PENGERTIAN, MAQASID DAN SKOP SYARIAH
Objektif tajuk
Setelah mengikuti tajuk ini, pelajar akan dapat:
1. Menyatakan maksud, maqasid dan keistimewaan syariah Islam.
2. Menjelaskan perlaksanaan syariah berasaskan prinsip pertanggung jawaban yang dipertanggungjawabkan ke atas individu dan pihak tertentu.
3. Mengaplikasikan tuntutan syariah dalam kehidupan seharian.
PENDAHULUAN
Telah menjadi satu teori yang dipersetujui oleh semua ahli sosiologi dan pengkaji masyarakat bahawa setiap individu memerlukan kepada satu kehidupan bermasyarakat. Keadaan ini terjadi disebabkan secara fitrahnya akan berlaku pergaulan dan kontrak sosial di antara individu atau pihak yang tertentu dalam sesuatu masyarakat kerana manusia akan sentiasa memerlukan di antara satu sama lain bagi memenuhi segala keperluan dalam kehidupan seharian mereka.
Menyedari keadaan di atas, keperluan manusia kepada undang-undang atau peraturan yang tertentu adalah tidak dapat dinafikan. Kehidupan bermasyarakat memerlukan kepada kepelbagaian transaksi di antara pelbagai pihak yang akan menghasilkan pula kepelbagaian perhubungan. Ada kalanya perhubungan ini akan mewujudkan pertikaian dan perbalahan. Justeru itu, kewujudan sesuatu undang-undang bagi memperuntukkan hak dan tanggungjawab individu serta bagi menjelaskan kaedah-kaedah penyelesaian apa-apa pertikaian dalam sesuatu masyarakat adalah semakin jelas.
Dalam hal ini, Artikel 1 Majallah al-Ahkam al-Adliyyah memperuntukkan: "In view of the fact that man is social by nature, he cannot live in solitude like the other animals, but is in need of co-operation with his fellow men in order to promote an urban society, Every person, however, seeks the things which suit him and is vexed by an competition. As a result, it has been necessary to establish laws to maintain order and justice".
Dalam hal ini, Ibn Khaldun, salah seorang pengkaji masyarakat yang terkenal dalam bukunya al-Muqaddimah telah menjelaskan bahawa setiaprf individu akan sedaya upaya memenuhi keperluan kehidupannya dengan berinteraksi dengan individu yang lain. Dalam keadaan ini, kemungkinan untuk berlakunya ketidakadilan adalah tidak dapat dinafikan. Justeru itu, menurut beliau, adalah amat mustahil untuk membiarkan ketidakadilan terus berlaku tanpa diwujudkan satu undang-undang bagi mengadili ketidakadilan ini.
Menyedari hakikat di atas, sejarah telah memaparkan bahawa undang-undang yang berfungsi sebagai asas dan neraca keadilan telah wujud seiring dengan kewujudan sesuatu masyarakat. Kewujudan dan pemakaian undang-undang ini kadangkala dipengaruhi oleh sentimen dan pemahaman, adat istiadat setempat, ugama, budaya dan lain-lain lagi. lanya bermula dalam bentuk yang agak mudah dan seterusnya berkembang dalam bentuk yang begitu kompleks. Penguatkuasaannya pula samada didasarkan kepada institusi, pihak, ketua atau pemimpin masyarakat yang berpengaruh serta berotoriti. Berasaskan kepada situasi inilah undang-undang pemah diterimapakai misalnya dalam masyarakat purba India, Greek, Roman dan lain-lain lagi. Merujuk kepada Islam, undang-undang yang diterimapakai dikenali scbagai Syariat atau Syariah Islam.
PENGERT1AN SYARIAH
Terminologi syariah atau syariat yang biasa diungkap dalam Bahasa Malaysia sebenarnya berasal daripada Bahasa Arab. Secara literalnya perkataan syariah membawa dua maksud yang berbeza tetapi mempunyai kefahaman yang sal ing berkait di antara satu sama lain. Pertamanya, ia membawa maksud sumber air dan keduanya bererti pembawaan atau jalan yang jelas dan lurus.
Pengertian pertama diasaskan kepada kebiasaan ungkapan orang Arab manakala pengertian yang kedua merujuk kepada maksud ayat ke 18 dalam Surah al-jathiyah: "Kesudahannya, Kami jadikan engkau [wahai Muhammad dan utuskan engkau] menjalankan satu syariah [yang cukup lurus dan lengkap] dari hukum-hukum ugama; maka turutlah syariah itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang- orang yang tidak mengetahui [perkara yang benar]. "
Dari segi istilah atau teknikalnya[Badran Abul Ainin Badran, hal. 27-28] frasa syariah membawa maksud segala hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh Allah untuk hambaNya melalui perantaraan para RasulNya. Dinamakan hukum-hakam ini dengan syariah kerana ianya adalah lurus tanpa ada kepalsuan [simpang-siur] dari jalan yang benar. Syariah juga membawa pengertian mengenai segala perintah Allah ke atas hambaNya yang terdiri daripada seluruh hukum-hakam yang diperturunkan melalui para RasulNya samada perintah tersebut berkaitan dengan perbuatan amali atau iktikadi.
