KEAGUNGAN ALLAH S.W.T
Keagungan Allah dalam memberi semua nikmatNya seta anugerah yang tidak ternilai terhadap semua makhlukNya di muka bumi ini khususnya manusia yang kejadiannya dengan penuh konsep keistimewaan terutama akal dan fikiran yang waras berbanding makhluk lain di dunia ini.
KEBENARAN HAKIKI
Allah swt itu Maha Benar dalam segala kejadian yang telah ditentukan ditakdirkan di alam semesta ini. Sesungguhnya bukti kebenarannya bersumberkan dari Allah melalui Al-Quran.
IMAN SECARA TERURAI
Komitmen dalam prinsip keimanan dan kepercayaan serta hakikat mengenai setiap apa yang telah berlaku diciptakan oleh Allah adalah untuk melengkapkan kitaran hidup di bumi Allah ini.
HUKUM SYARIAH
Antara hak atau memiliki peranan atau watak yang dijadikan kepada setiap makhluk Allah di dunia ini sebagai ketentuan, kesempurnaan dan arah hidup masing – masing mengikut lumrah ciptaan yang Maha Mencipta segalanya.
KEHENDAK ATAU KEMAHUAN MANUSIA TERHADAP ALLAH
Cinta serta pelbagai rasa naluri manusia yang anugerahkan Allah kepada manusia untuk membentukkan segala yang diberi ke jalan yang benar dan diredai dalam mencari rahmat dan kasih – sayang Allah swt untuk selamanya di dalam hidup insan yang bertakwa dan bertuah di sisiNya.
PENDAHULUAN
Mengapa manusia perlu mengenali Allah ini merupakan satu tajuk atau konteks yang penting dalam kehidupan kita yang bergelar insan biasa. Manusia wajib memfokuskan jatidiri sebagai seorang muslim dan hamba kepadaNya untuk terus dan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mendalami ilmu dalam mengenal Allah S.W.T dalam erti kata sebenarnya. Konsep yang digunakan dalam diri seseorang membolehkan untuk mengenal dan seterusnya mentauhidkan Allah SWT telah dibahagikan kepada beberapa bahagian yang penting untuk memperjelaskan dengan lebih sempurna mengikut sumber Al-Quran dan As-Sunnah yang berkaitan dengan definasi tersebut. Sebagai seorang Islam, kita wajib mengetahui kebenaran yang sebenar dalam merangkumi semua aspek aqidah, ibadat, syariat dan akhlak diri sendiri untuk mendekati dan mengenali Allah dengan lebih sempurna, mendalam di dalam hidup kita dan manusia wajib yakin dan percaya ALLAH swt yang satu itu wujud dan Ia adalah nyata dan benar belaka.
KEAGUNGAN ALLAH SWT
Mengenal Allah sebagai Pencipta.
Islam adalah sebuah Din yang lengkap merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Secara objektifnya, Islam merangkumi aspek aqidah, ibadat, syariat dan akhlak. Kesemuanya telah dihuraikan malah dipraktikkan oleh Rasulullah saw semasa hayat baginda dan diikuti oleh para sahabat serta umat Islam terkemudiannya.
Rukun iman yang pertama mewajibkan kita mengimani dengan kefahaman yang betul terhadap ketuhanan Allah swt. Terdapat tiga bahagian yang diberikan oleh sebahagian ulama dalam usaha untuk mengenal dan seterusnya mentauhidkan Allah swt. Tiga pembahagian tersebut ialah mengenal Allah sebagai Ilah yang dikenali sebagai Tauhid Uluhiyyah, mengenal Allah sebagai Rab iaitu Tauhid Rububiyyah, dan mengenal Allah melalui nama-nama(asma) dan sifat-sifatNya.
Tauhid Uluhiyyah
Mendapat namanya dari perkataan Ilah yang umumnya dimaksudkan sebagai ‘tuhan yang disembah’. Tauhid Uluhiyyah meminta umat islam supaya mengesakan Allah sebagai satu-satunya tuhan yang diabdikan diri kepadanya. Pengabdian tersebut hendaklah dibuat dalam semua sudut.
