Ringkasan Tentang Akhlak Rasulullah s.a.w.

Pendahuluan
Akhlak boleh diertikan sebagai budi pekerti, perangai, tingkah laku dan tabiat. Menurut Abu Bakar Jabir Al-Jazairi(1986) akhlak itu ialah suatu perkara yang sebati dalam diri seseorang. Daripadanya terbit perbuatan yang timbul dari kemahuan sendiri, samada yang baik mahupun yang jahat, samada yagn indah mahu pun yang keji.

Berdasarkan difinisi ini dapat difahami bahawa akhlak adalah suatu perkara yang boleh dipuluk dan dibentuk pada diri seseorang sehingga telah menjadi tabiat maka ianya dinamakan akhlak.

Menurut Abdullah Salim(1985) pula akhlak merupakan sifat yang tumbuh dan menyatu di dalam diri seseorang. Dari sifat yang ada itulah terpancar sikap dan tingkah laku perbuatan seseorang, seperti sifat sabar, kasih sayang, atau sebaliknya seperti pemarah, benci, dendam, iri hati dan dengki, sehingga menutuskan hubungan selaturrahim.

Dr Muqdad Yaljan(1986) menjelaskan akhlak Islamiah itu lebih luas dari pengertian etika/akhlak yang dibawa oleh seluruh agama dan berbagai aliran filsafat hingga kini. Ini disebabkan akhlak Islamiah mencakup di dalmnya segala hubungan manusiawi hingga hubungan manusia dengan makhluk hidup lainnya.

Beliau seterusnya menambah bahawa moral behaviour dalam pandangan Islam adalah setiap tingkah laku yang mulia, dilakukan oleh manusia dengan kemahuan yang mulia dan untuk tujuan yang mulia juga, sedangkan manusia yang berkhlak adalah seorang manusia yang mulia dalam kehidupannya yang lahir dan batin, sepadan dengan dirinya sendiri.

Rasulullah mempunyai akhlaq yang tinggi kerana seluruh hidupnya merupakan gambaran sifat peribadinya. Rasulullah menggunakan tangannya untuk mengambil dan memberikan sesuatu. Di dalam menulis surat, baginda meminta penulisnya memulakan dengan nama Allah, kemudian menulis nama pengirim dan nama orang yang ditujukan, selepas itu diikuti dengan isi kandungan surat dan diakhir surat itu diletakkan cop mohor. Banginda adalah seorang yang bebas dari sebarang kepercayaan-kepercayaan karut dan beliau tidak pernah meminta nasihat mengenai alamat-alamat, baik maupun buruk. Ketika berkhemah ditengah jalan dalam suatu perjalanan, baginda memilih tempat yang mempunyai nama-nama yanb bermaksud kegembiraan, rahmat atau kejayaan. Begitu juga beliau tidak mengamanahkan kerja kepada seorang yang bererti gembira atau kejayaan. Ia juga menukarkan nama-nama tertentu kepada nama-nama yang lebih baik. Dalam soal kenderaan, beliau memilih kuda dan pernah berkata bahawa di dalam bulu leher kuda itu terdapat rahmat sehingga hari kiamat. Ia membersihkan mata, hidung dan mulut kued dengan tangannya sendiri. Baginda tidak sukakan kebisingan dan hiruk-pikuk, sebaliknya menyukai ketenangan dan keadaan yang teratur dalam semua hal. Sekalipun untuk pergi mendirikan sembahyang, beliau melarang daripada berlari dan tergesa-gesa. Baginda pernah berkata, “Ketenangan dan kemuliaan adalah untuk kamu”. Suatu ketika dalam masa Haji, berlaku kebisingan dan hiruk-pikuk, Rasulullah memulihkan peraturan dan ketenangan dengan mengangkat tangannya sambil berkata, “Tergesa-gesa tidak akan mendatangkan kebaikan”.

