PENDAHULUAN.
Hakikatnya manusia ialah sebagai hamba Allah s.w.t. bukanlah satu penghinaan atau satu kehinaan kepada manusia sebaliknya gelaran hamba Allah s.w.t. adalah satu gelaran yang paling tinggi kepada manusia seperti yang ditegaskan oleh Allah s.w.t. sendiri di dalam al-Quran kerana itulah gelaran yang diberikan kepada nabi dan rasul. Kehambaan diri manusia kepada Allah s.w.t. Maha Pencipta hakikatnya adalah kemuliaan, keagungan dan kekuatan. Kehinaan yang paling hina ialah kehambaan manusia kepada sesama manusia atau makhluk. Inilah yang ditentang dan cuba dibasmi oleh Islam melalui asas atau konsep tauhid. Salah satu dari keistimewaan atau kemuliaan manusia sebagai hamba Allah s.w.t. yang sebenarnya ialah manusia telah dianugerahkan tugas/amanah yang tidak dipunyai oleh seluruh makhluk lain iaitu khalifahtullah dimuka bumi.
Manusia sebagai hamba Allah s.w.t. dilantik menjadi khalifah Allah dan perlantikkan itu adalah kerana kelayakan manusia untuk memegang jawatan tersebut. Antara kelayakan tersebut ialah bahawa diantara hamba-Nya maka manusialah yang lebih hampir dengan Alllah s.w.t. Sebagai hakikatnya, hamba-Nya dan kkhalifah-Nya maka manusia tidak berhak mencipta yang diizinkan.
Khalifah adalah satu keistimewaan yang besar dan hanya diberikan kepada manusia dan tidak diberikan kepada malaikat, jauh lagi untuk diberikan kepada jin. Daripada itu diyakini bahawa bukan setiap hamba itu layak dan berhak menjadi khalifahtullah. Seterusnya juga bukan setiap manusia yang pada hakikatnya hamba itu dengan sendirinya adalah khalifah. Walaupun dari segi hakikatnya manusia itu hamba dan khalifah Allah s.w.t. , namun dari segi konsep dan perlaksaan adalah tidak. Oleh kerana itu, maka manusia yang layak dan berhak menjadi khalifah itu ialah manusia yang melaksanakan konsep kehambaan diri kepada Allah s.w.t. dan telah melaksanakan konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t. dalam 4 ciri tersebut. a) Akidah b) Akhlak c) Ibadah d) Syariat
Terkandung dalam pengertian khalifah ialah menguasai dan memerintah ataupun mempunyai sifat "al-siyadah @ ketuanan". Sifat ini di akui oleh Allah s.w.t. seperti yang termaktub dalam perlembagaan suci al-Quran untuk menjadi "Tuan" keatas segala makhluk dan segala ciptaan di atas muka bumi. Tetapi sifat ini bukan menjadi sifat yang istimewa dan asasi dalam tugas khalifah. Sifat tersebut hanya sebagai alat atau jalan kepada manusia untuk melaksanakan tugas khalifah. Jika ketuanan dan kekuasaan itu digunakan bukan untuk melaksanakan tugas khallifahtullah dimuka bumi maka manusia itu tidak lagi lulus sebagai khalifah tetapi manusia yang menentang, melawan menderhaka dan memberontak kepada Allah s.w.t. serta kepada kekuasaan, pemerintahan, kesultanan dan kehakiman Allah s.w.t. , alangkah kerdilnya manusia untuk melakukan perbuatan tersebut.
Dari sini jelaslah bahawa bukannya setiap hamba Allah s.w.t. itu dengan sendirinya atau semestinya khalifah ialah menjadi khalifah. Walaupun manusia pada hakikatnya adalah hamba tetapi oleh kerana ia tidak melaksanakan konsep pengabdian kepada Allah s.w.t. dalam hidupnya maka dengan sendirinya ia bukan khalifah Allah s.w.t. Jadi manusia layak dan berhak menjadi khalifatullah ialah manusia yang menerima kehambaan dirinya dan melaksanakan konsep pengabdian. Tegasnya konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t.
Menepati dengan hakikat tadi maka untuk mempergunakan ketuanan dan kekuasaan yang diberikan demi untuk menguasai alam benda dan alam semesta ini bagi faedah dan
kepentingan tugasnya itu, manusia memerlukan ILMU.
