PENGENALAN
Bagi menjamin kedaulatan islam dilaksanakan sepenuhnya, islam mensyariatkan amar makruf nahi mungkar. Amar makruf nahi mungkar ialah bersungguh-sungguh menentang kejahatan sehingga ketahap mengorbankan jiwa demi menegakkan kebenaran islam dan menghapuskan kebatilan. Ia ditegas didalam Al-Quran Surah At-Taubah yang bermaksud: “ Hai orang-orang yang beriman! Bagaimana keadaanmu bila dikatakan orang kepadamu : berangkatlah ke medan perang jihad pada jalan Allah. Apakah kamu tinggal diam sahaja di atas muka bumi?Apakah kiranya kamu lebih suka kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Tidaklah nilai hidup di dunia ini dibandingkan dengan kehidupan diakhirat itu kecuali sedikit. Sekiranya kamu tidak mau berangkat, maka Allah akan mengazab kamu dengan seksaan yang pedih, dan ia gantikan kamu dengan suatu kaum lain dari golongan kamu, dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa; dan Allah atas segala sesuatu adalah kuasa. ”
MAKSUD JIHAD
Jihad diambil daripada perkataan Arab iaitu berasal daripada perkataan Jaahada-Yujaahidu-Mujaahadatun-wa Jihaadan bermaksud “ Mengarahkan dan mengerahkan segenap tenaga dan kemampuan dalam wujud perkataan atau perbuatan dalam perang” Kekuatan dan kemampuan. Dari asal kata tadi “Jahada-Yajhadu-Juhdan serta Ijtahada”, kesemuanya bermakna “Jadda” iaitu bersungguh-sungguh.
Menurut Ibnu Abbas r. a perkataan Jihad itu ertinya ialah “mencurahkan segenap kekuatan dan bukanlah ketakutan untuk membela Allah terhadap cercaan orang-orang yang mencerca dan pemusuhan orang yang memusuhi. ”
Menurut syariat pula perkataan jihad itu ertinya: “Bersungguh-sungguh mencurahkan segenap kekuatan untuk membinasakan orang-orang kafir, dan termasuk juga berjihad terhadap nafsu, terhadap syaitaan dan pendurhaka.
Taufiq Ali Wahbah mengajukan pengertian jihad itu sebagai pengerahan segala kemampuan dan potensi dalam memerangi musuh. Jihad diwajibkan keatas kaum muslimin untuk membela agama Allah. Orang Islam tidak boleh memusuhi sesuatu kaum, tanpa sesuatu alasan, kecuali bila kaum itu mengambil sikap permusuhan terhadap Islam dan kaum muslimin.
Itulah maksud jihad, jika disebut secara mutlak. Jihad dengan makna di atas merupkan tingkat jihad yang paling tinggi dan utama. Oleh itu kerana jihad seseorang sanggup mengorbankan nyawa, meninggalkan kesenangan demi mencari ridha Allah.
Dari Amru bin Abasah, ia berkata: “Seseorang bertanya, ‘ Ya Rasulullah, apa(yang harus dikerjakan seseorang) untuk islam?Beliau menjawab, ‘Hendaklah hatimu tunduk dan pasrah kepada Allah, dan orang-orang muslim selamat dari(kejahatan) lidah dan tanganmu’. Lantas amalan Islam apa yang paling utama?’ Tanya orang tersebut. ‘Engkau beriman kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitanNya, rasul-rasulNya dan pada hari kebangkitan sesudah mati’ jawab beliau. ‘Lantas iman apa yang paling mulia?’ Tanyanya. “Hijrah” jawab baginda. ‘Apa Hijra itu?’ Tanya orang tersebut. ‘Engkau meninggalkan kejahatan, jawab baginda. ‘Hijrah apa yang paling utama?’ ia bertanya. ‘Jihad’, jawab baginda. Ia bertanya apa itu jihad?’ ‘Engkau memerangi orang-orang kafir apabila engkau jumpai mereka’ Ia bertanya lagi, jihad apa yang paling utama?’ ‘Baginda menjawab, ‘Siapa yang disembelih kudanya dan ditumpahkan darahnya’”
Pengertian jihad juga boleh dilihat di dalam firman Allah yang bermaksud; “Dan orang-orang yang berjihad untuk(mencari keredhaan) kami, benar-benar akan Kami tunjukkaan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. ” “Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al-Quran dengan jihad yang besar. ”
Terdapat juga hadis yang menerangkan erti jihad, sabda Nabi yang bermaksud; “Jihad itu ada empat: amar ma’ruf nahi mungkar, berlaku benar pada tempat-tempat yang menuntut kesabaran dan membenci oran fasik. ” “Berjihadlah terhadap orang-orang musyrik dengan harta, jiwa dan lidah kalian. ”