Mengesakan Allah sebagai tempat atau matlamat pengabdian. Mukmin tidak boleh mengabdikan dirinya kepada selain dari Allah.
Firman Allah swt dalam surah al-Hajj ayat 77 Maksudnya :Hai orang – orang yang beriman, rukuklah, sujudlahdan sembahlah kamu akan Allah serta perbuatlah kebajikan supaya kamu mendapat kemenangan. Dalam surah al-An’am ayat 162 Allah berfirman: Maksudnya : Katakanlah ; solatku ; ibadatku; hidupku dan matiku adalah hanya untuk Tuhan Semesta Alam.
Mengambil sembahan yang lain bererti mensyirikkan Allah swt. Segala khidmat di dalam hidup seorang muslim adalah ditujukan untuk mentaati perintah Allah.
Menjadikan Allah sebagai tempat berlindung dalam segala perkara. Semua perlindungan yang diberikan oleh makhluk adalah bersifat sementara dan bergantung kepada keizinanNya. Firman Allah dalam surah al-Muzammil ayat 9; Maksudnya ; Dialah ‘Tuhan Timur dan Barat’, tiada’Ilah’ melainkan dia. Maka ambillah Dia sebagai pelindung.
Dalam surah al-Maidah ayat 76 Allah berfirman; Maksudnya ; Katakanlah ; Mengapa kamu menyembah selain Allah iaitu sesuatu yang tidak dapat memberi mudarat mahupun manfaat? Padahal Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Menjadikan Allah sebagai tumpuan kecintaan.
Tanda mengesakan Allah di sudut uluhiyyah juga ialah dengan menjadikanNya sebagai tumpuan kecintaan. Tidak ada cinta yang lebih agung daru cinta mukmin kepada tuhannya. Allah menjelaskannya dalam surah al-Taubah ayat 24; Maksudnya ; Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiaannya, dan rumah tampat tinggal yanh kamu sukai adalah lebih kamu cintai dari Allah dan rasulNya dan berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang fasiq.
Mengesakan Allah sebagai pemberi rezeki.
Pada hakikatnya, Allah sahajalah yang membei rezeki. Makhluk hanyalah sebagai perantara atau penyampai sahaja dan tidak berupaya untuk menambah ataupun mengurangi rezeki sesiapa. Firman Allah dalam surah Ftir ayat 3;
Maksudnya ; Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Apakah ada pencipta selain Allah yanh dapat memberi kamu rezeki dari langit dan bumi? Tiada Ilah selain Dia. Maka mengapakah kamu berpaling(dari mengesakan Allah).
Setiap muslim yang memahami pengertian Ilah akan melepaskan diri dari pergantungan kepada selain Allah dalam mendapatkan rezekinya. mereka meyakini bahawa semua sumber rezeki adalah dari Allah dan sesungguhnya rezeki Allah itu amat luas sekali.
Membenarkan bahawa Allah adalah sumber perundangan.
Semua peraturan bagi alam dan isinya termasuk manusia telah ditetapkan oleh Allah. Allah yang berhak untuk menentukan segala perundangan dan peratauran maka manusia hendaklah merujuk kepadaNya. Manusia dibenarkan membuat peratauran tambahan selagi maka tidak bertentangan dengan hukum Allah. Sebagai mukmin kita hendaklah berkeyakinan bahawa semua hokum Allah mengatasi peraturan yang dibuat oleh manusia. Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 50;
Maksudnya ; Apakah hokum jahiliyah yang mereka kehendaki ? Hukum siapakah yang lebih baik lagi dari dari hokum Allah bagi orang-orang yang yakin.
Manakala dalam ayat 44 surah al-Maidah Allah berfirman ;
Maksudnya; Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah maka mereka itu adalah orang kafir.
Oleh itu seorang muslim hendaklah dengan sepenuh hati menerima segala ketetapan hukum yang telah diputuskan oleh Allah tanpa ragu-ragu dan berusaha untuk melaksanakan dalam kehidupan mereka.