Al-Quran dengan jelas sekali mengakui bahawa asalah satu asas terpenting untuk melaksanankan tugas ilmu. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu tentang alam benda bagi di pergunakn untuk melaksanakan tugas khalifah dan untuk melaksanakan konsep pengabdian dan penyerahan.
Kedua ialah ilmu yang menjadi asas terpenting kepada manusia dalam menjalankan tugas sebagai seorang khalifah, yang menjadi kompas panduan dan menjadi tali penghubung dengan Allah s.w.t. ialah:-
a) Ilmu tentang alam syahadah dan alam ghaib
b) Ilmu tentang alam fizik dan ilmu tentang alam metafizik
c) Ilmu tentang alam benda dan ilmu tentang pencipta alam benda(e)
Itulah yang dimaksudkan dalam surah al-Baqarah ayat 31;
'Dan Dialah(Allah s.w.t. ) telah mengajar(nabi) Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya'
Definisi khalifah
Dalam al-Quran menyebut tentang pemberian khalifah dari Allah s.w.t. kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh seperti yang terkandung dalam ayat berikut: 'Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih, bahawa Ia akan memberikan khalifah(menggantikan penguasa-penguasa yang ada) kepada mereka di muka bumi sebagaimana Ia telah memberikan khalifah itu kepada orang-orang sebelum mereka'(QS 24:55)
Di dalam Islam, khalifah digunakan sebagai kata kunci dan bukannya kata kedaulatan atau yang lain kerana kedaulatan sesungguhnya adalah milik Allah s.w.t. Sehubungan dengan itu, sesiapa pun yang memegang kekuasaan dan menggunakan kekuasaan itu sesuai dengan norma-norma dan hukum-hukum Tuhan maka dengan sendirinya ia menjadi khalifah.
Selain daripada itu, kekuasaan untuk mengatur bumi, memakmurkan, mengelola negara dan menyejahterakan masyarakat dijanjikan kepada " seluruh masyarakat beriman" bukannya kepada seseorang atau suatu kelas tertentu.
Maksud khalifah menurut bahasa
Khalifah yang berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu khalafa bererti ganti; iaitu seseorang yang menggantikan seseorang yang lain. Dia melaksanakan sama ada bersama-sama dengan orang yang digantikannya atau melaksanakannya ketika ketiadaannya. Ianya termasuklah:-(c)
1. Menggantikan orang yang tiada.
2. Menggantikan orang yang telah mati.
3. Menggantikan tempat bagi orang yang tidak mampu menguruskannya.
4. Menggantikan tempat seseorang sebagai memuliakannya.
Maksud khalifah menurut istilah
Maksud khalifah dari segi istilah pula ialah generasi manusia yang dipilih oleh Allah s.w.t. sebagai pengganti-Nya untuk mentadbir, menggurus dan memakmurkan muka bumi ini dengan menjalankan syariah Allah s.w.t. sama ada di peringkat peribadi, keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa.
Dalam pada itu, gelaran khalifah yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada kaum mukmin secara menyeluruh iaitu tidak terbatas pada keluarga tertentu, kelas tertentu, suku tertentu atau ras tertentu. Dalam Islam setiap orang mukmin menjadi khalifah Allah s.w.t. di muka bumi yang sesuai dengan kapasitas individualnya. Seorang khalifah di muka bumi adalah semuanya sama dan tidak ada yang lebih rendah dari khalifah yang lain.
Pemilihan menjadi khalifah
Nikmat terbesar yang dilimpahkan Allah s.w.t. kepada kita manusia adalah menjadikan manusia sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini. Hal ini tercantum dalam firman-Nya yang bermaksud:- 'Adalah Dia yang telah menjadikan engkau khalifah-Nya, pewaris bumi ini, Ia telah meningkatkan darjat sebahagian di antaramu lebih tinggi dari sebahagian yang lain. Sehingga Ia dapat mengujimu mengenai caramu memeperlakukan pemberian-Nya, sesungguhnya Tuhanmu cepat memberi siksaan namun Ia juga Sangat Pengampun dan Maha Penyayang'( surah Al-anam ayat 165)
Allah s.w.t. telah melepaskan manusia di muka bumi yang terbentang luas ini supaya manusia itu mencari atau menerapkan sifat-sifat yang baik dan buruk menurut apa yang dianggap baik oleh manusia. Oleh sebab itulah manusia diberi kelebihan dari-Nya iaitu akal. Selain itu, otak yang diberikan Allah s.w.t. kepada manusia juga adalah kelengkapan yang utama sekali bagi manusia agar dapat menjadi khalifah Allah s.w.t. di muka bumi ini dengan bijaksana.