Keterangan lengkap tentang adab-adab Rasulullah memerlukan suatu jilid khas kerana seluruh hidupnya merupakan gambaran akhlak yang tinggi. Aisyah pernah berkata, “ Bahawa akhlak Rasulullah ialah Al Quran”. Apa yang dikatakan oleh Anas bin Malik mengenai dirinya adalah lengkap. Beliau berkata, “Rasulullah adalah manusia yang paling baik, manusia paling pemurah dan manusia paling berani”. Tidak pernah dalam hidupnya ia melukakan hati seseorang melainkan di bawah undang-undang Allah dan tidak pernah bertindak balas akan segala perbuatan orang lain terhadap dirinya. Beliau memaafkan setiap orang sehingga orang-orang yang meniksanya tanpa berperikemanusiaan di Taif dan Mekah. Beliau tidak pernah menolak untuk menolong orang yang meminta pertolongannya, malah sanggup meminjam untuk membantu orang-orang lain sekiranya ia sendiri tidak dapat menyediakannya atau meminta orang itu datang pada masa yang lain, beliau tidak berdiam diri sahaja. Bukti tentang keberaniannya ialah; beliau bangun kesaorangan untuk menyatakan kebenaran dan dengan penuh keberanin menghadapi segala macam kesusahan dan tribulasi, tidak pernah menunjukkan ketakutan walaupun di dalam situasi yang paling berbahaya atau menunjukkan sebarang kelemahan. Semasa menghadapi saat-saat genting di dalam gua Thaur, di dalam peperangan Uhud dan Hunain, keimanannya tidak sedikut pun bergoncang dan ketabahannya tidak ada tolok bandingannya.

Ali bin Abi Thalib telah mengambarkan bagaimanakah sifat peribadi Rasulullah saw sebab ia termasuk manusia terdekat dengan beliau dan ia memang ahli dalam bidang yang satu ini. Untuk mengetahui bagimanakah gambaran pribadi Rasulullah saw, marilah kita ikuti komentar Ali r. a. berikut ini: “Rasulullah saw amat terpuji ucapan maupun tindak tanduknya. Tidak rendah budi pekertinya, tidk suka berandal/kasar apalagi berteriak-teriak di pasar. Beliau lebih senang memaafkan kesalahan orang daripada membalasnya. Tangan beliau tak pernah menyakiti seseorang pun, kecuali ketika berperang di jalan Allah. Beliau tak mau memukul seorang pembantu, maupun seorang wanita. Belia disakiti orang beliau lebih senang memaafkannya. Tapi bila ada seorang yang yang melanggar ketentuan-ketentuan Allah, maka beliau amat murka. Bila diharuskan memilih antara dua hal, beliau selalu memilih yang lebih gampang. Bila beliau berada di rumahnya beliau menjadi manusia biasa, beliau mencuci pakaian, memerah susu kambingnya dan mengerjakan segala keperluan dirinya sendiri.