KEBENARAN HAKIKI
Perkataan ‘rab’ banyak kali disebut samada di dalam Al-Quran atau hadith. Contohnya di dalam Surah al-Fatihah ayat 2 Maksudnya; Mha suci Allah selaku rab(pencipta, pemilik dan pentadbir) alam semesta. Beriman dengan Tauhid Rububiyyah ialah beriktiqad bahawa Allah satu-satunya tuhan yang menciptakan alam; Dialah satu-satunya tuhan yang memiliki alam; dan Dialah satu-satunya tuhan yang mentadbir atau menguruskan alam ini. Segala yang ada di dalam alam ini adalah di dalam pengetahuan Allah, Dia bebas melakukan apa yang disukainya terhadap alam ini. Dia yang menciptakan alam dari tiada kepada ada ; Dia mentadbir alam mengikut aturan yang dikehendakinya ; dan Dia jugalah yang berkuasa memusnahkan alam ini pada bila-bila masa yang disukainya.
Tauhid nama-nama(asma)dan sifat-sifat Allah
Mempelajari nama-nama Allah yang indah adalah merupakan satu cara untuk mengenaliNya. Allah mempunyai 99 nama yang indah, sekaligus menggambarkan sifat-sifat bagi Allah. Sekalipun ada makhluk yang mempunyai nama yang serupa tetapi kesempurnaan sifat Allah adalah mengatasi segala makhluk. Contohnya sifat pemurah Allah yang digambarkan oleh nama ‘Al-Rahman’. Walaupun ada manusia bersifat pemurah tetapi amat jauh bezanya dengan sifat yang ada pada Allah. Manusia umumnya bersifat pemurah kepada orang yang disukai dan menghormatinya tetapi sifat Maha Pemurah bagi Allah adalah terlalu luas. Allah tetap mengurniakan rezekiNya kepada manusia sekalipun di kalangan mereka yang ingkar, kafir malah berusaha untuk memadamkan cahayaNya di bumi ini. Mereka tidak terus dimatikan atau ditarik nikmatnya oleh Allah bahkan ditangguhkan bal; asannya di hari kiamat kelak. Begitulah seterusnya sifat-sifat dan nama Allah yang lain yang perlu dipelajari oleh umat Islam.
IMAN SECARA TERURAI
Mengenali Allah sebagai pencipta adalah fitrah manusia
Adalah menjadi fitrah semua manusia membenarkan ketuhanan Allah sebagai pencipta. Firman Allah dalam surah Luqman ayat 25.
Maksudnya; Sekiranya kamu bertanya kepada mereka, ‘Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ? Tentulah mereka akan mengatakan ‘Allah’. Katakanlah, ‘Segala puji bagi Allah’ tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.
Persoalan yang serupa juga boleh kita lihat dalam banyak ayat yang lain contohnya dalam surah al-Ankabut ayat 61 dan surah al-Zukhruf ayat 87-88.
Sekalipun kita dapati ramai manusia yang bertuhankan selain Allah sebagai pencipta namun sebenarnya mereka adalah berdusta. Mereka cuba mebdustai kita tetapi sebenarnya mereka sebenarnya mendustai diri mereka sendiri. Seorang manusia yang dalam keadaan tersepit hidupnya, ketik tidak ada mana-mana kuasa lain yang boleh membantunya maka pada ketika itu dia pasti akan kembali kepada fitrah asalnya iaitu membenarkan bahawa Allah sebagai penciptanya. Allah memberikan perumpamaan dalam Al-Quran surah Luqman ayat 32.
Maksudnya ; dan apabila mereka dilambung oleh gelombang(ombak) yang menggunung, maka mereka menyeru Allah dengan memurnukan ketaatan mereka padaNya. Apabila Allah selamatkan mereka sampai ke daratan, sebagian dari mereka tetap menempuh jalan yang lurus. Dan tidak ada orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Kami selain orang yang tidak setia lagi engkar.