Di samping itu, akal manusia timbul yang berpangkal dari otaknya yang membuat satu pertimbangan dengan cara yang di redhai Allah s.w.t. Dengan akal yang diberikan Allah s.w.t. inilah yang menjadikan manusia sebagai pewaris Allah s.w.t. di muka bumi dan cuba mengatasi tentangan kehidupan yang berubah-ubah dari masa ke semasa. Bagi seorang khalifah, dia perlulah memikirkan keputsan yang terbaik dan memilih tindakan yang diredhai oleh Allah s.w.t. Jika penggunaan akal yang ada pada manusia di jalan yang benar, nescaya ianya akan membuatkan manusia itu berperilaku hampir sesuci dan semurni malaikat.
Selain itu, nikmat yang besar bagi manusia ini pernah di tanya oleh malaikat kepada Allah s.w.t. seperti yang terkandung dalam ayat berikut, yang bermaksud:- ' Ingatlah, " Firman Allah s.w.t. kepada malaikat, " Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah diatas muka bumi(Adam). Maka jawab mereka itu, " Adakah patut Engkau jadikan diatas muka bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah, sedang kami tasbih memuji Engkau dan menyucikan Engkau? Allah berfirman, " Sesungguh nya Aku mengetahui apa-apa yang tiada engakau ketahui". (surah al-Baqarah ayat 30)
Imam Abu Hanafiah berpendapat bahawa menguasai pemerintahan dengan kekuatan kemudian mengambil bai'at secara paksa, bukanlah cara yang sah menurut syariat bagi menjadi khalifah. Sesungguhnya khalifah yang benar ialah yang berdasarkan kesepakatan dan permusyawaratan para ahli fikir yang memeng patut di ajak bermusyawarah.
Selain pendapat Imam abu Hanafiah, keadaan yang terbaik untuk memelih khalifah ialah dengan cara rakyat yang meletakkan kendali pemerintahan, setelah permusyawaratan mereka, mereka akan memilih seseorang yang mereka anggap paling tepat untuk memimpin umat dan patut menggendalikannya.
Dalam pada itu, mereka tidak boleh terdiri dari orang-orang yang zalim, fasik, fajir*, lalai akan Allah s.w.t. , melanggar batasan-batasan-Nya tetapi mereka haruslah terdiri atas orang-orang mukmin yang bertaqwa dan beramal soleh. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Shaad ayat 28, bermaksud: 'Adakah Kami jadikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh seperti orang-orang yang berbuat bencana dimuka bumi? Bahkan adakah Kami jadikan orang-orang yang taqwa(baik) seperti orang-orang yang fasik(jahat)?
Selain itu, mereka juga tidak terdiri dari orang-orang bodoh atau dungu, tapi haruslah orang-orang yang berilmu, berakal, sihat, memiliki kecerdasan, kearifan, kemamapuan intelektual dan fasik untuk memerintah roda khalifah dan mengikut tanggungjawabnya.