TUJUAN JIHAD
Jihad dijalan Allah bukanlah sebagai tujuan atau sasaran itu sendiri, tetapi ia hanya sebagai wasilah dan jalan yang disyariatkan Allah untuk mewujudkan banyak tujuan antaranya ialah;
Mencari Keredhaan Allah
Jihad adalah menunaikan kewajipan yang difardhukan Allah sehingga terbebaslah ia daripada tanggungan yaang mesti dipikul, dan untuk mendapat pahala yang besar serta kebahagiaan di negeri akhirat yang telah dijanjikan Allah kepada orang yaang berjihad seperti firma Allah yang bermaksud; “Kerana itu, hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat berperang di jalan Allah. Barang siapa yang berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka kelak akan Kami berikan kepadanya pahala yang besar. ”
Untuk Menyebarkan Dakwah Islam
Jihad juga bertujuan untuk menyebar risalah Islam keseluruh permukaan bumi tanpa ada rintangan atau penghalang da’i(pendakwah) dan mad’u(objek dakwah), samaada rintangan itu berupa ideologi, politik atau militan dan untuk melindungi kaum Muslimin agaar tidak diseksa dan dipalingkan dari Dien mereka, atau diancam keselamatan, kehormatan, harta dan akal fikiran mereka. Allah berfirman maksudNya;
“Dan Kami tidak mengutuskan kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya. ”
“Hai Rasul, sampaikan apa yang diturunkan kepadamu dari Rabmu. Dan jika tidak kamu kerjakan(apa yang diperintah itu, bererti)kamu tidak menyampaikan amanatNya. Allah memelihara kamu dari(ganguan)manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi pertunjuk kepada orang-orang kafir. ”
Allah juga membeitahu dalam kitabNya yang mulia tentang sikap orang-orang kafir dan niat-niat mereka terhadap Islam dan kaum Muslimin dan menerangkan bahawa sikap mereka adalah menolak dan berpaling, takabur, dan menentang serta bersekongkol jahat, memusuhi dan memerangi Islam. Seperti Firman Allah yang bermaksud: “ Mereka tidak henti-henti memerangi kamu sampai mereka(dapat) mengembalikan kamu dari agamamu(kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. ”
Oleh itu, jihad dilaksanakan untuk menyebarkan agama islam. Terdapat juga hadis Nabi yang menyatakan pendapat itu seperti hadis dari Abu Hurairah, “dia berkata bahawa Nabi Muhammad SAW memberikan bendera(kepimpinan kepada Saidina Ali menjelang perang Khaibar. Lalu Saidina Ali bertanya “Ya Rasulullah atas misi apa aku memerangi manusia?”Baginda menjawab “Perangilah mereka sehingga mereka mau bersaksi bahawa tiada ilahi(yang disembah dengan haq)kecuali Allah, dan Muhammad adalah utusan Allah. ”
Memberi Kekuasaan Kepada Kaum Muslimin di Permukaan Bumi dan Menerapkan Hukum Allah
Islam adalah agama yang menghentikan kerosakkan dan mengikis kesyirikan serta kekafiran sampai ke akarnya, serta membasmi tuhan-tuhan palsu, baik yang wujud matahari atau bulan, atau pepohon atau batu atau binatang atau manusia.
Dengan berjihad Islam dapaat menukarkan pengusaan bumi oleh orang Muslim dan seterusnya menerapkan hukum Allah bagi menegakkan syariat Allah di atas permukaan bumi ini.
Apabila telah ditegakkan hukum Allah di suatu wilayah, maka seharusnya kaum muslimin tidak berpuas hati dan terus berjihad dan perjuangan mereka belum selesai sehingga orang-orang yang tinggal atas bumi ini tunduk kepada hukum islam dan seluruh negeri menjadi Darul Islam.
Ujian Dari Allah Untuk Menyaring Orang-Orang Beriman
Jihad adalah untuk menunjukkan bahawa orang mukmin benar, berani serta gagah serta muncul bakat-bakat perang yang teguh pendirian kepada perjuangan islam daripada orang Munafik yang dusta, penakut serta pengecut yang hanyaa menyembah tuhan palsu lagi dilaknati Allah.