Dalam keadaan hidup manusia yang dipenuhi kemewahan, sihat dan senang-lenang mungkin mereka mampu untuk berpura-pura menafikan ketuhanan Allah. Apabila mereka dihimpit derita dan tidak ada sesiapa pun makhluk di alam ini yang mampu membantu, pada ketika itulah manusia mencari semula tuhannya. Orang yang berkuasa seperti Firaun di zaman Nabi Musa, dengan sewenag-wenagnya menafikan malah mempermain-mainkan ajaran yang dibawa oleh nabi tersebut. Lebih jauh lagi, firaun mengakui dirinya sebagai tuhan. Manusia sering buta mata hatnya dan terhijab dari makrifatullah apabila sifat sombong dan takabbur menguasainya Iblis yang sekian lama beribadat kepada Allah telah menjadi kafir lantaran sifat sombongnya.
Walaupun, Firun yang takabur itu apabila dilambung ombak besar dan meyakini ajalnya akan sampai, akhirnya kembali kepada fitrah kejadiannya iaiyu ingin kembali beriman kepada Allah. Firman Allah dalam surah Yunus ayat 90. Maksudnya ; Apabila dirinya hampir tenggelam, Firaun berkata ‘Aku beriman dengan tuhan Musa dan Harun ‘.
Firaun hanya mahu kembali kepada fitrah asalnya di saat ‘sakaratul maut’ di mana pada ketika itu tidak ada gunanya lagi amal dan taubat. Dia mati kafir kerana sifat takaburnya.
Kita juga biasa mendengar bagaimana Lenin yang menjadi pelopor kepada ajaran tidak bertuhan(atheis)di saat menghadapi sakaratul maut, mengulangi rintihannya ; Oh tuhan, aku sakit’. Anggota politbiro yang mengelilingi tokoh komunis itu tercengang dengan apa yang diulangi oleh Lenin kerana ia amat bertentangan dengan ajaran komunisme.
Kepercayaan manusia terhadap Allah penciptanya di sebut didalam firmanNya dalam surah al-A’raf ayat 172-173.
Maksudnya ; Dan(ingatlah)ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap mereka dengan firmannya ‘Bukankah aku rab(pencipta kamu ? Mereka menjawab ‘Betul!(engkau pencipta kami) kami bersaksi’. Kami(Allah) lakukan demikian agar di hari kiamat nanti kamu tidak mengatakan ‘Sesungguhnya orang tua kami telah mensyirikkan tuhan sejak dahulu, sedangkan kami anak keturunan mereka, maka apakah Engkau akan binasakan kami kerana perbuatan orang yang sesat yang mendahului kami ?’.
Demikianlah persedian yang dibuat oleh Allah kepada setiap insane sebelum dilahirkan lagi. Sekiranya sampai petunjuk dan tidak ada perasaan takabbur, pasti manusia tidak akan terseleweng dari fitrah asalnya.
Allah SWT juga menegaskan bahawa fitrah membenarkan Allah sebagai pencipta ini tidak akan berubah sampai bila-bila. Selagi manusia digelar manusia dan mempunyai akal yang waras fitrah ini tidak akan berubah. Firman Allah dalam surah Rum ayat 30;
Maksunya; Maka hadapkanlah wajahmu yang lurus kepada Din Allah,(tetaplah) di atas fitrah itu. Tidak akan ada perubahan ke atas fitrah Allah,(itulah) Din yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.
HUKUM SYARIAH
Antara cara-cara untuk mengenali Allah sebagai pencipta
Ada dua cara utama untuk mengenali Allah SWT sebagai pencipta iaitu melalui dalil-dalil naqli(Al-Quran dan Hadith) dan dlil aqli iaitu melalui logic dan pentafsiran alam semesta.
Dalil naqli
Ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan telah pun disebut sebelum ini sudah cukup untuk menjelaskan betapa Allah adaalh tuhan menciptakan segalanya. Hadith-hadith Nabi saw pula sebagai penjelas kepada ayat-ayat suci tersebut.
Perutusan para nabi juga disebut di dalam Al-Quran sejak Nabi Adam sehinggalah Nabi Muhammad saw. Antaranya doa Nabi Adam yang disebut di dalam surah al-A’raf;
Maksudnya ; Wahai rab(pencipta)kami, kami telah menzalami diri kami; dan sekiranya Engkau tidak ampuni kami dan merahmati kami, pasti kami menjadi orang yang rugi.
