa yang telah difirmankan oleh Allah s.w.t dalam Surah Taha ayat 55 yang bermaksud : Daripadanya (tanah) Kamijadikan kamu. . .

Seterusnya jawapan kepada persoalan kedua pula terkandung di dalam Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Zariyat ayat 56 yang bermaksud : Tidak Aku ciptakan kamujin dan manusia kecuali supaya mereka mengabdikan diri(benbadah) kepadaKu

Sementara itu, jawapan kepada persoalan terakhir terkandung di dalam Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah ayat 156 yang bermaksud : Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNyalah semua kita akan dikembalikan

Ringkasnya setiap orang Islam mestilah mengisafi bahawa mereka diciptakan oleh Allah s.w.t, untuk mereka mengabdikan diri kepadaNya dan nantinya mereka akan kembali kehadratNya, untuk dihitung segala amalan dan diberikan kesudahan syurga dan neraka yang abadi sifatnya, bergantung kepada amalan baik dan jahat yang mereka lakukan.

Ketiga-tiga persoalan dan jawapan inilah yang sepatutnya dijadikan landasan untuk mereka meneruskan kehidupan, agar mereka memperolehi kesudahan yang baik yakni syurga dan mereka akan kekal di dalamnya.

Pengertian Ibadah Ibadah dari segi bahasa adalah berasal dari perkataan Arab (ain, bad an dal)yang membawa maksud merendahkan diri, patuh dan taat (al-Maududi, 1974). Kerendahan diri, kepatuhan dan ketaatan ini adalah secara umum, tidak difokuskan kepada sesuatu apapun. Justeru seorang anak yang berbakti kepada kedua ibubapanya bolehlah dikatakan sebagai beribadah kepada ibubapanya dari segi bahasa. Begitu juga dengan seorang isteri yang mentaati suaminya dan seorang pekerja yang mematuhi arahan majikannya.

Dari segi istilahnya pula, ibadah bermaksud khusyuk kepada Allah s.w.t, merendah diri dan tetap hati kepadaNYa. Jelas dari maksud dari segi istilah ini telah menfokuskan ketundukan dan kepatuhan seseorang manusia itu hanyalah ditujukan kepada Allah s.w.t., tanpa sekutu. Justeru sesuatu amalan yang pada zahirnya dilihat sebagai ibadah, tidaklah dikira sebagai ibadah seandainya amalan tersebut dilakukan bukan ikhlas semata-mata kepada Allah s.w.t. Umpamanya seorang anak yang melakukan ibadah solat kerana dipaksa oleh kedua ibubapanya, jadi sianak dengan rasa berat hati terpaksa melakukan solat tersebut, bukan kerana Allah s.w.t., tetapi kerana paksaaan kedua orarg tuanya. Ibadat tersebut tidaklah dikira ibadat, walaupun pada zahirnya ia adalah dilihat sebagai ibadat. Sebaliknya suatu amalan yang pada zahirnya bukan ibadat, seperti menunaikan qada hajat. Amalan ini akan menjadi ibadah di sisi Allah s.w.t seandainya ia dilakukan untuk tujuan menyihatkan tubuh badan, agar dia dapat beribadah kepadaNya.

Syeikh Ibn. Taymiyyah dalam kitabnya Ubudiyyah menyatakan ibadah bermakna kehinaan dan kecintaan kepada Allah s.w.t (al-Qardawi, 1978). la bermaksud seseorang hamba itu merasakan kehinaan dirinya di sisi Allah Yang Maha Perkasa dan merakamkan rasa kecintaan yang tidak berbelah bagi kepadaNya dengan melakukan segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala laranganNya.

Pembahagian Ibadah
Ibadah Umum
Ibadah dalam Islam merangkumi skop yang sangat luas. Apa-apa jua perbuatan, perkataan dan gerak hati yang dilakukan akan dikira sebagai ibadah seandainya amalan tersebut dilakukan mengikut syarat-syarat yang dikehendaki oleh syarak. Antara syarat- syarat tersebut ialah :

Pertama: Amalan tersebut mestilah disertai dengan niat yang ikhlas kerana Allah s.w.t. Ini amat bersesuaian dengan Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Bayyinah ayat 5 yang bermaksud : Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memumikan ketaatan kepadaNYa dalam menjalankan agama dengan lurus. . .

