Rasulullah s.a.w. sebagai uswah al hasanah.

Kehidupan nabi Muhammad S.A.W adalah contoh yang unggul dalam semua lapangan hidup dan risalahNya menjadi sumber bimbingan kepada seluruh manusia. Manusia mencari hidayah dari risalahnya dan mendapat bimbingan dari sirahnya. Al-Quran telah menerangkan tentang akhlak Rasulullah yang mulia ini di dalam firmanNya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. ”(Surah Al-Qalam 68:4)

Baginda mem[punyai sifat yang mulia dan pendiriannya jauh mengatasi semua makhluk. Baginda adalah permata yang menyinari kegelapan dengan akhlak yang bersinar. Manusia yang sedemikian hebat menjangkaui segala sempadan masa dan tempat. Al-Quran telah menjelaskan : “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat. ”(surah Al-Ahzab 33:21)

Ini bermakna hidupnya nabi adalah menjadi contoh teladan bagi orang yang beriman kepada Allah. Rasulullah telah melalui pelbagai tribulasi hidup dan mengharungi berbagai pengalaman. Semasa kecil Rasulullah menjadi gembala yang bmenjaga biri-biri kepunyaan keluarga angkatnya. Selepas itu di Makkah juga baginda menjaga bintang ternakan keluarganya dan juga jirannya. Di masa mudanya baginda pernah menjadi ahli perniagaan dan bekerja untuk mendapat nafkah hidup. Baginda telah berkunjung ke luar negara untuk untuk urusan perniagaan

Selain itu pada masa dahulu baginda telah melakukan penghijrahan ke Yathrib besama pengikutnya kerana ancaman orang Quraisy Makkah. Jadi baginda telah berhijrah dan di sana baginda telah dilantik menjadi ketua negara. Oleh itu baginda semestinya mempunyai banyak pengalaman semasa berhijrah. Mereka digelar orang muhajirin dan orang di madinah adalah digelar orang ansar. Umat islam adalah beruntung kerana memperolehi seorang nabi yang mengajak kita semua beriman kepada Allah S.W.T.

Walaubagaimanapun baginda juga adalah manusia biasa dan meninggalkan banyak sirah tentang kehidupannya. Al-Quran telah menyebut bahawa : “Sesungguhnya aku telah tinggal bersamamu beberapa lam sebelumnya(al-Quran). Maka apakah kamu tidak memikirkannya”(surah yunus 10:16)

Nabi Muhmmad S.A.W tanpa mendakwa mempunyai sebarang sifat-sifat atau kuasa luar biasa telah menjadi contoh yang unggul dari semua aspoek kehidupan untuk diikuti oleh semua golongan manusia. Di dalam Al-Quran Allah telah berfirman: “Dan tidak ada sesuatu yang menghalangi untuk beriman tatkala datang petunjuk kepadanya kecuali perkataan mereka Adakah Allah mengutus seorang manusia menjadi rasul ? Katakanlah seandainya ada malaikat-malaikat yang berjalan sebagaipenghunidibumi nescaya Kami turunkan dari langit kepada mereka seorang malaikat menjadi rasul. ”(surah Al-Isra’ 17:94-95). Oleh itu adalah penting untuk kita mengetahui bahawa Rasulullah adalah rasul yang mendorong kita kepada jalan kebenaran.

KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kota Makkah al-Mukarramah bukan sahaja menjadi pusat agama di tanah arab di zaman jahiliah, malahan juga menjadi pusat perniagaan dan kebudayaan. Suasana yang ditimbulkan oleh kedudukannya di tengah-tengah perjalanan perdagangan antara arab utara dan arab selatan dan oleh itu wujudnya kaabah berabad-abad tahun beraba-abad lamanya sejak Nabi Adam A.S lagi, membuatkan penghuni kota ini terlibat dan memainkan peranan terpenting pula dalam segi perniagaan yang besar-besar.

