Pendanuluan
Islam adalah satu-satunya agama yang diiktiraf oleh Allah dan diturunkan kepada manusia bagi mengatur kehidupan mereka. Anutan terhadap keseluruhan ajaran Islam akan menjamin manusia mencapai kejayaan yang hakiki di dunia mahupun akhirat. Sebagai satu agama yang bertindak mengatur perjalanan hidup manusia, Islam merupakan satu ajaran yang istimewa kerana menawarkan garis-paduan dalam seluruh aspek kehidupan. Tiada satupun keperluan diabaikan di dalam ajaran Islam. Justeru itu sebagai satu cara hidup, ajaran Islam mengandungi tiga komponen utama iaitu aqidah, syariah dan akhlak.
Pembangunan adalah salah satu aspek penting dalam kehidupan manusia. Walaupun begitu tafsiran dan matlamat pembangunan menurut perpektif Islam adalah berbeza dengan apa yang difahami oleh masyarakat barat. Walau apapun langkah yang diambil dan natijah yang terhasil dari pembangunan, ianya tidak boleh terkeluar dari ruanglingkup keredhaan Allah.
Pembangunan Menurut Islam
Pembangunan menurut kacamata Islam bukan hanya tertumpu kepada pembangunan kebendaan semata-mata tetapi ia meliputi ruanglingkup yang lebih luas. Secara umumnya pembangunan bolehlah ditakrifkan sebagai satu proses peningkatan kualiti kehidupan di mana peningkatan kualiti kehidupan ini termasuklah usaha-usaha penambahan dalam tingkat pendapatan dan penggunaan, taraf pemakanan, kesihatan, pelajaran, suasana yang sesuai untuk meningkatkan harga diri dan kebebasan untuk memilih bagi semua lapisan masyarakat bagi sesebuah Negara. Selain dari itu Islam juga melihat pembangunan itu adalah berdasarkan kepada kewujudan kehidupan yang selesa dan sejahtera bagi manusia dalam memenuhi tuntutan jasmani dan rohani, kewujudan sebuah negara yang makmur dan aman tenteram yang dapat memberikan keselesaan jasmani dan rohani serta memaju dan membangunkan manusia dalam semua bidang agar berlakunya peningkatan dalam semua aspek kebajikan manusia seperti moral, spiritual dan material bagi mencapai keselamatan dan kebahagiaan hidup didunia dan akhirat.
Berdasarkan definisi di atas dapat difahami bahawa pembangunan dalam Islam adalah meliputi semua aspek pembangunan kebendaan (ekonomi) dan pembangunan insan. la ditumpukan kepada pengoptimum kesejahteraan manusia, akhlak dan kebendaan, kerohanian dan fizikal, ekonomi dan ssosial tidak terpisah. Pengertian ini berbeza dari pemahaman umum terhadap pembangunan yang lebih menjurus kepada aspek pembangunan fizikal ataupun pembangunan ekonomi semata-mata.
Pendekatan Pembangunan Menurut Islam
Pendekatan Islam terhadap pembangunan adalah berlandaskan kepada beberapa falsafah iaitu
Pertama : Pembangunan berlandaskan prinsip Tauhid iaitu keesaan dan kekuasaan Allah taala. Prinsip inilah juga yang mengatur peraturan tertentu tentang hubungan manusia dengan tuhan dan sesama manusia.
Kedua : Pembangunan berlandaskan Rububiyyah iaitu menekankan bahawa Allah sebagai penguasa yang membuat peraturan-peraturan bagi menampung dan menjaga serta mengarahkan kehidupan makhluk kearah kesempurnaannya. Ini merupakan ketetapan asas alam sejagat yang memberi panduan dan cara yang ditetapkan oleh Allah bagi menjamin pembangunan sumber-sumber alam secara bermanfaat dan juga hubungan saling bantu membantu antara satu sama lain.
Ketiga : Peranan manusia sebagai utusan Allah di muka bumi. Asas ini menentukan status dan peranan manusia, menjelaskan tanggungjawab manusia sebagai manusia, sebagai muslim dan sebagai ummah secara umum.