Kedua:
Amalan yang dilakukan itu mestilah tidak bertentangan dengan kehendak syarak. Ini adalah kerana perbuatan dan perkataan yang dilarang oleh Allah s.w.t sekali-kali tidak akan duktiraf oleh Allah s.w.t sebagai ibadah, malah ia merupakan satu dosa yang wajar dijauhi oleh setiap hamba Allah. Justeru itu sesuatu amalan yang mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah tidaklah boleh dikategorikan sebagai ibadah. Ringkasnya amalan tersebut hendaklah dari kategori harus di samping amalan-amalan wajib yang telahpun ditentukan oleh Allah s.w.t.

Ketiga :
Amalan yang hendak dijadikan ibadah juga mestilah dilakukan dengan bersungguh- sungguh dan sesempurna yang terdaya. Ini amat bersesuaian dengan Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan dari Muslim bermaksud : Sesungguhnya Allah s.w.t suka apabila seseorang dan kamu melakukan sesuatu kerja maka diperelokkannya (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Keempat: Sesuatu amalan yang hendak dijadikan ibadah itu mestilah dilakukan dengan tidak melalaikan kewajipan ibadat khusus yang lain terutamanya solat lima waktu yang wajib. Allah s.w.t berfirman dalam Surah al-Nur ayat 37 yang bermaksud : Leiaki-lelaki yang tidak melalaikan mereka oleh perniagaan ataujualbeli dan mengingati Allah s.w.t, mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat.

Sehubungan dengan itu juga terdapat satu sabda Rasulullah s.a.w yang menekankan kepada peri pentingnya disempurnakan ibadat solat yang merupakan tiang kepada agama. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Perkara yang mula-mula dipersoalkan oleh Allah s.w.t di had akhirat ialah solat.

Sekiranya solat dilakukan dengan baik (sempuma syarat rukunnya), maka amalan- amalan lain juga akan dihitung. Sekiranya ibadat solat tersebut tidak sempuma (syarat rukunnya), maka semua amalan lain akan tertolak. (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Ringkasnya sekiranya seseorang itu dapat menyempurnakan keempat-empat syarat yang dinyatakan di atas ini, maka segala amalan yang dilakukan dalam kehidupan seharian adalah dikira sebagai ibadat, meskipun dia tidaklah duduk beriktikaf di masjid.

Ibadah yang dihuraikan diatas tadi adalah termasuk di dalam ibadah yang umum.

Ibadah Khusus
jenis ibadah yang kedua pula ialah ibadah khusus. Ibadah khusus ini ialah segala amalan yang disebutkan secara khusus di dalam al-Quran dan al-Hadis. Ibadah khusus pula terbahagi kepada dua iaitu ibadah fardhu dan ibadah sunat.

Ibadah-ibadah fardhu ini pula terbahagi kepada ibadah fardhu ain dan fardhu kifayah. Ibadah fardhu ain ialah ibadah yang wajib dilakukan oleh setiap mukallaf, sekiranya ibadah tersebut dilakukan, maka si pelaku akan beroleh pahala, sebaliknya jika ianya ditinggalkan, maka si pelakunya akan mendapat dosa. Contoh ibadah fardhu ain ialah melaksanakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan haji sekiranya mampu dan sebagainya lagi seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran dan al-Hadis.

Ibadah khusus jenis yang kedua ialah ibadah fardhu kifayah. Ibadah ini ialah sesuatu amalan yang wajib dilakukan oleh sebahagian daripada anggota sesuatu masyarakat Islam, demi untuk kemaslahatan umat Islam. Seandainya semua orang Islam di daiam komuniti tersebut tidak melakukannya, maka semua orang Islam di kawasan tersebut dikira berdosa, sebaliknya, jika terdapat beberapa individu Muslim melaksanakannya, maka ia akakan menyeiamatkan seluruh orang Islam di komuniti tersebut daripada dosa. Contoh ibadah fardhu kifayah ialah menguruskan jenazah, daripada memandikan sehinggalah kepada menyemadikan jenazah tersebut ke dalam liang lahad. Contoh yang lain pula ialah mempelajari dan mengamalkan bidang-bidang profesional yang mendatangkan manfaat kepada umat Islam seperti ilmu perubatan, kejuruteraan, pengurusan perniagaan dan lain-lain lagi.

Sementara itu ibadah sunat merupakan suatu amalan yang jika dilakukan akan mendapat pahala, manakaia jika ianya ditinggalkan, maka sipelakunya tidak pula berdosa. Ibadah sunat ini terbaghagi pula kepada dua iaitu sunat muakkad dan sunat tidak muakkad.