Kisah pemilihan khalifah(Khalifah ar-Rasyidin)
Umar bin Khattab r. a. telah mencalonkan Abu Bakar as-Shiddiq r. a. untuk menduduki jabatan khalifah menggantikan kedudukan Nabi s.a.w. Dan penduduk kota Madinah, yang pada hakikatnya merupakan wakil-wakil negeri secara keseluruhan telah menerimanya dengan baik, mereka itu telah membai'atnya dengan sukarela dan atas dasar pilihan mereka, tanpa paksaan ataupun tekanan. Dan ketika Abu Bakar meninggal dunia, ia mewasiatkan khalifah bagi Umar r. a. dengan mengumpulkan pendudukan di masjid Nabi s.a.w. , kemudian berkata kepada mereka: "Apakah kalian menyetujui oranag yang ku tunjuk untuk menggantikan kedududkanku sepeninggalku? Sesungguhnya aku, demi Allah s.w.t. , telah bersungguh-sungguh berdaya upaya memikirkan tentang hal ini dan aku tidak mengangkat seorang dari sanak saudaraku, tapi aku telah menunjuk Umar bin Khattab sebagai penggantiku. Maka dengarlah dan taatlah kepadanya. "
Orang ramai pun berkata: "sami'na wa atha'na'( Kami dengar dan kami taat)". Ketika Umar bin Khattab pada saat menlaksanakan haji di tahun hidupnya yang terakhir, beliau mendengar bahawa seseorang telah berkata; " Sekirananya amirul mukmunin(yakni Umar) meninggal dunia, nescaya aku akan membai'atkan sifulan, sebab bai'at kepada Abu Bakar adalah suatu peristiwa yang terjadi secara tiba-tiba, namun ia telah berlangsung dengan baik dan sempurna". Maka Umar pun berkata:" Aku akan berpidato kepada rakyat pada petang hari ini dan akan menggeluarkan peringatan kepada sekelompok orang yang ingin memaksakan kehendak mereka atas rakyat".
Kerana itu, demi mengingatkan peristiwa ini dalam khutbahnya yang pertama sekembalinya ke kota Madinah, ia telah menceritakan dengan terperinci peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari Saqifah dan kondisi yang telah menyebabkan dirinya bangkit untuk memberikan bai'atnya kepada Abu Bakar secara tiba-tiba. Kata Umar:" Sesungguhnya kami waktu itu tidak mempunyai pilihan lain yang lebih kuat dari melakukan bai'at kepada Abu Bakar. Sekiranya kami meningalkan tempat itu melaksanakan bai'at, kami khuwatir bahawa meraka akan melangsungkan suatu bai'at lainnya dan setelah itu kami hanya dapat mengikuti mereka dalam sesuatu yang kami setujui atau kami menentang mereka, maka keonaran pun pasti akan terjadi. Kerana itu barangsiapa membai'at seseorang tanpa musyawarah dengan kaum muslimin, hendaknya dia jangan diikuti dan jangan pula diikuti oarang yang telah dibai'atnya sebab keduanya terancam akan di bunuh.
Berdasarkan kaedah yang telah dijelaskan dalam pidatonya itu ia kemudian mengangkat suatu panitia pemilihan sesaat sebelum ia wafat agar dapat memutuskam perkara kekhalifahan ini dan ia berkata:" Barangsiapa menyeru kepada kepimpinan bagi dirinya tanpa bermusyawarah dengan kaum muslimin maka bunuhlah dia". Kemudian ia menggeluarkan suatu keputusan yang mengecualikan puteranya sendiri dari hak untuk meraih khalifah agar jabatan itu tidak menjadi jabatan yang diwariskan. Dan ia telah menunjuk 6 orang dalam panitia pemilihan itu yang menurut pandangan adalah orang-orang yang paling besar penggaruhnya dan di terima oleh rakyat.
Pada akhirnya telah diputuskan oleh panitia tersebut untuk meyerahkan urusan pemilihan khalifah ini kepada Abdurrahman bin Auf', maka ia pun berkeliling siapakah yang lebih dapat di terima oleh orang ramai, sehinggalah ia bertanya kepada khafilah-khafilah yang sedang pulang dari haji dan akhirnya ia berkesimpulan setelah mengadakan referendum umum bahawa kebanyakkan rakyat lebih condong kepada Saidina Usman bin Affan. Berdasarkan itu di pilih sebagai khalifah atas kaum muslimin dan di bai'at orang ramai dalam suatu pertamuan umum.
Asas Tanggungjawab Manusia Sebagai Khalifah
Allah s.w.t. menentukan tanggungjawab khalifah ke atas manusia berdasarkan kelayakan dan asas-asas yang kukuh, sesuai dengan penciptaannya untuk menerima tugas tersebut. Ternyatalah bahawa manusia di beri banyak kelebihan oleh Allah s.w.t. jika di bandingkan secara umumnya dengan makhluk yang lain seperti alam benda, tumbuhan, haiwan, jin dan para malaikat.