Begitulah nabi-nabi yanh lain sehinggalah Rasulullah saw, mereka mengajak manusia supaya mengimani tuhan sebagai pencipta.
Keyakinan terhadap keesakan Allah telah diimani oleh berbilion manusia dari generasi ke generasi samada di kalangan para nabi, ulama, hukama mahupun manusia biasa.
Dalil ‘aqliyyah
Sebagai manusia yang berakal, kita pasti tidak dapat menerima hakikat sesuatu itu boleh terjadi dengan sendirinya tanpa pencipta. Seandainya kita tidak dapat menarima bahawa sebatang kapur boleh terjadi dengan sendirinya hasil dari proses alam semulajadi maka tentulah lebih mustahil untuk kita terima bahawa alam yanh hebat ini berserta isinya seperti manusia, haiwan dan tumbuhan boleh terjadi dengan sendiri. Dengan itu pasti ada penciptanya iaitu Allah yang Maha Agung.
Pencipta kepada alam ini mestilah satu kuasa sahaja. Jika ada lebih dari satu tuhan sudah pasti mereka akan saling bertanding malah bergaduh yang boleh menyebabkan alm ini binasa.
Pemberian rezeki kepada semua makhluk ditetapkan oleh penciptanya. Allah yang mebciptakan segalanya maka Dialah yang lebih mengetahui segala keperluan makhluk ciptaannya.
Allah stu-satunya pencipta yang memiliki dan mentadbir sekalian alam. Semuanya kelihatan teratur rapi, cakrawala tidak berlanggaran, peralihan malam dan sing dengan begitu jitu sekali dan memang kelihatan alam ini benar-benar seperti dicetak(tabie)oleh penciptanya.
Kajian-kajian sains membuktikan bahawa kitaran alam dan makhluknya tersusun dengan amat rapi. Jika kita lihat dalam alam haiwan, populasi mereka terkawal secara tabie(ditehtukan oleh Allah). Kehidipan haiwan juga amat berkait rapat dengan manusia, tumbuhan dan makhluk yang lain. Kandungan alam ini amat pelbagai dan rencam tetapi mampu berinteraksi dengan amat harmoni sekali. Bukankah ini sebagai bukti yang nyata bahawa Allah itu Maha Pencipta.
Kesan aqidah tauhid dalam kehidupan manusia.
Antara kesan yang boleh kita lihat kepada golongan yang meyakini tauhid terhadap Allah adalah seperti berikut ;
Ornag yang mentauhidkan Allah tidak akan berpandangan sempit. Baginya tidak ada suatupun yang ganjil di alam ini kerana semuanya adalah atas kehendak Allah. Tiada suatu pun di alam ini yang dapat menhalangnya daripada berkhidmat kepada Allah. Oleh itu dia akan berpandangan luas kerana mengetahui akan kebesaran Allah yang menciptakan segalanya. Sikap ini tidak mungkin diperolehi orng yang mengatakan tuhan berbilang atau orang yang beriktiqadkan bahawa Allah mempunyai sifat-sifat yang menyerupai manusia atau makhluk-makhluk yang lain.
Mentauhidkan Allah boleh membina kemurnian dan kemuliaan kepada jiwa manusia. Menyedari akan Allah yang memiliki segala kekuatan, maka tiada suatu kuasa pun yang mampu menfaat atau mudarat tanpa izinNya. Dialah tuhan yang menghidupkan dan mematikan serta hanya kepadaNya sahaja yang perlu ditakuti, tundukdan patuh.
Keyakinan kepada kekuasaan Allah yang esa akan menimbulkan rasa tawaduk dalam jiwa manusia. Orang yang beriman kepada Allah tidak mungkin bersifat angkuh dan takabbur seperti mana sifat yang ada pada kebanyakan golongan kafir dan mulhid.