Abdullah bin Abdul Mutalib seorang anak kesayangan bapanya ini, sesudah isterinya Aminah binti Wahab mengandung kira-kira dua bulan, lalu pergi keSyam kerana menguruskan perniagaan. Malangnya dalam perjalanan kembali, setibanya di yathrib, dia jatuh sakit lalu meninggal dunia.

Tujuh bulan selepas itu, di kala fajar menyinsing waktu subuh hari isnin, tanggal dua belas Rabiul-awal tahun gajah bersamaan 20 April 570 Masihi, Siti Aminah menyambut kelahiran cahaya matanya yang berkeadaan yatim itu dengan penuh gembira bercampur sayu. Menurut Ibnu Sa’d, ketika Aminah melahirkan Muhammad, dia menceritakan bahawa daripada bahagian tubuh Aminah memancar cahaya yang terang sehingga sampai ke istana negeri Syria. Anak yang Aminah lahirkan itu berkeadaan suci bersih.

Di kala itu bintang terang bergemerlapan mendekati bumi tandus sehingga terang bercuacalah seluruh dataran dan pergunungan tanah Makkah Al mukarramah. Di saat itu Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan ke dunia dalam keadaan bertiarap, kedua tangannya tertunjang ke bumi dan kepalanya mendongak ke langit. Menurut Muhammad bin Ishaq dia berkata bahawa Muhammad dilahirkan seolah-seolah bersujud kepada Allah S.W.T. Demikianlah malam kelahiran Nabi Muhammad adalah merupakan satu malam yang mulia lagi penuh berkat.

Muhammad dilahirkan seperti manusia biasa yang belum berkhatan dan belum dipotong pusatnya. Ibunya dibidani oleh Asy-Syifaa’ iaitu ibu kepada Abd. Rahman bin Auf. Beliau dilahirkan di kampung Bani Hasyim di Al-Iraas, Makkah Almukarramah. Firman Allah S.W.T:“Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan hamil dan kandungan rahim yang kurang sempurna dan yang bertambah dan segala suatu pada sisinya ada ukurannya. ”(Ar-Ra’d ayat 8)

Dikala kelahirannya itu kebetulan datuknya Abd. Mutalib sedang tawaf di kaabah kerana beribadat. Bila dia diberitahu tentang kelahiran cucunya itu, dia dengan segera pulang mendapatkan cucunya lantas membawa ke Baitullah. Keadaan dan suasana demikian, merupakan satu petanda yang baik.

Menurut Ibnu Ishak, memang Nabi Muhammad dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun gajah. Menurut riwayatnya, seorang yang bernama Faiz bin Makhramah menegaskan :”Saya dan Rasulullah dilahirkan semasa di Tahun Gajah. ” Setersnya menurut riwayatnya Hassan bin Thabit pernah menceritakan : “Demi Allah, sesungguhnya saya seorang kanak-kanak yang sudah kuat berumur kira-kira tujuh atau lapan tahun, dapat mengerti apa yang saya dengar di mana mengenal seorang yahudi memekak dengan suara yang tinggi dari sebuah tembok di Yahtrib katanya : “Wahai orang-orang yahudi!. ”

Apabila orang-orang yahudi itu telah berkumpl mengerumuninya, mereka berkata: “Celaka engkau, apakah urusannnya engkau memanggil kami semua?” Orang yahudi tadi menjawab: “Bintang Ahmad yang menunjukkan kelahirannya telah terbit bersamanya pada malam ini. ”

Periwayat-periwayat sejarah percaya bahawa Abdul Mutalib membawa Muhammad ke Kaabah lalu membawa masuk ke dalam Kaabah. Di sana Abdul Mutalib bermohon kepada Allah akan keberkatran cucunya dan mensyukuri Allah di atas kurniaan-Nya itu. Kemudian dia keluar membawa Muhammad untuk diserahkan kepda ibunya.