Beliau tak senang berkata-kata kecuali yang berguna. Beliau selalu mendekatkan manusia padanya, tidak suka menjauhkan mereka. Beliau memuliakan seorang yang dimuliakan oleh kaumnya. Seorang yang memuliakan oleh kaumnya, selalu diberi kekuasaan untuk memimpin dan mengayomi kaumnya. Beliau sealu bermuka manis dan berseri-seri menghadapi siapa saja. Beliau senantiasa menanyai segala kepentingan sahabat-sahabatnya. Suka menilai baik setiap kebaikan dan memberikan dukungannya. Demikian pula beliau tidak suka kejahatan dan selalu berusaha melenyapkannya. Segala urusannya, tidak berlebihan, segala urusannya dipersiapkannya matang-matang dan diusahakan sebaik mungkin agar orang tidak meremehkan dan jenuh kerananya. Yang paling dekat dengan beliau, adalah yang paling bertakwa kepada Allah dan yang paling banyak berguna bagi masyarakatnya. Beliau berdiri atau duduk dalam keadaan berzikir. Bila masuk di tempat orang banyak berkumpul, maka beliau ambil tempat duduk di mana saja ada tempat yang terluang, dan beliau perintahkan semua sahabatnya untuk berlaku demikian. Bila berkumpul setiap orang diberi kesempatan yang sama untuk bicara dan berkomunikasi, beliau selalu menyamakan setiap orang yang hadir di majelisnya. Sehingga setiap orang selalu puas akan sambutan dan pelayanan beliau. Bila datang seorang yang membutuhkan pertolongan pada Rasulullah, maka beliau mengabulkan permohonannya atau mengatakan sesuatu yang menyenangkan hati orang itu. Di tengah majlisnya beliau selalu menyenangkan orang-orang yang ada di majlisnya. Sehingga setiap orang merasa bahwa dirinya paling disayangi oleh beliau. Majlis beliau sealu merupakan majlis ilmu, malu, sabar dan amanat, tidak ada yang bersuara dengan suara keras, tidak pernah menuinggung kehormatan orang, tidka buka aib orang. Semua yang hadir dengan perasaan sama darjat, hanya ada kelebihan satu atas lainnya dalam soal taqwa. Yang tua lebih dihormati, dan yang muda harus disayangi. Beliau mementingkan orang yang mendapatkan bantuan, dan selalu menjaga perasaan orang asing.

Selanjutnya kata Ali: “Rasulullah saw selalu terlihat riang, luwes, lemah lembut, tidak mau bersikap kasar, tak suka menyebutkan aib nista seseorang, murah hati, tidak banyak berangan-angan kosong, dan tidak suka putus asa bila tidak mendapatkan apa yang diinginkan. Ada tiga perkara yang tidak disenangi beliau: berdebat kusir, menyombongkan diri dan berbuat sesuatu yang tai ada manjaatnya. Ada tiga perkara pula yang selalu beliau hindarkan untuk orang lain: tidak senang membicarakan aib seseorang, tidak senang mencari-cari nista orang lain, dan tak senang membicarakan persoalan orang lain kecuali yang dapat mendatangkan kebaikan bagi orang itu. Orang-orang yang hadir di Majlis belua tak pernah ada yang bertengkar. Siapa saja yang bicara dengan beliau pasti orang lain yang hadir di sana dapat mendengarnya. Setiap orang yang berbicara dengan beliau pasti di sana dapat mendengarnya. Setiap orang yang berbicara dengan beliau pasti beliau akan melayani orang itu dengan penuh perhatian sampai selesainya. Setiap orang yang berbicara dengan beliau pasti beliau akan melayani orang itu dengan penuh perhatian sampai selesainya. Bila di majlisnya orang banyak tertawa, maka beliaupun ikut gembira bersama mereka. Beliaupun ikut kagum bila orang banyak kagum. Dan beliau selalu tabah mendengarkan pembicaraan seseoang yang kasar atau masalah apa sahaja yang ditanyakan pada beliau. Bila ada seorang datang dengan memohon pertolongan, maka beliau mengabulkannya atau menuruh para sahabatnya untuk menolong orang itu. Beliau tak mahu disanjung orang kecuali sepantasnya. Beliau tak mahu memutuskan bicara seseorang yang bicara dengna beliau kecuali bila orang itu berkata yang bathil, maka beliau segera menyuruhnya orang itu untuk berhenti atau beliau sendiri yang bangkit meninggalkan orang itu.

Disamping paling pemurah, Rasulullah saw paling benar perkataannya, lemah lembut dan amat terhormat budi pekertinya, siapa saja yang memandang beliau, pasti akan kagum pada beliau, siapa yang akrab dengan beliau, pasti akan mencintai beliau. Salah seorang yang pernah melihat beliau berkata: “Belum pernah aku lihat seorang pun yang seperti beliau saw. ”


Kedudukan Niat dan Pengaruhnya Dalam Amal Ibadat.