Ibadat sunat muakkad ialah ibadat yang sangat-sangat digalakkan dan tarafnya hampir menyerupai ibadah yang fardhu. Contoh ibadah sunat muakkad ialah solat sunat fajar dan juga bersugi sebelum solat. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : Kalaulah tidak menjadi kesulitan kepada umatku, nescaya aku Akan memfardhukan mereka dengan bersugi sebelum solat (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Ibadat sunat yang kedua ialah sunat ghayr muakkad atau sunat tidak muakkad. Ibadat sunat ini juga digalakkan dalam Islam, tetapi tuntutannya tidaklah seberat sunat ghayr muakkad. Contohnya ialah seperti sembahyang sunat rawatib yang lain, puasa pada hari Isnin dan Khamis, bersedekah, beriktikaf di masjid dan lain-lain lagi seperti yang telah dinyatakan dengan terperinci dalam al Quran dan al-Hadis. Secara ringkasnya pembahagian ibadah dalam Islam bolehlah digambarkan seperti gambarajah berikut:

Umum Ibadah Fardh
Fardhu Ain
Fardhu Kifayah

Sunat Muakkad
Khusus
Sunat
Sunat Ghayr Muakkad

GAMBARAN PEMBAHAGIAN IBADAH DALAM ISLAM
Ibadah yang dibahagikan kepada umum dan khusus ini adalah melengkapi pengertian yang dikehendaki oleh Islam, la menunjukkan kepada kesyumulan Islam itu sendiri yang bersifat syamil dan kamil. la merangkumi seluruh kegiatan kehidupan insan yang boleh rnembei-ikan maslahat dan kehidupan untuk kehidupan dunia dan akhirat. Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah al-Anam yang bermaksud : Tidak Kami apacan daam al-Kitab ini suatu apapun

Allah s.w.t juga berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 201 yang bermaksud : Dan di antara mereka ada orang yang berdoa : Ya Tuhan kami, berilah Kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada siksa api neraka. Keistimewaan Ibadah Dalam Islam Ibadah dalam Islam mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri, yang membezakannya dengan ibadah dalam agama dan kepercayaan yang lain.

Antara keistimewaan ibadah dalam Islam ialah :
1. Bebas dari sebarang perantaraan
Dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, seseorang hamba Allah bolehlah terus melakukan ibadah kepada Tuhannya, tanpa menggunakan sebarang bentuk perantaraan sebagaimana yang diamalkan oieh sesetengah amalan dalam kepercayaan agama lain. Ini adalah kerana mereka berpendapat bahawa diri mereka cukup kerdil untuk berhadapan dengan Tuhan Yang Maha Tinggi, justeru mereka menjadikan paderi, sami dan ruh nenek moyang mereka sebagai perantaraan. Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Zumar ayat 3 yang bermaksud : Ingatlah, hanya kepunyaan Allahlah agama yang bersih (dan syirik). Dan Orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata):" Kami Tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami Kepada Allah dengan sedekat-sekatnya. . . Dalam Islam, seseorang itu boleh terus beribadah kepada Allah s.w.t secara langsung kepadaNya, tanpa perlu kepada apa-apa perantaraan atau orang ketiga. Mereka diperintahkan untuk terus beribadah kepada Allah secara terus menerus. Peranan ulama dalam Islam bukanlah sebagai perantaraan antara hamba dan Tuhannya, tetapi peranan mereka adalah lebih kepada menyampaikan ilmu pengetahuan dan cara yang betul untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Begitu juga dengan peranan yang dimainkan oleh para rasul dan anbiyayang berperanan sebagai penyampai wahyu Allah, tanpa sebarang tokok tambah. Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Nisa ayat 165 yang bermaksud : Mereka Kami utus selaku rasul-rasul pembawa berita gembira dan Pembeu penngatan, supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutuskan rasul-rasul itu.

2. Tidak Terikat Dengan Sesuatu Tempat dan Masa Tertentu
Di dalam Islam, di mana-mana sahaja kita boleh beribadah kepada Allah tanpa terbatas kepada masa dan tempat yang tertentu. Pendeknya di mana-mana sahaja kita boleh beribadah kepadaNya. Seorang peniaga misalnya boleh beribadah di gerai jualannya di sepanjang hari seandainya kerja jual beli yang diuruskannya menepati syarat-syarat yang dinyatakan terdahulu. Begitulah juga seorang nelayan yang menjadikan lautan sebagai tempat ibadahnya kepada Tuhan. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Seluruh muka bumi ini adalah dijadikan masjid (Riwayat Abu Daud) Begitu juga tiada keterbatasan waktu untuk seseorang Muslim beribadah kepada TuhanNya. Ini adalah kerana dua puluh empat jam sehari semalam boleh digunakan untuk beribadah kepadaNya selama mana perbuatan mahupun perkataan yang dilakukan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Tidur bangunnya, makan minumnya, senda gurauannya, suka dukanya boleh menjadi rangka pengabdian din kepada Allah s.w.t. Berhubung dengan hal ini Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah al-Anam ayat 162 yang menunjukkan sesungguhnya sebagai seorang Muslim perlulah meletakkan segala urusan hidup matinya kepada Allah s.w.t. FirmanNya yang bermaksud : Katakanlah seseungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku Hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta aam.