Di hari itu, beliau mengadakan satu jamuan yang besar di mana hampir semua pembesar dan para bangsawan di kota Nekah diundangkan. Dalam majlis itu ada orang yang menanyakan mengapa di menamakan cucunya Muhamad, sedangkan nama itu belum biasa di pakai di kalangan orang-orang arab. Abdul mutalib memberitahu bahawa dia berharap sangat agar cucunya menjadi seorang yang terpuji di sisi Allah di langit dan terpuji di sisi makhluk-nya di bumi.

PENYUSUAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
Abdul Mutalib nenda nabi bertugas menacarikan seorang penyusu nabi s.a.w. yang sesuai. Pada pertama kalinya memanglah nabi dipersusukan oleh ibunya sendiri Aminah selama tiga hari. Sementara memperoleh penyusu dari desa. Nabi dipersusukan oleh Thuwaiwah Al-Aslamiyah disamping anaknya Masruh. Setelah dua bulan barulah Abdul Mutalib memperoleh Halimah As-Saadiah daripada kabilah Sa’d dari desa Bani Sa’d. Halimah mempersusukannya di samping anaknya Abdullah.

Bangsawan-bangsawan Arab menyerahkan penyusuan anak-anak mereka kepada penyusu-penyusu Arab desa antara lain adalah agar
a. Anak itu lekas subur iaitu lekas membesar sebab mendapt udara nyaman dan bersih
b. Anak itu mendapat pendidikan kearaban terutama dalam kecekapan berbahasa arab yang tulen dan fasih
c. anak itu beradab sopan dan berakhlak baik
d. Anak itu dilatih bagi mempercepat kematangan akal menerusi kepesatan berbahasa yang fasih.
e. Anak itu mendapat suasana hening yang baik serta bebas sebagai asas bagi penghidupan bahagia dan berjaya di masa depan.

Demikianlah halnya Muhammad telah mneyusu dengan Halimah sehingga usianya dua tahun dan bercerai susu. Halimah kemudiannya telah membawa Muhammad
kembali ke pangkuan ibunya tetapi beliau telah meminta supaya Aminah membenarkan Muhammad terus tinggal ke pangkuan mereka beberapa lama. Aminah kemudiannya mengizinkan supaya Muhammad di bawa kembali tinggal bersama Halimah hinggalah apabila baginda empat atau lima tahun di mana berlakunya peristiwa pemnedahn dada baginda

ASUHAN UMMU AIMAN
Muhammad s.a.w. telah dilahirkan sebagai anak yatim tetapi Allah s.w.t. telah menjadikan anak kecil ini sebagai tempat mencurahkan kasih saying. Setiap orang yang memandangnya pasti timbul kasih saying terhadapnya. Antara wanita yang mat menyayanginya ialah Ummu Aiman seorang wanita hamba daripada suku Habsyi. Namun di awal kelahiran baginda Ummu Aiman hanya sempat menjaga baginda bersama bondanya aminah beberapa hari sahaja. Setelah itu Muhammad disususkan oleh Halimah As-Saadiah.

TANDA-TANDA KERASULAN
Berbagai perkara ajaib. Berbagai peristiwa pelik dan ajaib terjadi sekitar kehidupana baginda selepas baginda diputerakan. Keistimewaan ini jelas terpamer semenjak pertama kali Halimah As-Saadiah menyusukan baginda di mana beliau menceritakan bahawa dia telah dikurniakan susu yang banyak yang membolehkan dia menyusukan Muhammad bersama-sama anaknya sehingga kenyang dan tidur nyenyak. Kambing-kambingnya juga memperolehi susu yang banyak dan rezeki mereka mencurah-curahsejak Muhammad tinggal bersama mereka iaitu selama lebih dua tahun.