Orang yang mentauhidkan Allah mengetahui dengan yakin bahawa tiada baginya jalan menuju kejayaan dan kemenangan melainkan dengan membersihkan diri dari unsure-unsur syirik dan beramal soleh. Manakala golongan yang mempunyai iktiqad yang salah hanya berangan-angan serta mengharapkan balasan yang baik sedangkan hidup mereka bertuhankan hawa nafsu.
Orang yang mentauhidkan Allah tidak akan mengalami putus asa atau patah hati dalam setiap situasi. Keimanan kepada ketentuan qada dan qadar melahirkan ketenangan jiwa yang luarbiasa. Dia akan berusaha bersungguh-sungguh, terus menerus menyerah diri dan memohon pertolongan dari Allah dalam setiap keadaan. Keazaman, kesabaran dantawakalnya akan bertambah kerana dia berkeyakinan bahawa disisinya berdiri kekuatan pemilik langit dan bumi yang mampu mengubah apa sahaja yanhg dikehendakiNya.
Mentauhidkan Allah akan mengangkat darjat insan, menanamkan dalam dirinya perasaan mulia, bersyukur, qana’ah dan jiwa yang kaya. Seterusnya dalam membersihkan hatinya dari tamak, cenderung kepada kejahatan, hasad-dengki dan segala sifat rendah lagi keji. Tidak terdetik dihatinya untuk mengejar kejayaan dunia dengan melalui jalan-jalan yang hina.
Mentauhidkan Allah juga menjadikan manusia terikat kepada undang-undang tersebut. Dia akan merasakan Allah sentiasa melihatnya walau dimana dia berada. Oleh itu diatidak akan melakukan sesuatu yang dimurkai Allah kerana bimbang akan balasanNya di dunia mahupun di akhirat.
KEHENDAK ATAU PERASAAN MANUSIA TERHADAP ALLAH
Firman Allah dalam surah al-Zaariyat ayat 86: Ertinya; “Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat menyembahKu”
Kita perlu beriman dan menambahkan keyakinan serta kepercayaan dengan kekuasaan dan kebesaran Allah yanh maha agung lagi maha esa iaitu tuhan yang satu dalam mentadbir dengan undang-undangnya yang secara adil dan saksama di dunia dan akhirat kelak.
Tali penghubung antara manusia dengan tuhan itu adalah agama dengan keimanan iaitu agama yang diciptakan oleh Allah dengan segala ketentuan yang lengkap dan sempurna Dalam agama inilah Allah memberi tahu bagaimana cara berhubung denganNya. Manusia tidak mungkin mengetahui dengan keupayaannya sendiri cara-cara berhubungan dengan Allah, kerana terbatasnya kemampuan manusia. Konsep keimanan yang benar disisi Allah adalah agama Islam yang membawa segala peraturan kehidupan umat manusia dalam tatacara kehidupan dan karakter diri dengan penciptanya dengan lebih sempurna.
Kepentingan peringkat mengenali Allah dapat disimpulkan melalui ungkapan ; ‘Yang mula-mula bagi agama ialah kenal Allah’. Dalilnya; ‘Sesungguhnya kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu Baginda berkata ; “ Wahai kaumku, sembahlah Allah yang tidak ada tuhan selain Nya”. al-A’raf:58.
Kita perlu didorong rasa bertanggungjawab dengan penuh ketaqwaan dan keimanan yang maksimum untuk mempertingkatkan hubungan antara hamba dan tuhannya iaitu Allah SWT.
Sifat benar merupakan salah satu dari sifat Allah. Ini dijelaskan dalam firman Allah:
Maksudnya; Allah, tiada Tuhan(yang berhak disembah) melainkan Dia. Sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat,(hari)yang tidak ada syak padanya. Dan siapakah pula yang yang lebih benar perkataannya dari Allah ? Al-Nisa : 87
Orang yang berilmu mempunyai pandangan dan kefahaman yang tepat:
“Allah telah menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Dia, demikian juga dipersaksikan oleh para malaikat dan mereka yang memiliki ilmu…”
Ayat di atas antara lain menunjukkan bahawa orang yang berilmu dapat memahami dan mengenali Allah SWT dengan kefahaman yang betul dan seterusnya mempersaksikan bahawa tidak ada Tuhan selain Allah. Di sini menunjukkan bahawa mereka yang jahil terdedah kepada kekeliruan dan tidak dapat mengenali Allah. Sedangkan mengenal Allah adalah perkara yang paling utama dan pertama. Sesiapa yang tidak mengenali Allah, dialah orang yang benar-benar jahil walaupun mempunyai pendidikan yang tinggi.
