Keperluan manusia kepada akidah

Akidah merupakan Asas utama dalam pembinaan masyarakat Islam merangkumi seluruh bidang kehidupan mereka. Persoalan ini telah dilaksanakan secara ekstrem oleh Rasulullah s.a.w. Beliau telah berusaha dengan segala tenaga yang ada pada beliau untuk menanamkan akidah yang mantap selama 13 tahun di Makkah. Usaha-usaha yang baginda jalankan di Makkah telah berjaya melahirkan watak-watak seprti Bilal bin Rabah, keluarga Yasir dan lain-lain yang sanggup berkorban apa sahaja daripada harta benda nyawa dan tenaga untuk membela kesucian Islam daripada dipermain-mainkan oleh musuh-musuh Islam.

PERANAN AKIDAH

MELAHIRKAN UMMAH YANG TUNDUK PATUH KEPADA AJARAN ALLAH DAN RASUL

Ummah yang memiliki akidah yang mantap akan melaksanakan segala perintah yang diturunkan oleh Allah s.w.t dan RasulNya dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh kerelaan dan tanpa dipaksa oleh sesiapa. Manakala bag! golongan yang tidak memiliki kekuatan akidah mereka tidak berupaya untuk melaksanakan segala perintah Allah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka. Hal ini telah jelaskan oleh Allah s.w.t dalam firman-Nya yang bermaksud:

`Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar, ` Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam. (Surah al Jin:14-15)

Sehubungan dengan itu ummah yang berakidah tidak akan sanggup melakukan sebarang kemungkaran samada secara terangan atau secara tersembunyi kerana mereka sangat meyakini bahawa Allah s.w.t sentiasa melihat perbuatan mereka walaupun sebesar biji s.a.wi. Natijahnya, kesejahteraan dan keamanan dalam sesebuah negara akan terjamin dengan sebaik mungkin seterusnya rakyat akan hidup dengan aman dan makmur.

MELAHIRKAN UMMAH YANG MEMPUNYAl HALATUJU DAN MATLAMAT HIDUP YANG JELAS

Ummah yang memiliki akidah yang jitu dapat memahami dengan jelas akan halatuju kehidupan mereka samada untuk kepentingan dunia dan juga akhirat. Mereka mempunyai kesedaran bahawa tujuan mereka diciptakan adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t dalam segenap lapangan kehidupan mereka. Justeru itu, semua tindakan, perbuatan dan apa jua kerjaya serta profession yang mereka ceburi adalah selari dengan matlamat penciptaan mereka sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah s.w.t dalam firman-Nya yang bermaksud:

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.(Surah Al-Anam:162)

Natijahnya, kehidupan ummah yang berakidah ini akan terbina di atas asas yang kukuh dan kehidupan mereka akan diwarnai oleh segala kebahagiaan, ketenangan dan kedamaian di dunia dan di akhirat, di samping melaksanakan tuntutan ibadah sebagai seorang mukmin mereka juga berusaha mencari kemajuan dan kejayaan hidup di dunia dengan cara yang diridhai Allah s.w.t. Orang yang berakidah ini sama sekali tidak akan sanggup melakukan sebarang penyelewengan, penipuan, penyalahgunaan kuasa, mengamalkan rasuah, politik wang dan sebagainya kerana mereka menyedari balasan seksa dari Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". (Surah al Qasas:77)

MELAHIRKAN UMMAH YANG MEMILIKI KEPERIBADIAN UNGGUL

Ummah yang berakhlak adalah manifestasi dari ummah yang berakidah. Tanpa akidah tidak mungkin ummah akan memiliki akhlak yang mulia. Permasalahan yang wujud mutakhir ini merupakan jawapan yang paling jelas bahawa dunia hari ini sedang menghadapi penyakit moral dan akhlak yang amat kronik. Justeru tu, akidah memainkan peranan penting dalam pembentukan syakhsiyyah rupadiri ummah pada masa kini. Kesemua Sarjana Muslim memperakui bahawa akidah merupakan pemangkin kepada pembinaan peribadi mulia.

Situasi ummah mutakhir ini diakui dengan jelas tokoh pemikir Islam yang terkenal diabad ini, Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi. Menurut beliau, kegagalan terakhir yang dideritai oleh umat ini adalah kegagalan dalam pendidikan keimanan dan pendidikan akhlak sehingga muncul ditengah-tengah ummah tindakan-tindakan menyimpang dari nilai-nilai yang menjadikan umat Islam sebagai umat yang terbaik. Falsafah-falsafah Barat seperti pragmatisme, hedonisme, individualisme dan sebagainya tersebar luas di kalangan umat Islam. Perkara yang amat menyedihkan ialah umat Islam tidak mengambil nilai-nilai yang baik dari masyarakat Barat hasil dari teori yang mereka cipta, tetapi sebaliknya memilih nilai-nilai yaang paaling buruk daripada mereka, khususnya dalam perkara-perkara yang bersifat hedonistik dan perhambaan kepada nafsu syahwat.