Ibnu Asakir mengeluarkan sebuah hadis dari Jalhamah ibnu ar-Fatah yang telah berkata : “Aku sampai ke Mekah dengan penduduknya menghadapi kemarau orang quraisy telah mnyebut “Wahai Abu Talib, lembah kita ini sudah kemarau, anak-anak kekeringan, ayuh sekarang pohonlah hujan. ” Dengan itu Abu Talib pun keluar bersama anaknya. Si anak itu bagaikan matahari yang bercahaya tiada mendung. Beliau dikelilingi anak-anak kecil lain. Abu Talib pun mangangkat baginda dan mnyandarkan belakang baginda ke dinding Kaaabah sedang jarinya menekan badan baginda. Ketika itu, langit pun berawan, namun tidak berap lama mendung pun berarak masuk ke langit Kaabah. Hujan pun tutrun dengat lebat membanjiri Mekah.

Bertemu pendeta Buhaira
Setelah usia Rasulullah s.a.w. meningkat 12 tahun bagiunda keluar bersama Abu Talib untuk berniaga di negeri Sham. Apabila sampai di Basra, daerah Hawran, terdapt seorang paderi bernama Jarjis yang dikenali sebagai Buhaira. Setibanya rombongan ke sana buhaira keluar untuk menemui mereka dan memuliakan mereka sebagai tetamu. Beliau telah mengenali Rasulullah dengan segala sifat-sifatnya. Inilah orang yang diutuskan oleh Allah sebagai rahmat untuk sekalian alam. Kata Abu Talib; “Dari mana maklumat ini tuan perolehi?” Jawab beliau : “Tahukah kamu semasa kamu mendekati al-Aqabah, tidak ada batu dan pokok-pokok pun yang tidak tunduk dan sujud kepadanya. Sujud seperti ini hanya berlaku kepada seorang nabi sahaja dan aku kenali pada baginda iaitu “Khatam al-Nubuah” penutup kenabian. Ianya terlatak di belakang baginda di baying tulang dayung bentunya seperti epal. Semua sifat-sifat baginda tersebut di dalam kitab-kitab kami. Seterusnya beliau meminta supaya Abu talib membawa Muhammad s.a.w. pulang ke Makkah dan meminta supaya jangan di bawa ke negeri Syam kerana ditakuti tindakan jahat yahudi”

PERKAHWINAN RASULULLAH
Rasulullah s.a.w. berkahwin ketika berusia 25 tahun dengan seorang janda kaya yang dihormati oleh Khadijah binti Khuwailid. Khadijah telah menawarkan diri untuk berkahwin dengan nabi lalu diterima oleh baginda. Mereka berkahwin dan mneikmati kehidupan yang bahagia dan aman damai dengan dikurniakan dua orang anak lelaki dan empat orang perempuan.

Sepanjang perkahwinan dengan Khadijah beliau merupakan isteri tunggal. Khadijah meninggal dunia pada bulan Ramadhan tahun kesepuluh selepas kebangkitan Rasulullah s.a.w. Ketika itu beliau berusia dalam lingkungan 65 tahun manakala Rasulullah s.a.w, berusia 51 tahun.

Rasulullah telah berkahwin sebanyak sepuluh kali selepas pemergian Khadijah. Semua isteri baginda kecuali Aisyah merupakan balu atau janda. Sebahagian daripada perkahwinan baginda adalah kerana untuk membantu wanita-wanita tersebut. Sebahagiannya bertujuan untuk memenangi sokongan daripada kabilah-kabilah yang sedang bermusuhan atau bertujuan menyatakan rasa hormat kepada ketua pada satu-satu kabilah.

Rasulullah s.a.w. sentiasa melayani isteri-isteri baginda dengan adil dan saksama. Baginda sentiasa bersikap lemah lembut, bermurah hati dan sentiasa mencurahkan kasih sayang. Begitu juga sikap baginda terhadap anak-anak dan para sahabat baginda.