Dari Umar bin Khathab r. a. ia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya semua amal perbuatan itu tergantung pada niatnya. Dan tiap-tiap orang itu akan memperoleh apa yang diniatkan, barang siapa yang hijrahnya untuk memperoleh duniawi atau mencari wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya akan menghasilkan sesuai dengan niatnya”. (H. R. Bikhari dan Muslim)

Dalam riwayat lain ada tambahan: “ Barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka dia akan mendapat pahala dari Allah dan syafa`at dari Rasulnya”. Kemudian jumlah tambahan itu diikusertakan jumlah hadits yang di atas. Keterangannya, Islam cukup besar menaruh perhatian terhadap niat atau perasaan yang menyertai amal perbuatan manusia. Kerana nilai amal ibadat manusia, hakikatnya kembali kepada si pemiliknya, dan tergantung kepada niatnya.

Bershadaqah atau mengeluarkan derma, atau memberikan sesuatu kepada orang lain merupakan perbuatan dan amal yang baik, tetapi kadang-kadang ada seseorang yang bersedekah agar dikatakan diaorang baik, atau untuk mendapatkan kedudukan disisi pejabat, di sisi orang pembesar, atau agar bisa mendapatkan pelayanan dari orang yang diberi sedekah.

Ada juga yang bersedekah untuk menghapuskan sifat minta-minta atau menjaga sifat satria dan rasa malu dari orang yang tidak mampu, atau semata-mata dan mengharapkan pahala daripadaNya.

Sendi-Sendi Islam
Dari Abdullah bin Umar r. a. dia berkata: Rasulullah saw bersabda: “Islam ditegakkan di atas lima sendi:(1) Bersaksi bahwa tidak ada Tuhan kecuali Allah dan sesungguhnya bahwa Muhammad adalah utusan Allah,(2) Mendirikan Shalat,(3) Memberikan zakat,(4) Menunaikan ibadah haji, dan(5) Berpuasa di bulan Ramadhan”. (H. R. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah saw memberikan gambaran pokok-pokok Islam dengan fondasi bangunan rumah baik dari batunya, kayunya, tanahnya, pasir dan semennya serta besi dan lain-lainnya. Sebagaimana rumah mempunyai bahan dasar pertamanya, maka dmikian pula Islam yang wujudnya keimanan, amal atau pelaksanaan, tunduk dan penyerahan, juga mempunyai dasar pokok dan sendir utama sebagaimana sebuah bangunan rumah, sebagaimana telah diuraikan dalam hadits tersebut. Di sini ada hal-hal sebagai cabang atau pengembarangan dari dasar pokok dan sendri utama tersebut, seperti bergaul sesama manusia dengan baik, adalah pengaruh dari pengamalan shalat. Berjuang menegakkan Islam, suatu keharusan yang pasti bagi aqidah yang murni. Kerana ia menjadi pertahanan baginya atau menyebar luaskan serta menyemarakkannya. Dan tidak ada dasar pemikiran yang menguasai jiwa kecuali disumbangkan dan dia menyumbangkan pula apa yang dimiliki untuk berbakti kepadanya dan membentanginya, untuk menyebarluaskan dan menyemarakkannya.

Penjelasan Tentang Orang Islam dan Orang Yang Hijrah

Dari Abdullah bin Amer r. a. dari Nabi saw ia bersabda: “ Yang dinamakan orang Islam ialah orang yang orang-orang lainnya selamat dari gangguan lidah dan tangannya, sedang yang dinamakan orang hijrah, iaitu orang yang meninggalkan semua larangan Allah”. (H. R. Bukhari, Abu Dawud dan Nasa-I)

Dalam hadis ini Rasulullah saw menerangkan siapa yang pantas, orang yang berpredikat muslim dan siapakah yang patut mempunyai predikat muhajir?

Muslim berasal dari kata “aslama. ” Yang artinya menyelamatkan dan menyerahkan. Yakni orang Islam, ialah orang yang dapat menyelamatkan dirinya sendiri dan orang lain, juga benar-benar menyerahkan dirinya kepada Allah. Tegasnya orang Islam ialah orang yang tidak berbuat jahat terhadap orang-orang Islam lainnya dan terhadap orang-orang non Islam.