Keempat : Pembangunan berteraskan prinsip penyucian diri dari segala aspek kekotoran sama ada kekotoran hakiki dan maknawi.
Pembangunan Ummah
Pembangunan ummah merupakan natijah yang terhasil dari pembangunan insan. Pembangunan insan sebenarnya adalah satu proses yang kompleks. lanya melibatkan beberapa tahap ataupun tingkat iaitu :
Pertama : Pembangunan fizikal atau jasmani. Pembangunan fizikal merujuk kepada pertumbuhan dari segi ketinggian dan berat badan, kematangan sistem organ utama seperti otak, saraf, deria dan sebagainya. Syariat Islam telah meletakkan satu panduan yang jelas bagi menjana pembangunan fizikal ini seperti menggalakkan seseorang itu menjalani kehidupan yang sihat dari aspek pemakanan yang berzat dan halal, tidur yang mencukupi dan penjagaan kesihatan. Amalan-amalan ibadah juga boleh menjadi alat untuk penjagaan kesihatan seperti pergerakan dalam solat dan amalan berpuasa. Kelemahan fizikal akan menjadikan umat Islam tidak mampu membina tamadun yang gemilang dan juga menghalang mereka dari melaksanakan ibadah-ibadah tertentu.
Kedua : Pembangunan Kognitif. Pembangunan Kognitif membawa maksud proses dimana individu berkembang dari aspek pengetahuan dan keupayaan untuk membuat persepsi, berfikir, memahami dan menggunakan kemahiran dalam menjalani kehidupan. Perkara yang amat berkait dengan pembangunan ini ialah tuntutan menuntut ilmu dan berfikir. Islam jelas menuntut penganutnya agar menuntut ilmu. Ini boleh dilihat dari banyak ayat-ayat al-Quran mahupun hadis yang menekankan agar kita menuntut ilmu dan meletakkan orang yang berilmu lebih tinggi kedudukannya dari mereka yang tidak berilmu. Islam juga menggalakkan panganutnya agar menggunakan akal fikiran dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan.
Ketiga : Pembangunan Emosi. Pembangunan emosi bermaksud perkembangan perasaan dan peluahannya dalam konteks hubungan dengan orang lain atau objek lain di dunia ini. Emosi merupakan sumber keseronokan mahupun kesedihan yang berupaya mempengaruhi perkembangan moral seseorang.
Keempat : Pembangunan Sosial. Pembangunan sosial bermaksud satu proses perkembangan di dalam hubungan antara manusia dengan persekitarannya. Faktor sosial dan budaya merupakan pengaruh penting dalam kehidupan manusia. Keluarga, jiran, masyarakat dan seluruh umat merupakan keadaan persekitaran di mana individu boleh dipengaruhi ataupun mempengaruhi. Justeru itu Islam menggalakkan agar umatnya saling kenal mengenal antara satu sama lain. Syariat Islam juga telah mengatur bagaimana cara kita menjalinkan hubungan sesama kita seperti dalam adab-adab pergaulan di dalam keluarga, jiran tetangga dan masyarakat persekitaran. Tuntutan syariat agar kita saling kasih mengasihani, hormat menghormati, tolong menolong adalah intipati kepada pembangunan sosial ini.
Kelima : Pembangunan Kerohanian : Pembangunan kerohanian mempakan satu proses yang bertujuan untuk melahirkan jiwa yang bertakwa. Ketiadaan jiwa yang bertakwa akan mengakibatkan fungsi akal dan fizikal menjadi pincang. Oleh itu pembangunan kerohanian ini menjadi asas kepada keseluruhan pembangunan yang disebut di atas. Setiap menusia akan menempuh kesemua dimensi perkembangan tadi sepanjang hayat mereka. Setiap tahap perkembangan ataupun pembangunan tersebut dipandu oleh ajaran syariat Islam.