NABI MENDAPT PENDIDIKAN DAN BIMBINGAN TERUS DARIPADA ALLAH
Tiada seorang manusia yang dilahirkan ke dunia telah sedia membawa ilmu atau berita baik di kala kelahirannya. Ilmu, wahyu atau berita baik itu baru dikurniakan kepada para nabi atau rasul ialah sesudah mereka melalui peringkat remaja dan dalam sejarah kita mendapati Nabi musa a. s dan Nabi Muhammad s.a.w. dikurniakan wahyu menjelang umur 40 tahun, merupakan satu peringkat umur mencapai kematangan dalam berfikir dan bertindak.

Dalam kehidupan Nabi s.a.w. didapati beliau ialah seorang yang bbelum mendapat memebaca dan menulis sebelum dilantik menjadi nadi dan rasul. Akan tetapi sejak beliau di bawh asuhan Halimah As-Saadiah lagi beliau telah pun dibedah dan disucikan kekotorannya dan dimasukkan keyakinan dan hikmat olek Allah s.w.t. bagi menyubur dan mematangkan akal fikirannya dan meninggi nilai hati sanubarinya di mana kedua perkara ini merupakan dua bahan rohani yang penting, harus dimiliki oleh setipa orang manusia.

Firman Allah s.w.t. ; “Dan Allah mengeluarkan kamu dalam perut ibumu dalam keadaan kamu tidak mengetahui satupun dan Dia memeberikan kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur. Surah An-Nahl:78

Sejak dari kandungan rahim lagi, beliau di bentuk dengan sempurna kejadian, baik dari segi jasmani, lebih-lebih lagi segi rohani. Sejak kecilnya lagi pusat kerohanian beliau telah dibedah, dibasuh disucikan lantas dimasukkan inti iman, keyakinan dan hikmat. Begitu juga di kala permulaan Isra’ dan Mikraj, beliau sekali lagi disuci hati dan batinnnya. Selepas itu, beliau dipimpin pula dengamn wahyu-wahyu daripada Allah s.w.t
Untuk memberi pimpinan, panduan dan segala sesuatu yang harus ditempuhnya dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah.

HIJRAH.
Hijrah yang pertama dalam kehidupan Rasulullah s.a.w. adalah ke Habsyah. Setelah Rasulullah melihat penyeksaan orang-orang Quraisy terhadap baginda dan penderitaan pengikut baginda yang amat sangat dan baginda tidak sanggup lagi untuk melindungi mereka maka Rasulullah s.a.w. sendiri mengemukakan pandangan supaya umat yang kecil bilangannya itu berhijrah ke Habsyah. Raja Habsyah ketika itu ialah Najasyi, seorang raja yang tidak zalim. Mereka dianjurkan tinggal di sana buat semenatra waktu sehingga Allah s.w.t. membuka jalan kelapangan. Kaum muslimin pun berhijrah beramai-ramai. Antara mereka termasuklah Uthman Affan bersama isterinya, Abu Huzaifah dan isteriunya, Az-Zubair Awwam, dan Abdul Rahman bin Auf. Jumlah keseluruh mreeka adalah 80 orang.

PEMBEDAHAN DADA NABI MUHAMMAD S.A.W.
Menurut beberapa riwayat yang dikemukakan dalam kitab-kitab sirah dan hadis bahawa Nabi s.a.w. pernah dibedah dadanya sebanyak empat kali sebelum dia menerima wahyu iaitu:
1. Ketika Nabi baru berusia tiga tahun ketika dalam asuhan Halimah As-Saadiah di luar Kota Mekah iaitu di Pergunungan Bani Sa’d.
2. Ketika Nabi berusia sepuluh tahun, semasa beliau dalm pemeliharaan Abu Talib, bapa saudaranya di Mekah
3. Ketika Nabi berusia 20 tahun beliau sedang mengalami keadaan muda remaja di Kota Mekah
4. Di kala Nabi berhadapan dengan malaikat Jibril di Bukit Cahaya di kali kelima untuk menerima wahyu terakhir iaitu sejurus sebelum beliau diisrak dan dimikrajkan ke langit.