Antara kelebihannya ialah:-
1. Keseimbangan kejadian
2. Anugerah akal fikiran
3. Memiliki ilmu pengetahuan
Keseimbangan kejadian manusia
Allah telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian. Oleh itu, manusia telah di berikan oleh Allah s.w.t. dengan berbagai-bagai kelebihan kerana untuk melaksanakan tugas sebagai seorang khalifah. Firman-Nya dalam surah as-Sajdah 32:7, bermaksud : 'Yang membaguskan tiap-tiap sesuatu yang dijadikan-Nya, dan Dia(Allah) memulai kejadian manusia dari tanah”
Bentuk badan dan unsur-unsur fizikal manusia yang seimbang dan dikemaskan lagi dengan perasaan, akal, dan roh. Perimbangan antara rohani dan jasmani menjadikan manusia amat berbeza daripada makhluk Allah s.w.t. yang lain. Kelebihan ini di berikan oleh Allah s.w.t. bukannya tanpa sebab tetapi sebenarnya dalam rangka menjadikan manusia sebagai khalifah bumi. Keelokkan kejadian manusia yang menyerlah dengan bentuk fizikal, susunan anggota dan fungsinya serta di lengkapi dengan akal dan emosi yang perlu difahami dan di fungsikan sebaik mungkin oleh generasi manusia.
Anugerah akal fikiran
Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah as-Sajdah 32:9, bermaksud: 'Kemudian Dia sempurnakan kejadian(manusia) dan meniupkan ke dalam(tubuh)-nya roh(ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan untukmu pendengaran, penglihatan, dan hati(tetapi kebanyakan) kamu amat sedikit bersyukur’
Manusia menggunakan akalnya untuk membina tamadun dan mengorak langkah kemajuan untuk hidup yang lebih selesa dan bertambah maju. Cara hidup, pemakanan, tempat tinggal, susunana masyarakat dan segala perkara yang berkaitan dengan manusia sentiasa berubah tidak seperti makhluk Allah s.w.t. yang lain.
Wahyulah yang akan berfungsi untuk memandu akal manusia ke arah yang sepatutnya agar manusia tetap berada di jalan yang benar di sisi Allah s.w.t. Batasan kemampuan akal akan diatasi oleh wahyu agar manusia dapat melaksanakan tugasnya sebagai khalifah di muka bumi dengan lebih berpedoman dan jayanya.
Memiliki ilmu pengetahuan
Firman Allh s.w.t. dalam surah al-Baqarah 2:31 bermaksud: 'Dan Dia(Allah) mengajar kepada adam nama-nama(benda-benda) seluruhnya, yang kemudian mengemukakan kepada para malaikat lalu berfiman: "Sebutkanlah kepada-Ku nam benda-benda itu jika kamu orang-orang yang benar".
Ilmu yang di maksudkan bukan hanya dengan alam tabi'i dan fizikal malah ianya merangkumi tentang kerohanian dan ghaib. Dengan kejadian dan kelebihan diri yang dianugerahkan Allah s.w.t. serta sumber yang dikawalnya, manusia sepatutnya menanggani pelbagai perkara dan menggunakan kaedah berdasarkan ilmu. Ilmu yang di tuntut bukanlah semata-mata merupakan "maklumat" dan "kefahaman" berkaitan sesuatu perkara, malah ianya hendaklah digunapakai untuk mencerminkan kewajaran manusia sebagai khalifah yang bertanggungjawab terhadap dunia dan Allah s.w.t. yang menciptakannya. Panduan akal dan wahyu merupakan proses penting menjamin kealsian dan benarnya ilmu yang dimiliki.
Di dalam pemerintahan seseorang khalifah itu mestilah dapat memikul tanggungjawab dengan aman dan tanpa keraguan dalam membuat kata putus yang perlu berlandaskan hukum Islam. Sebagai seorang khalifah juga mestilah mempunyai ukhuwah yang kuat supaya masyarakat yang dipimpinnya akan hormat dan memandang tinggi kepadanya. Ini tercantum dalam surah Shaad ayat 20, yang bermaksud: ' Kami kuatkan kerajaannya dan Kami berikan kepadanya nikmat dan lidah yang fasih( kata putus)'
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Hujaraat ayat 10, yang bermaksud: ' Orang-orang mukmin itu adalah bersaudara, sebab itu perdamaikanlah antara dua orang yang bersaudara dan takutlah kepada Allah s.w.t. , mudah-mudahan kamu mendapat rahmat’
Di dalam hidup bersaudara ini, kita dapat lihat semasa zaman Rasulullah s.a.w. iaitu semasa baginda berhijrah dari kota Makkah ke Madinah. Semasa berhijrah meraka menolong antara satu sama lain walaupun mereka tidak kenal. Oleh itu, sebagai seorang khalifah haruslah menolong saudara mereka dengan hati yang ikhlas dan jangan biarkan mereka dalam kemurkaan dan kebinasaan. Kita juga haruslah tidak melepaskan hajat saudara kita dan perlulah bantu hingga hajatnya tercapai dengan amanah dan jujur.