Dalam hadis ini dikhususkan keselamatan dari kejahatan lisan dan tangan, bukan dari anggota badan lainnya, sebab sebagian besar terjadinya bahaya itu kerana lisan dan tangan, dan ini bukan berarti yang dilarang dari perbuatan jahat itu hanya dari lisan dan tangan sahaja. Jika terjadinya kejahatan itu tidak dengan keduanya, maka haram juga hukumnya.

Orang Islam tidak boleh mencaci maki dan tidak boleh mengumpat, dan tidak boleh mengadu domba. Dia juga tidak boleh berdusta terhadap orang lain, tidak boleh menipu serta tidak boleh berbicara tanpa mengetahui persoalan yang sebenarnya. Lisannya tidak boleh untuk memperolok-olok seseorang, bahkan lisannya harus selalu manis dan tidak mengatakan sesuatu kecuali yang baik-baik.

Oleh kerana itu, syarat menuntut dan memimpin lidah manusia, supaya mereka terpelihara dari sengketa, dari bermusuh-musuhan, dari kerendahan budi, kejatuhan aklak dan sebagainya.

Tanda-Tanda Iman
Dari Anas r. a. dari Nabi saw beliau bersabda: “ Tidak dianggap beriman seorang muslim di antara kamu, sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri. ” (H. R. Bukhari, Muslim, Ahmad dan Nasai-I)

Tanda iman yang benar, hendaknya seseorang mencintai saudaranya sesama mukmin bagaikan cintanya kepada dirinya sendiri. Kecintaan seoran muslim lainnya ini, harus benar-benar tumbuh dari hati nuraninya, sehingga iman seseorang itu belum dapat dinilai baik atau murni, sebelum tumbuh rasa cinta seperti itu, yaitu mencintai orang muslim lainnya bagaikan mencintai dirinya sendiri, yakni ia merasa senang terhadap sesuatu yang bermanfaat buat saudaranya, dan ia merasa senang terhadap sesuatu yang kiranya membahayakan kepad saudaranya, yang selanjutnya diupayakan untuk merealisirnya.

Tanda iman yang benar, hendaknya setiap muslim menyadari dirinya sebagai anggota masyarakat. Memberi kemanfaatan umum kepada masyarakat, berarti kemaafatan bagi dirinya sendiri dan sebaliknya, membahayakan masyarkat bererti membahayakan diri sendiri. Apabila dia dapat merasakan hal ini dengan benar dan terlukis sebagai tabiat aslinya, maka bererti ia memandang orang lain sebagai dirinya sendiri. Dia suka ilmu yang luas, akhlak yang tinggi, amal yang saleh, kedudukan yang tinggi dan kemuliaan yang luhur. Dia juga menyenangi rumah yang bagus dan bersih, harta yang cukup dan halal, tanah perkarangan yang luas rindang, isteri yang solehah, anak-anak yang shalih-shalih, kendaraan yang aman, para sanak keluarga yang mukhlishin, handai tolan yang baik-baik dan para pembantu yang taat. Maka hendaknya dia juga senang dan mencintai saudaranya memperoleh ni`mat yang anda peroleh; jangan berbuat hasud dan dengki kepada orang lain. Apabila hal ini dapat kita laksanakan dengan baik, maka inilah ciri khas pribadi muslim.

Cinta kepad orang lain berarti cinta kepada dirinya sendiri. Inilah ajaran yang dibawa Nabi Muhammad saw. Apabila hal ini dapat diterapkan betul-betul di masyarakat kita oleh seluruh kalangan kaum muslimin dalam arti masing-masing suka menigkatkan serta menyuburkan ukhuwwah Islamiyah, tolong menolong, bantu membantu, kuat menguatkan iman kepada Allah, meningkatkan ibadat dan kemasyarakatan, maka Insya Allah dengan mudah terciptalah masyarakat yang terbina dengan akhlaqul karimah dan pribadi-pribadi muslim yang bertaqwa kepada Allah untuk mencapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