Menurut al-Qaradhawi, persoalan akhlak bukanlah perkara remeh bagi sesuatu bangsa, malah ia adaalah suatu keperluan yang harus dipenuhi untuk kebangkitan, kemakmuran dan keteguhan sesuatu bangsa. Jika akhlak sudah tiada maka yang berkuasa ialah hawa nafsu dan kepentingan peribadi, maka kepimpinan ummah akan menjadi muflis dalam segala ragam dan bentuk. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka). Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun, - (Surah Maryam:59-60)

MELAHIRKAN UMMAH YANG BERFIKIRAN KRITIS, PROGRESIF DAN DINAMIS

Ummah yang berakidah memiliki daya kekuatan untuk memahami sesuatu isu dalam masyarakat dengan membuat penilaian secara kritis di antara kebenaran dan kepalsuan. Justeru itu pemikiran mereka tidak mudah pesongkan oleh sebarang unsur yang menyeleweng dari garis panduan Islam yang sebenar. Ummah yang berakidah juga akan bertindak secara progresif dan dinamis dengan me!akukan penyelidikan secara terperinci terhadap sesuatu isu yang berlaku dalam masyarakat. ini bermaksud ummah yang berakidah tidak menerima sesuatu maklumat secara bertaklid kepada mana-mana pihak kerana Allah s.w.t menuntut agar mukmin menyelidiki sumber maklumat dan tidak mudah menerima apa yang ada dalam masyarakat. AI-Quran amat menekankan kepentingan menyelidiki sesuatu perkara sebelum membuat keputusan mengenainya terutama pada perkara-perkara yang melibatkan masyarakat dan kepentingan ummah. Ini terkandung dalam firman Allah s.w.t yang meminta mukmin agar tidak mudah menerima berita yang dibawa oleh orang fasik, tanpa menyelidiknya terlebih dahulu kerana tindakan tersebut kemungkinan akan menyebabkan mereka menjatuhkan sesuatu hukuman terhadap seseorang berasaskan kejahilan dan mereka akan menyesal di atas tindakan tersebut di akhirat kelak.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah al-Hujurat:6)

MEMBANGUN EKONOMI UMMAH SECARA KOMPREHENSIF
Dengan mematuhi ajaran-ajaran Islam dan mempunyai aqidah yang mantap lagi jelas ekonomi Islam dapat dibangunkan. Sepertimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t dalam firmannya bermaksud:

Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya". (Surah Surah Hud: 61)

Maksud menjadikan kamu pemakmurnya ialah kita semua diperintahkan supaya membangunkan dan memakmurkan bumi dengan pertanian, perindustrian dan apa jua bentuk kemakmuran. Kita diminta membangunkan ekonomi, meningkatkan ilmu pengetahuan, meningkatkan kemakmuran dan memajukan pertanian. Malahan kita diminta membuat peningkatan dalam semua lapangan kehidupan dengan syarat kita terus memelihara teriebih dahulu nilai-nilai kita, ajaran-ajaran agama kita dan segala bentuk muamalat kita hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang diharuskan oleh syariat Islam.

Sekiranya Barat telah membebaskan diri mereka daripada nilai-nilai kemuliaan dan daripada tanggungjawab syara serta mengenepikan keikhlasan ibadat kepada Allah maka kita tidak seharusnya mengikut jejak langkah mereka dalam hal ini. Akan tetapi dalam waktu yang sama, kita perlu menyaingi mereka dan melakukan apa yang mereka lakukan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kemajuan sains dan penciptaan moden. Cuma perbezaan antara kita dan mereka ialah kemajuan kita berlandaskan kemuliaan dan terikat dengan keperibadian yang mulia, manakala kemajuan mereka dipenuhi dengan penyelewengan daripada mentaati Allah, penyelewengan dari menganut sesuatu yang mulia dan menjauhi sesuatu yang hina.

MENEGAKKAN SISTEM PEMERINTAHAN YANG STABIL
Ummah yang berakidah ialah ummah yang memahami status diri mereka yang sebenar sebagai khalifah Allah di muka bumi di mana pemimpin menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan sebaiknya. Mereka percaya semua perilaku mereka akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t sepertimana firman Allah bermaksud:

Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan. (Surah al Baqarah:134/141)
Ayat ini secara tidak langsung akan menghindarkan diri seseorang pemimpin yang berakidah dari terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan kuasa, gejala rasuah, pecah amanah dan sebagainya.

KESIMPULAN
Akidah adalah tunggak kekuatan ummah dalam menghadapi pelbagai menimpa seluruh umat manusia di akhir zaman. Tanpa pembinaan akidah yang mantap maka segala usaha yang dijalankan untuk mengislah ummah era mutakhir akan menghadapi kegagalan demi kegagalan yang akhirnya akan meruntuhkan tamadun ummah sendiri seterusnya memberi ruang kepada musuh-musuh Islam mempengaruhi ummah dalam segala aspek kehidupan.




************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com