3. Tidak membebankan
Ibadah di dalam Islam adalah sesuatu yang masih di bawah kemampuan manusia dan sekali-kali membebankan. Ini dapat dilihat daripada ibadah khusus yang diwajibkan kepada umat Islam seperti amalan solat lima waktu. Ibadah solat ini wajib dilakukan sekadar kemampuan, seandainya seseorang Muslim sakit dan tidak mampu menunaikannya secara berdiri betul, maka dia dibolehkan duduk, baring dan seterusnya menggunakan mata dan hati sebagai ganti menggerakkan anggota yang tidak mampu dilaksanakan. Begitu juga dengan ibadat puasa yang hanya diwajibkan hanyalah pada waktu siang hari di bulan Ramadhan dan juga hanya diwajibkan kepada mereka yang mampu sahaja. Mereka yang sakit dan uzur dibolehkan menggantikan dengan fidyah.

Terdapat juga kei-inganan yang diperuntukkan dalam Islam seperti sembahyang jamak dan qasar bagi musafir, penggunaan debu tanah untuk tayammum menggantikan air dan lain-lain lagi. Semuanya menunjukkan bahawa ibadah dalam Islam sedikitpun tidak membebankan hamba-hambaNya dan semuanya terbatas kepada kemampuan mereka. Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah ai-Saqarah ayat 286 yang bermaksud : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. la mendapat pahala (danpada kebajikan) yang dilakukannya dan ia mendapat siksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya.

4. Skop Ibadah Yang Sangat Luas
Skop ibadah dalam Islam adalah sangat !uas, merangkumi segenap aspek kehidupan manusia, daripada bangun tidur sehinggalah mereka tidur kembali, dari urusan peribadi sehinggalah kepada urusan antara bangsa. Semua amalan yang dilakukan dalam kehidupan seharian boleh dijadikan ibadah asalkan ia menepati syarat-syaratnya. la juga tidaklah tertumpu hanya kepada hubungan hamba dengan TuhanNya, bahkan juga melampaui hubungan hamba sesama hamba dan juga hamba dengan alam semesta. Insan Muslim mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri, anak isteri dan keluarga, jiran tetangga dan anggota masyarakat Kesemua tanggung jawab ini jika dilakukan berlandaskan kepada tuntutan Allah s.w.t, maka penunaian terhadap tanggungjawab tadi adalah dikira sebagai ibadah terhadap Allah s.w.t. Keluasan ibadah seumpama ini hanyalah wujud di dalam islam kerana agama dan kepercayaan lain kebanyakannya memisahkan antara ibadah dan urusan kehidupan.

Urusan ibadah hanyalah dipenjarakan di gereja dan kuil sahaja dan terbatas pula kepada hubungan mereka dengan Tuhan semata-mata. Kesimpulan Secara kesimpulannya, telah jelas bahawa Islam adalah agama yang sesuai dengan peranan manusia di atas muka bumi ini, sebagai hamba dan khalifah Allah. Di samping itu, ruanglingkup ibadah yang terbuka luas akan dapat dimanfaatkan oleh semua umat Islam untuk mencapai kebahagiaan kehidupan dunia dan akhirat. Ini adalah kerana dunia ini umpama ladang, tempat mereka bercucuk tanam dan hasilnya akan dipungut di akhirat nanti. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Dunia ini adalah ladang (untuk bercucuk tanam) dan hasilnya akan dipungut di akhirat (Riwayat al-Bukhari)

Rujukan
1. al-Quran dan Terjemahannya
2. al-Hadis
3. al-Qardawi. 1985. al-lman wa al-Hayah (Terj). Shah Alam. Dewan Pustaka
Fajar
4. al-Qardawi, 1986. al-lbadah fi al-lslam (Terj). Kuala Lumpur : Pustaka
Salam
5. Haron Din dll, 1988. Manusia dan Islam. Kuala Lumpur : Percetakan al-
Watan.
6. Fathi Yakan, 1990. Ma za Yakni fi al-intima li al-lslam (Terj). Kuala Lumpur
: Pustaka Salam.
7. Abu Urwah, 1990. Konsep-Konsep Umum Islam. Kuala Lumpur: Pustaka
Salam.


************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com