Disamping itu, Allah menjadikan diantara orang-orang mukmin itu Shuhada yang berbahagia, berada dalam kenikmatan kekal di dalam Jannah. Selain itu, ia juga untuk menyembuh hati orang-orang beriman dari perlakuan buruk orang-orang kafir dan membinasakan orang-orang kafir yang menjadi musuh-musuh Allah seperti firman Allah yang bermaksud; “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah(pula) bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu(pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum(kafir) itupun(pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa(kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan diantara manusia(agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membezakan orang-orang beriman(dengan orang kafir) dan supaya sebahagian kamudijadikanNya(gugur sebagai suhada)Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim, dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman(dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yaang kafir. Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga
padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-oraang yang sabar. ” 1
KEWAJIPAN JIHAD
Kewajipan jihad terbahagi kepada dua iaitu fardhu ‘ain dan fardhu kifayah.
Jihad fardhu ‘ain merupakan jihad yang pertama, tiap-tiap muslim wajib mengerjakannya, dan jihad inilah yaang terutama harus dilakukan oleh tiap-tiap orang beriman. Rasulullah SAW bersabda maksudnya; ‘Semulia-mulia jihad itu ialah berjihadnya seorang lelaki terhadap dirinya dan hawa nafsunya. ”
Manakala fardhu kifayah pula hanya berlaku terhadap jihad untuk menghadapi munkarat dan kaum kafir. Walau bagaimanapun terdapat pelbagai pendapat tentang kewajipan jihad ini. Abdul Qadir Audah menulis tentang kewajipan jihad ini sebagai berikut: “Para ahli hukum Islam berbeza pendapat tentang kewajipan jihad ini, sebahagian memandang sebagai fardhu kifayah iaitu fardhu yang boleh dilepaskan tanggung jawab seseorang bila orang lain telah melakukanya tetapi bila tak seorangpun melakukannya, maka berdosalah semuanya”
Dan sebahagian lagi menyatakan jihad itu adalah fardhu ‘ain iaitu wajib yang mesti dikerjakan oleh masing-masing peribadi, dan tidaak lepas diri seseorang itu, walaupun orang lain telah melakukannya. Tetapi ahli hukum telah sepakat bahawa jihad adalah tetap sebagai fardhu ain’ dalam tiga hal iaitu; Apabila bertemu dan berhadapan dua pasukan(Islam dan kafir), maka haramlah lari atas orang yang ikut berperang. Ini ditegas dalam Firman Allah yang bermaksud; “ Hai orang-orang beriman, apabila kamu bertemu dengan sesuatu gerombolan musuh, maka teguhkanlah hatimu”
Apabila imam(pemimpin) umat islam memerintahkan kepada umat islam untuk berangkat ke medan perang, wajiblah ia mengikuti perintah imam itu. Seperti Firman Allah yang bermaksud; “Hai orang-orang yaang beriman, bagaaimana kamu masih berlambat-lambat apabila diperintah berjuang pada jalan Allah?”
Yang terakhir apabila kaum kafir telah datang ke negeri umat Islam, maka wajiblah setiap penduduk negeri itu untuk menolak musuh. Kerana corak jihad(perang) waktu itu adalah bersifat defensif untuk mempertahankan agama dan kaum muslimin. Dengan masuknya musuh bererti sesuatu bahaya yang tidak dapat dihindar lagi, dan paling tidak ia pasti menimbulkan fitnah. Seperti Firman Allah yang bermaksud “Perangilah mereka sehingga timbul fitnah”
Begitulah wajibnya seseorang muslim itu berjihad bagi menegakkan kalimah Allah. Terdapat juga pertanyaan bahawa wajibkah atas orang tua-tua dan perempuan berjihad. Terdapat Hadis Riwayat Saidatina Aisyah yang berbunyi “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah, ya Rasulullah apakah perempuan diwajibkan jihaad?Maka baginda berkata; “Jihad yang tak ada perang di dalamnya adalah mengerjakan Haji dan Umrah”Dan perang itu tidak wajib melainkan atas orang yaang baligh lagi berakal, lelaki yaang sihat dari cacat. Tetapi bila kaum kafir telah menceroboh ke negeri Islam, jihad adalah menjadi tanggung jawab dan wajib ‘ain atas semua umat islam, baik lelaki, perempuan, tua, cacat dan berpenyakit. Jika tidak
mereka berdosa kerana melalaikan kewajipan jihad mereka memerangi musuh Islam dan menumpahkan darah mereka.