Halimah As-Saadiah menceritakan bahawa di kala Muhammad menggembala kambing-kambing kecil di rumah mereka bersama anaknya tiba-tiba anaknya pulang dalam keadaan tergopoh seraya menceritakan : “Saudaraku yang berbangsa Quraisy itu telah diambil oleh dua orang laki-laki yang berpakaian putih, kedua-diuanya membaringkannya lalu membelah perutnya kemudian kedua-duanya membelek-beleknya untuk mencari sesuatu. Kemudian mereka terus menuju ke arahnya dan mendapati bahawa muka Muhammad sangat pucat. Mereka segera menengangkan Muhammad begitu juga suami Halimah As-Saadiah. Kemudian mereka bertanya apa yang telah terjadi kepadanya. Muhammad memberitahu bahawa dua orang laki-laki yang berpakaian serba putih datang kepadanya lalu membaringkannya dan membelah perutnya. Kedua-duanya mencari sesuatu di dalamnya di mana sendiri tidak mengetahuinya.

MUHAMMAD SEBELUM MENJADI NABI
Sesudah lahir dan dipersusui oleh ibunya beberapa kali, maka Muhammad dipersusui pula oleh Thuwaibatul-Aslamiyah(2 bulan) dan sesudah itu diuserahkan kepda Halimah As-Saadiah yang kerjanya mengambil upah memberi susu anak-anak bangsawan Arab. Muhammad dipelihara bersama-sama anak-anak kecilnya dengan mendapat udara desa yang baik.

Setelah Muhammad berusia enam tahun, barulah ia dipelihara di rumah ibunya, Aminah. Tetapi tidak lama kemudian ibunya membawa ia pergi menziarahi kubur ayahnya di Yahtrib. Di sana ibunya jatuh sakit lalu meninggal dunia dan dikebumikan di Abwaa’, dekat Yathrib. Jadi, tinggallah Muhammad di dalam keadaan yatim piatu. Muhammad diserahkan pula kepda datuknya Abdul Mutalib.
Sewaktu Muhammad berumur lapan tahun, datuknya pula meninggal dunia. Jadi, Muhammad dipelihara oleh Abu Talib, bapa saudaranya. Sewaktu ini Muhammad mengambil upah menggembala kambing untuk membantu kehidupan bapa saudaranya yang hidup sederhana itu, tambahan pula oleh anak-anaknya yang begitu ramai. Sebelum itu Muhammad telah pun menggembala dengan saudara sepersusunya di desa Bani Sa’d, semasa kecilnya dahulu.

Semasa berumur 12 tahun, dia mengikut bapa saudaranya itu berniadag di Sham, dan di sana ia ditemui oleh seorang pendeta nasrani yang bernama Buhaira. Buhaira memang mengenali anak ini berdasarkan pembacaannya dalam kitab-kitab suci. Kerana itu dia berpesan kepada Abu Talib agar Muhammad dijagainya dengan baik, kerana kelak ia bakal menjadi seorang Rasul Tuhan. Dia meminta pemeliharaan rapi agar jangan sampai diketahui oleh orang-or ang yahudi yang memang mencurigainya kertana nanti dibunuhnya.

Di kala Muhammad berusi 14 tahun, dia diajar oleh bapa saudaranya Az-Zubair bin Abdul Mutalib berperang di dalam peperanga n al-Fijaar iaitu pepetangan yang mempertahankan dua suku antara suku Quraisy dan Qais. Dalam peperangan ini Muhammad mengambil bahagian mengisi anak-anak panah untuk bapa saudaranya tadi.

Pada waktu muda remajanya Muhamad mengusahakan perniagaan sendiri serta bersyarikat dengan saudagar kecil bernama As-Saai’b bin Abi As-Saaib. Inilah pekerjaannya sehingga ia berusia lebih daripada 20 tahun.