Syariat Islam Sebagai Pemacu Pembangunan Ummah
Pembangunan ummah tidak akan menjadi realiti sekiranya dilaksanakan mengikut acuan pembangunan barat. Barat hanya menitikberatkan pembangunan fizikal yang dipandu oleh akal manusia semata-mata. Akal manusia terbatas kerana manusia tidak mampu memikirkan keperluan manusia yang lain secara meyeluruh. Keperiuan manusia hanya diketahui oleh Allah taala kerana Dia yang menciptakan manusia. Syariah diturunkan oleh Allah dengan beberapa objektif yang utama antaranya ialah :
1. Mendidik manusia.
Kehidupan manusia terdedah kepada ujian dan cubaan. Manusia yang dicipta oleh tuhan adalah lemah yang memerlukan pertolongan dari tuhan dalam menghadapi cabaran yang berlaku. Kehidupan didunia ini penuh dengan cubaan dan ujian sebagai mana yang disebut di dalam surah al-Kahfi ayat 7. Oleh itu syariah diturunkan bagi mendidik manusia menghadapi segala ujian dan cubaan tersebut. Syariah menanamkan keimanan dan nilai-nilai amanah dan kebenaran dalam jiwa seseorang itu. Sebahagaian dari program pendidikan dalam Islam ialah melalui ibadah. Amalan ibadah yang disyariatkan oleh Allah ini memainkan peranan mendidik manusia supaya menjadi ahli masyarakat yang berguna dan member! manfaat kepada yang lain.
2. Memelihara Lima Perkara Asas Dalam Islam.
Objektif kedua syariah ialah memelihara lima perkara yang menjadi tunjang dan pokok bagi kesejahteraan dan keamanan seluruh umat manusia iaitu menjaga agama, nyawa, akal, maruah dan harta. Lima perkara ini disebut sebagai maqasid syariah. tuntutan penghayatan dan pemeliharaan terhadap lima perkara ini merangkumi penghayatan terhadap kehidupan peribadi seperti penghayatan terhadap rukun Islam. Mereka yang menghayati tuntutan hukum ini akan dapat mendisiplinkan diri terhadap Allah dan masyarakat. Penghayatan yang kedua berkait dengan perhubungan masyarakat terutamanya dalam hubungan menjaga hak asasi manusia dan tidak mencerobohinya. Jika berlaku pencerobohan maka hukuman tertentu menantinya. Hukuman yang ditetapkan oleh syarak bukan semata-mata bertujuan untuk menghukum sipenjenayah tetapi membendung masyarakat dari melakukan jenayah tersebut. Bagi mencapai matlamat inilah disyariatkan agar melaksanakan undang-undang jenayah Islam seperti hudud, qisas dan takzir.
3. Menegakkan Keadilan.
Syariah diturunkan bagi mendidik dan membangunkan manusia supaya mereka maju didunia dan akhirat. Menurut Islam, kestabuan sesuatu masyarakat bergantung kepada penggabungan kedua-dua aspek iaitu fizikal dan rohani. Ini dapat ditunjukkan melalui tertegaknya keadilan dalam sesebuah masyarakat sesuai dengan firman Allah di dalam surah al-Hadid ayat 25.
Syariah Islam tidak dapat dinafikan sebagai asas pembangunan ummah kerana memiliki ciri-ciri keistimewaannya tersendiri. Syariat Islam merupakan satu peraturan yang bersifat universal dan global (Syumuliyyah). la merangkumi seluruh bidang keperluan manusia. Merangkumi hubungan antara manusia dengan tuhan, sesama manusia dan alam sekitar. Syariah mengatur hubungan dengan tuhan jelas dapat dilihat dalam sistem peribadatan. Manakala dalam hubungan sesama manusia boleh dilihat dalam peraturan kekeluargaan seperti hak dan tanggung jawab suami isteri, ibu bapa ke atas anak-anak dan sebaliknya. Begitu juga dalam transaksi seharian seperti urusan jualbeli, kontrak, sewaan dan seumpamanya. Syariat juga mengatur hubungan antara bangsa seperti peraturan peperangan, hubungan diplomatik dan lain-lain.