PERINGKAT-PERINGKAT JIHAD
Jihad terbahagi kepada tiga peringkat iaitu;
q Jihad dengan Lisan
Jihad dengan lisan bermaksud jihad yang memerlukan kecekalan hati dan kemantapan iman. Ia termasuklah dalam segala kegiatan dakwah seperti ceramah, bimbingan, pengajaran, didikan dan sebagainya. Firman Allah bermaksud: “Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, manyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah daripada yang mungkar, mereka itulah yang memperolehi kemenangan. ”
q Jihad dengan tangan
Jihad dengan tangan termasuklah menggunakan kekuatan fizikal bagi mempertahankan kebenaran islam. Ia termasuklah jihad tulisan dan berperang untuk agama Islam.
q Jihad Qital(berperang)
Jihad peringkat terkhir sekali iaitu merupakan kemuncak jihad di jalan Allah dengan berjuang untuk mempertahankan agama dan negara dari diseleweng dan dimusnahkan oleh musuh-musuh islam. Ganjaran bagi mereka yang gugur adalah syahid di jalan Allah. Firman Allah yaang bermaksud “Maka berperanglah dijalan Allah, tidak diberatkan atasmu melainkan dirimu, tetapi bangkitlah semangat orang mukmin. Mudah-mudahan Allah menyingkirkan kegagahan(kesombongan) orang-orang kafir, kerana Allah terlebih Gagah dan sangat keras siksaNya. ”
SASARAN JIHAD
Menurut pengertian jihad perkataan jihad itu ertinya: “Bersungguh-sungguh mencurahkan segenap kekuatan untuk membinasakan orang-orang kafir, dan termasuk juga berjihad terhadap nafsu, terhadap syaitan dan pendurhaka. Oleh itu, sasaran jihad ter bahagi kepada dua iaitu Jihad terhadap hawa nafsu, Jihad terhadap syaitan dan Jihad terhadap kaum kafir dan munkarat.
Jihad terhadap Hawa Nafsu
Jihad ini merupakan paling utama sekali yang perlu diperangi oleh setiap orang muslim. Menurut hadis nabi yang bermaksud: “ Semulia-mulia jihad itu, ialah orang yang berjihad terhaadaap nafsunya sendiri dalam berbakti kepada Allah Yang Maha Mulia dan Maha Menang” 1
Jihad terhadap hawa nafssu terbahagi kepada empat prkara iaitu;
Ø Rajin mempelajari kebenaran agama yang datangnya dari Allah dan RasulNya, dengan keberkeyakinan bahawa dirinya tidak akan berbahagian baik di dunia maahupun di akhirat jika tidak dengan mengikuti kebenaran.
Ø Besungguh-sungguh menegakkan kebenaran yang telah dipelajarinya.
Ø Menyiarkan kebenaran itu kepada orang lain.
Ø Sanggup menerima risiko seperti ancaman, penderitaan, kesusahan dan sebagainya demi menegak agama Allah.
Jihad Terhadap Syaitan
Setiap musli juga harus memerangi syaitan kerana dialah merupakan musuh utama sejak kehadiran manusia di alam ini yang telah menggelincirkan nenek moyang pertama Adam. Firman Allah yang bermaksud: “ Bahawasanya syaitan itu adalah bagi maanusia musuh yang nyata. ”
Jihad Terhadap Kaum Kafir daan Munkarat.
Jihad ini juga menjadi wajib kepada umat Islam apabila musuh-musuh itu berusaha membinasakan negara islam dan mengotori kehormatan dan kesucian ummat. Dalam konteks ini seluruh umat islam wajib membela negara Islam dan mempertahankan kesucian kaum muslimin dengan daaraah daan hartanya.
Jika tidak mampu berjuang dengan jiwanya, maka ia wajib berjuang dengan hartanya, sebagai dukungan terhadap orang-orang yang sedang berperang dimedan perjuangan. Barang siapa yang tidak memberikan sesuatu yang mampu ia berikan, maka ia termasuk orang yang melakukaan dosa besar, kerana ia mengelak daripada kewajipan jihad.
Islam mengistiharkan perang apabila musuh-musuh Islam iaitu kaum Kafir melakukan kezaliman(penganiayaan, penyeksaan, penahanan, hukuman) terhadap umat islam atau menyerang umat islam. Dari segi ini islam mewajibkan kepada umatnya untuk mengenyahkan kezaliman dan permusuhan, sehinggakan kaum muslimin terbebas daripada hantu kezaliman dan pemusuhan. 1 firmaan Allah yang bermaksud; “ Perang di bulan haram, maka dibalas pula di bulan haram dan kehormatan itu diimbal balik, maka sesiapa yang menyerangmu(menganiayamu, menggangumu, menyiksamu), maka serang pulalah seperti bentuk yang mereka lakukan kepadamu. ”
KESIMPULANNYA
Jihad bagi umat Islam ibarat atap bagi sebuah bangunan. Dengannya umat ini akan dilindungi dari tindasan dan aniaya oleh musuh-musuhnya, sekaligus menjadikan umat ini mulia di dunia dan di akhirat. Adapun para mujahid merupakan seutama-utama bagi manusia dari umat ini. Bagi mereka ada dua kebaikan iaitu hidup mulia atau mati syahid.

************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com