Khalifah dan Perubahan
Sebagai khalifah, manusia tentunya melakukan perubahan demi perubahan bersama perkembangan tamadun dunia dari masa ke semasa. Sesungguhnya perubahan yang di lakukan tidaklah tergelincir daripada landasan kesejahteraan serta perlulah memepunyai ciri-ciri aqidah, akhlak dan manhaj yang jauh berbeza daripada aliran perubahan yang lain di dunia.
Perubahan yang di lakukan bukannya setakat dari segi material atau fizikal sahaja tetapi ianya merangkumi semua sudut kehidupan manusia iaitu dari segi sosial, ekonomi, politik, aqidah, tabiat dan tingkah laku masyarakat seluruhnya. Perubahan Islam itu mestilah dengan persiapan faktor-faktor dan sendi-sendi yang membolehkan terbangunnya masyarakat madani sebenar di atas asas-asas yang kukuh.
Perubahan perikemanusiaan iaitu cara yang benar tidak akan menuju kepada kebaikan dengan menggunakan jalan keburukan atau menghirup kehinaan untuk sampai ke mercu kejayaan. Perubahan-perubahan ke arah kemajuan yang Rabbani tidak mungkin akan bercanggah dengan kepastian ilmiah atau bertentangan dengna kemajuan teknikal. Sesungguhnya perubahan tersebut adalah meruntuhkan jahiliah dari sudut pemikiran, peraturan dan prinsip. Maka ianya secara menyeluruh meresap dalam rangka melaksanakan tugas dan peranan manusia sebagai khalifah di bumi.
Kesimpulan
Kesimpulan yang boleh di buat dalam tajuk "Manusia Sebagai Khalifah allah s.w.t. di Muka Bumi" ini adalah, manusia haruslah bersyukur kepada Allah kerana Dialah yang memberikan manusia banyak kelebihan yang tidak ada pada makhluknya yang lain. Seorang khalifah itu juga harus sedar bahawa dia telah memikul tanggungjawab yang besar di sisi Allah s.w.t. , oleh sebab itu mereka perlu menguatkan dirinya yang senantiasa mendekati Allah serta meninggalkan apa yang dilarang-Nya.
Di samping itu, mereka juga hendaklah sentiasa rendah diri dan membuat hubungan baik dengan pengikut-pengikutnya serta bertimbang rasa dan bersikap adil dalam segala hal. Khalifah juga tidak bertolak ansur terhadap penyelewengan atau kejahatan yang berlaku dan dia seharusnya melakukan apa yang patut, iaitu yang di tuntut dalam Islam. Seorang khalifah perlulah mempunyai sifat-sifat yang di pandang elok oleh masyarakat yang di pimpinnya.
Dalam pada itu, khalifah mestilah mempunyai keadaan fizikal yang sihat dan baik. Ini kerana kesihatan juga diambil kira sebab ia adalah penting untuk seseorang itu memerintah dengan cara yang betul dan tegas yang berlandaskan hukum Islam. Keselamatan masyarakat yang di perintahnya juga menjadi faktor yang penting supaya kawasan atau tempat yang diperintahnya sentiasa berada dalam keadaan aman dan selamat bagi membentuk masyarakat yang berdisplin serta mengagungkan Allah s.w.t. dalam semua hal.
Selain daripada itu, seorang khalifah juga harus terdiri daripada orang yang bijak pandai supaya kawasan yang di tadbirnya sentiasa dalam keadaan harmoni dan maju kehadapan. Ilmu pengetahuan adalah faktor yang penting bagi seorang khalifah, kerana ianya merupakan satu bonus terhadapnya supaya dia dapat memutuskan sesuatu masalah dengan teliti dalam hal yang berkaitan.
RU: 04-9882597

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA
HP: 013-4006206
PJ: 04-9882701RU: 04-9882597