Shalat Jama`ah
Dari Abi Hurairah r. a. bahwa sesungguhnya Rasulullah Saw. Bersabda: “Demi Allah yang jiwa saya di tangan-Nya, sungguh saya telah memerintahkan mengumpul kayu bakar. Maka kayupun dikumpulkan. Kemudian saya memerintahkan shalat dan adzanpun diserukan, kemudian saya memerintahkan salah seorang shabat untuk menjadi imam shalat dan saya membalik ke belakang menuju orang-orang(yang tidak berjama`ah) maka saya bakar rumah-rumah mereka. Demi Allah yang jiwa saya di tangan-Nya, jika salah seorang diantara mereka mengetahui akan mendpatkan tulang yang masih ada sisa dagingnya atau dua paha kambing yang masih berdaging yang masih berdaging yang masih agak baik, miscaya dia ikut berjama`ah, shalat `Isya. ”
Hadith diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Nasa-I

Menolong Teman Seagama
Dari Abdullah bin Amer r. a. berkata, Rasulullah saw bersabda: “Orang Islam itu saudara orang Islam lainnya, maka janganlah ia menganiaya, dan tidak boleh ia membiarkannya(kepada yang membahayakan). Barangsiapa yang menolong(memenuhi) keperluannya, maka Allah menolong(memenuhi) apa yang menjadi keperluannya. Dan barangsiapa yang memudahkan(memberi jalan keluar) dari kesulitannya, maka Allah akan memudahkan dari kesulitannya di hari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi(aib) orang Islam, maka Allah akan menutupinya di hari kiamat. ” (H. R. Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Nsai-I dan Turmudzi Dinyatakan bahwa hadits ini Hasan Shahih)

Yang dimaksudkan dengan persaudaraan orang Islam terhadap orang Islam lainnya ialah hubungn yang kuat di antara keduanya, sebagaimana kuatnya hubungan nasab yang menimbulkan cinta kasih sayang; sedia membantu dan menolong, memberikan kebaikan-kebaikan kepadanya dan menolak bahaya daripadanya. Dan termasuk rangkaian persaudaraan ialah bahwa dia tidak akan menganiaya dan tidak sampai hati menyerahkannya kepada yang membahayakannya.

Arti menganiaya yaitu mengurangi kahnya, nilai pribadinya, harta benda atau kehormatannya, baik dia sebagai muslim yang taat dan aktif, maupun orang muslim yang taat dan aktif, maupun orang muslim yang fasiq, yakni orang yang mem[ermudah tentang hukum Alllah. Aniaya itu mutlak haram, sebagimana sabda Nabi saw:

Artinya: “Perbuatan aniaya itu, membuat kegelapan(siksa) di hari kiamat(bagi yang berbuat aniaya). ” (H. R. Bukhari dan Muslim)

Kesimpulannya
Akhlak Islam bolehlah disifatkan sebagai akhlak yang amat istimewa yang tidak ada pada mana-mana sistem akhlak di dunia ini. Walau pun terdapat berbagai-bagai aliran dan fahaman akhlak yang banyak didunia ini, tetapi ternyata nilai akhlak yang mereka perjuangkan jelas kelemahanya.

Setetengah aliran akhlak itu ada yang hanya menekankan sudut-sudut tertentu sahaja dengan mengabaikan sudut yang lain. Ada dikalangan fahaman itu yang menekankan sudut kejiwaan atau ruhani sahaja; sesetengahnya pula menekankan lahiriah sahaja.

Islam datang dengan satu sistem akhlak yang lengkap dan istimewa dengan memberikan hak kepada seluruh sifat kejadian manusia samada di sudut rohani, akli dan jasmani. Sebab itulah akhlak Islam tertonjol dengan sifat rabbaniyah, insaniyyah. Syumul, wasatiyyag, waqiiyyah dan jelas akhlaknya. Dengan itu akhlak Islam adalah satu akhlak yang unggul untuk diikuti oleh semua manusia.



************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com