Sesudah Muhammad, meningkat 25 tahun, ia dipinagi oleh Khadijah kemudian terjadilah perkahwinan. Walaupun sewaktu itu Khadijah berumur 40 tahun tetapi ia seorang janda yang rupawan, bangsawan, hartawan dan dermawan; juga agamawan kerana terpelajarnya kerana ia mengetahui kandungan kitab Injil.
Setelah Muhammad berumahtangga dengan Khadijah, maka beliau bertambah giat mengusahakan perniagaannya tetapi perniagaan itu terhenti setelah dia menghadapi tugas menjadi Nabi dan Rasul.

Seterusnya sewaktu Muhammad berumur 35 tahun, dinding Kaabah runtuk sebab banjir di mana letaknya di kawasan terendah. Di kala membaikinya berlaku perselisihan hebat sehingga Muhammad dilantiki melantik menjadi hakim bagi menyelesaikannya sehingga dapat menyelamatkan suku-suku Arab dari pertumpahan darah. Semenjak itu dia mendapat gelaran al-Amin secara rasminya

SUMBANGAN RASULULLAH S.A.W DI DALAM MENGELAK DAN
MENYEMBUHKAN PENYAKIT.
Abu Daud meriwyatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda “Barangsiapa di antara kamu ada yang merasa sakit atau saudaranya mengadu tentang suatu penyakit maka bacalah” iaitu bermaksud : “Tuhanku adalah Allah yang dilangit, Maha Suci Namamu dan Urusanmu di langit dan diubumi. Sebagaimana rahmat Mu, di langit maka jadikanlah rahmat Mu, dibumi dan ampunkanlah dosa dan kesilapanku. Engkau adalah Penjaga orang-orang yang baik turunkanlah rahmat Mu dari sisi Mu dan turunkanlah kesembuhan akan penyakit ini. ”

InsyaAllah akan sembuh penyakit tersebut.
Rasulullah S.A.W pernah menjampi dengan dengan penawar surah Al-Fatihah. Baginda memberitahu bahawa surah Al-Fatihah mempunyai beberapa ayat yang mujarab untuk menyembuhkan penyakit. Perlulah diketahui bahawa surah Al-Fatihah ada kalimah-kalimaah yang mujarab untuk menyembuhkan penyakit. Hal ini telah diketahui oleh orang ramai dan sering dipraktikkan. Apalagi kalau kalimah itu kalimah itu adalah kalimah 15Allah iaitu seperti kuasanya Allah terhadap makhluknya. Maka kalimah Allah adalah ubat yang sempurna, benteng yang kukuh, nur yang memberi petunjuk dan rahmat sekelian alam. Allah telah berfirman: Ertinya, “Dan kami turunkan dari Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar(ubat) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. ” Rasulluah S.A.W telah bersabda bahawa: “Sebaik-baik ubat adalah Al-Quran. ”

Di dalam surah Al-Fatihah(Ummul Kitab) mengandungi :
Nama-nama Tuhan Yang Maha Agung iaitu Allah, Al-Rahman dan Al-Rahim.
Pemantapan janji.
Dua kalimah Tauhid iaitu Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah.
Pengakuan bahawa minta pertolongan hanya kepada Allah.
Memohon Hidayah.
Memuji Allah
Pengakuan Tawakkal terhadap Allah.