Cinta terhadap Allah merupakan titik khir dari segala tahap yang harus ditempuhi oleh seseorang yang menuju ke jalan Allah. Tiada satu pun tingkat yang lebih tinggidaripada mencintai terhadap Allah SWT kerana kecintaan itu akan melahirkan rasa rindu dan tenang bersama Allah. Setiap tingkatan yang rendah dari kecintaan terhadap Allah(mohabbah) ini merupakan langkah awal untuk menuju mohabbah seperti taubat, sabar, zuhud, ikhlas, tawakal dan sebagainya. Mohabbah kecintaan terhadap Zatnya yang agung itu, setiap hati insan menjadikan Allah sebagai kekasih dalam kehidupannya. Mereka akan mematuhi segala yang diperintahkan olehNya dan menjauhi segala yang dilarangnya.
Allah swt berfirman, ertinya: “Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah selain Allah, mereka menyintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat menyintai Allah”. Al-Baqarah :101
Allah sentiasa memberi kurniaan kepada umat manusia, hati para hamba Allah yang merindui zatnya yang maha agung akan memperoleh kedamaian dalam kehidupannya, kerana tidak ada zat lain yang dapat memakbulkan doa-doa, mengampuni dosa-dosa serta menghilangkan duka dan derita selain daripada Allah. Dan berusaha untuk mendapatkan nur hidayah Allah untuk selamanya.
Perilaku manusia adalah pancaran dari aqidah yang bersemayam di dalam hatinya. Jika aqidah seseorang itu baik dan mantap, akan eloklah segala tingkah laku dan perbuatannya. Sebaliknya jika aqidahnya rosak, akan buruklah kelihatan tingkah lakunya. Sebagai manusia yang mempunyai pegangan agama, dan wajib menjadi insan terbaik yang merangkumi semua komitmen identity keislaman sejati untuk terus mengenal Allah dalam semua aspek anugerah dan nikmat serta keistimewaan yang tidak terhingga yang diberikan kepada makhluknya yang bergelar manusia.
KESIMPULAN
Manusia yang berada pada fitrah asalnya, sama sekali tidak akan menafikan kewujudan Allah dari segenap aspek di dalam hidup manusia. Orang yang menafikan ‘Allah SWT sebagai pencipta segalanya’ adalah bersifat engkar dan takabbur. Mereka adalah orang yang sakit jiwanya berpaling dari kebenaran yang membawa mereka kepada kesesatan dan kejahatan. Firman Allah swt dalam surah Yunus ayat 31-32:
Maksudnya katakanlah, ‘Siapakah yang memberikan rezeki dari langit dan bumi atau siapakah yang memiliki(berkuasa) menciptakan pandangan dan pendengaran ; siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah rab(pencipta) yang mengatur segala urusan ?’ Mereka menjawab ‘Allah’ ; maka katakanlah, ‘Mengapa kamu tidak bertaqwa ?’. Maka itulah Allah, tuhan kamu yang sebenar ; tiadalah sesudah kebenaran itu melainkan kesesatan. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan(dari kebenaran).
Perilaku manusia adalah pancaran dari aqidah yang bersemayam di dalam hatinya. Jika aqidah seseorang itu baik dan mantap, akan eloklah segala tingkah laku dan perbuatannya. Sebaliknya jika aqidahnya rosak, akan buruklah kelihatan tingkah lakunya kerana dalam mengenal tuhan adalah suatu kewajipan mendekatkan diri secara keseluruhan yang melibatkan sepenuhnya rohani dan jasmani seseorang kepada tuhan yang satu iaitu ALLAH SWT.