Syariat Islam juga tidak membebankan umatnya. ini dijelaskan oleh Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 286. Setiap peraturan mahupun ketetapan yang ada di dalam syariat Islam adalah masih lagi berada dalam ruang lingkup kemampuan manusia sama ada ibadahnya mahupun undang-undangnya. Syariat Islam juga adalah syariat yang bersifat kemanusiaan. Syariah mewajibkan tolong menolong, zakat, wakaf, sedekah dan lain-lain. Ini dijelaskan di dalam surah al-Maidah ayat 2. Selain dari itu syariah Islam juga bersifat kontekstual ataupun praktikal dimana setiap ketetapan yang ada adalah sesuatu yang boleh dilaksanakan oleh kudrat manusia. Walaupun kita kaji dan halusi seluruh peraturan yang ada dalam syariat Islam kita tidak akan menemui sesuatu yang Allah tetapkan kepada hambaNya adalah sesuatu yang di luar kemampuan manusia. Contohnya dalam ibadah seperti sembahyang, puasa zakat, haji dan lain-lain lagi. Allah tidak mewajibkan kita sembahyang sepanjang masa tetapi hanya lima kali sehari semalam. Allah tidak mewajibkan kita berpuasa sepanjang tahun tetapi hanya sebulan sahaja dari setahun itupun bukannya berpuasa sepanjang hari tanpa boleh berbuka. Allah tidak mewajibkan zakat ke atas seluruh umat Islam tetapi hanya ke atas mereka yang berada. Begitu juga kewajipan haji bukannya setiap tahun tetapi sekali seumur hidup.
Kesimpulan
Manusia perlu dipimpin dan diberitahu bahawa pembangunan berteraskan Islam adalah lebih luas daripada pembangunan yang hanya boleh dilihat oleh mata kasar, kerana ia bukan sahaja memerlukan penggabungan bersepadu antara manusia dan sumber alam, malah lebih penting daripada itu ialah penggabungan antara unsur dalaman dan unsur luaran manusia. Antara kalbu, akal dan nafsu dengan anggota lahiriah dan pancaindera yang lain. Interaksi murni di antara dua unsur yang bertunjangkan pengabdian sepenuhnya kepada Allah ini sahajalah yang dapat melahirkan amal dan tindak laku manusia yang selamat pembangunannya.
Berdasarkan huraian-huraian yang dikemukakan oleh penulis di atas tadi, dapatlah dikemukakan beberapa rumusan seperti berikut:
1. Syariah Islam adalah satu peraturan yang diturunkan oleh tuhan kepada seluruh umat manusia sebagai panduan mereka dalam menempuh kehidupan. Keperluan terhadap satu panduan yang serba lengkap adalah satu kemestian kerana manusia adalah makhluk yang dicipta serba kekurangan.
2. Syariah Islam adalah peraturan yang mengatur kehidupan manusia agar mereka memperoleh kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Kejayaan dan kebahagiaan yang menjadi buruan manusia bukan dihitung berdasarkan kepada pancapaian kemajuan didunia semata-mata.
3. Syariah Islam diturunkan adaiah bertujuan untuk memelihara kepentingan manusia. Manusia kadang-kadang lupa peranan dan tanggungjawab mereka dalam mengejar cita-cita masing-masing. Manusia hanya mementingkan diri sendiri kerana godaan nafsu dan perasaan. Oleh itu matlamat syariah (maqasid Syariah) boleh dijadikan panduan agar manusia tidak mengabaikan kepentingan dan hak orang lain dalam mengejar cita-cita masing-masing.
4. Pengamalan dan penghayatan prinsip-prinsip syariah secara menyeluruh seperti keadilan sejagat, persamaan, persaudaraan dan lain-lain merupakan satu petunjuk dan panduan kepada manusia dalam pengurusan dan pembangunan ummah.
5. Pembangunan ummah adalah satu bentuk pembangunan yang bersepadu yang mengambilkira pembangunan fizikal dan spiritual. Kedua-dua aspek pembangunan ini memerlukan antara satu sama lain. Tanpa ada pembangunan fizikal umat Islam juga tidak mampu mewujudkan pembangunan spiritual dan begitu juga sebaliknya.

************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com