Selain itu Rasulullah S.A.W pernah mengubati orang yang terkena sengatan kala. Cara perubatan yang digunakn oleh Rasulullah adalah dengan campuran dua teknik iaitu pengubatan ‘Tabiyyah’dan ‘Ilahiyah’. Pengubatan secara ‘Ilahiyah’ adalah dengan bacaan surah Al-Ikhlas dan surah Muawwizatain. Di dalam surah Al-Ikhlas dinyatakn bahawa Allah S.W.T adalah satu dan tidak boleh menyengutukannya dengan sesuatu. Cara kedua iaitu pengubatan tabii adalah bterletak pada air dan garam. Garam diketahui dapat dijadikan ubat penawar jenis racun bisa. Ibnu Sina berkata kita bpoleh merawat bisa dengan air dan garam dengan dibaluti dengan kapas. Rasulullah telah bersabda: Ertinya “Aku berlindung dengan kalimah –kalimah Allah Yang Maha Sempurna dari kejahatan makhluk yang dijadikannya. ”

Setersnya cara Nabi Muhammad S.A.W mengubati bisa ular. Daripada Ibnu Syihab Az-Zuhri berkata: “Sebahagian sahabat Rasulullah S.A.W dipatuk ular. Maka Rasulullah S.A.W bertanya “Adakah yang boleh menjampi”Lalu mereka menjawab ada yang boleh menjampi iaitu Umarah bin Hazm.

Mengikut hadis Rasulullah wangian juga bpoleh meningkatkan taraf kesihatan.
Dalam Sahih Muslim disebutkan bahawa Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa yang diberikan wangi-wangian kepadanya maka janganlah menolak kerana wangian itu menyedapkan nafas dan meringankan beban(menghilangkan rasa penat).

KUALITI KEPIMPINAN
Rasulullah memiliki banyak sifat-sifat utama yang menyebabkan setiap orang yang berhubung dengan nabi akan mengasihi baginda dan sifat ini jugalah yang menyebabkan baginda menjadi orang yang dihormati oleh pengikutnya. Baginda amat pengasih, lembut, merendah diridan pemurah dan ini berjaya memenangi hati manusia yangbersedia untuk mengorbankan segalanya. untuk baginda.

Baginda merupakan seorang yang berani dan cekal seperti di dalm peperangan. Baginda juga seorang yang mempunyai penguasaan diri. Seterusnya baginda mempunyai kesabaran dan ketahanan yang tinggi menghadapi pemusnah umat Islam yang menentang ajara Islam.
Baginda juga seorang yang adil dan saksama.

KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W.
Setelah dakwah Islamiyah sempurna dan Islam menguasai suasana maka tanda-tanda bahawa pengucapan selamat tinggal kepada dunia dan manusia seluruhnya tertera di dalam ucapan-ucapan dan ungkapan-ungkapan Rasulullah melalui perbuatan dan perbualan baginda.

Di dalam bulan ramadhan tahun kesepuluh hijrah bagindan beriktikaf di dalam masjid selama 20 hari, sedangakan sebelum itu baginda beriktikaf hanya sepuliuh hari sahaja. Dalam tempoh ini Jibril a. s. menemui baginda untuk membuat ulangan dan tadarrus al-Quran sebanyak dua kali. Di dalam Hajjah al-Wada’ baginda telah menyebut : “Sebenarnya berkemungkinan tidak akan bertemu kamu lagi selepas pertemuan kita di tahun ini. ”

Semasa di Jamrah al-Aqabah, baginda berkata “Ambillah peribadatan haji ini dariku boleh jadi aku tidak akan mengerjakan haji lagi selepas tahun itu. Surah An-Nas turun di pertengahan hari-hari Tasyrik, darinya baginda mengetahui itu adalah ucapan selamat tinggal dan pemberitahuan pemergian bagindan untuk menghadapa Allah s.w.t. Ayat terakhir telah diturunkan kepada Rasulullah yang menunjukkan bahawa tugas baginda untuk menyampaikan risalah Allah telah selesai.

Firman Allah; “Pada hari ini Kusempurnakan bagimu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Kuredha Islam itu menjadi agamamu” Al-Maidah ayat:3 Peristiwa kewafatan Rasulullah s.a.w. berlaku pada pagi Isnin 12 Rabiulawal tahun kesebelas hijrah di waktiu usia baginda 63 tahun. Rasulullah wafat di pangkuan Aisyah r.a




************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com