Syariah juga membawa maksud "al-din"[pergantungan] danjuga "al- millah"[kecenderungan]. Perkataan syariah dan pccahannya disebut di dalam al-Quran sebanyak empat kali. Perkataan-perkataan tersebut tertera dalam ayat-ayat berikut. Antaranya dalam surah As Syura ayat 13 dan 21, surah aI-Maidah ayat 48 dan surah al-jaathiah ayat 18 (Maznah Daud, 1997, hal. 6-7). Menurut huraian lain oleh para ulama dan sarjana Islam, perkataan syariah yang terdapat dalam al-Quran itu mempunyai dua makna iaitu pengertian yang khusus dan pengertian yang umum. Bagi pengertian yang khusus, syariah dimaksudkan dengan segala hukum yang telah diperundangkan oleh Allah s.w.t. untuk mengatur segenap aspek kehidupan manusia.
Manakala bagi pengertian yang umum pula, syariah diertikan sebagai Din atau millah yangjuga bermaksud agama. Lantaran itu, ia juga merujuk kepada mana-mana sistem hidup sama ada yang digubal oleh manusia atau yang diwahyukan dari langit. Namun, hanya apabila ianya diturunkan secara wahyu oleh Allah s.w.t. kepada para Rasul Nya, ia disebutkan sebagai syariah Islam. Misalnya disebut sebagai syariath Nabi Ibrahim A. S., syariah Nabi Musa A. S., syariah Nabi Isa A. S. dan syariah Nabi Muhammad s.a.w. . Segala syariah nabi-nabi terdahulu dengan sendiriya telah tidak terpakai lagi selepas syariah nabi Muhammad s.a.w. penutup segala nabi. (Mahmood Zuhdi Abdul Majid (Prof. DatoDr. ), 1992, hal. l)
Berdasarkan huraian di atas dapat difahami bahawa syariah ialah segala perintah Allah s.w.t. dalam bentuk hukum atau peraturan yang bersifat menyeluruh dan sangat luas bidangkuasanya. la merangkumi seluruh titah perintah dan ketentuan Allah yang diwahyukan samada yang ditegaskan di dalam al-Quran ataupun yang berasaskan kepada al-Sunnah. Di dalamnya terdapat aspek-aspek itiqadiyyah atau batiniyyah (hal-hal yang berkaitan dengan akidah dan keimanan), amaliyyah (hal- hal yang berkaitan dengan ibadat, muamalat, munakahat dan jenayah iaitu hal-hal yang menyentuh mengenai perbuatan atau perlakuan lahiriah manusia dalam konteks hubungan atau interaksi mereka dengan Allah s.w.t., sesama manusia, dan alam lain) danjuga aspek akhlakiyyah (yang membahaskan mengenai budi pekerti atau moral manusia sebagai individu dalam bermasyarakat dan bemegara).
Sebagai suatu sistem hidup yang bersumberkan wahyu Ilahi, syariah bersifat muqaddas iaitu sangat mumi serta terpelihara daripada sebarang cacat cela mahupun kekurangan. Kebenarannya pula bersifat mutlak. Lantaran itu, orang-orang kafir yang cuba mencabamya tidak pemah berjaya. Cakupannya pula bersifat syumul dan komprehensif, kuatkuasanya bersifat universal dan ia dijamin kekal terpelihara hingga ke hari kiamat. (Mahmood Zuhdi Abdul Majid, 1997, hal. 4). Meneliti kupasan syariah secara literal dan teknikalnyajuga menjelaskan bahawa keperluan manusia kepadanya adalah tidak dapat dinafikan sama sekali bersesuaiar. dengan sifatnya sebagai sumber air untuk kelangsungan kehidupan manusia dan kebenaran atau kejelasannya daripada sebarang kepalsuan dan kebatilan. Disamping itu, terdapat juga perkataan-perkataan lain yang mempunyai perkaitan yang amat rapat dengan perkataan syariah ini. Di antara perkataan-perkataan tersebut ialah:
1- Fiqh atau Fikah yang bermaksud keilmuan atau kefahaman mengenai hukum-hakam syariah yang bersifat amali yang difahami melalui dalil-dalllnya yang terperinci. Fiqh ini sebagai satu displin ilmu telah dibahaskan dalam empat hidang yang besar iaitu Fiqh Ibadat, Fiqh Muamalat, Fiqh Munakahat dan Fiqh jenayah. Fiqh ialah satu pecahan daripada syariah yang luas. Secara umum ia membawa makna kefahaman tentang sesuatu. Sebagai satu istilah akademik, ia bermaksud pemahaman secara mendalam. Pada zaman awal Islam, fiqh diertikan sebagai memahami apa saja ajaran Islam sama ada yang bersifat amali atau itiqadi. Imam Abu Hanifah pemah menulis tentang ilmu tauhid dan kitab tersebut diberi nama al-Fiqh al-Akbar (Fiqh Yang Agung). (Mahmood Zuhdi Abdul Majid (Dr. ), 1992, Hal. 2)
Kesimpulannya fiqh merupakan satu disiplin ilmu untuk memahami isi-isi syariat itu sendiri. la diperolehi melalui usaha-usaha akal yang tajam oleh para fuqahak atau ulamak terhadap nas-nas syarak sama ada al-Quran atau al-Sunnah. Lapangan fiqh merupakan lapangan ijtihadi. la terdedah kepada unsur-unsur penggunaan akal serta ijtihad para mujtahid alam mencari ketentuan hukum syarak untuk diamalkan oleh masyarakat yang berbza dan pada zaman yang berlainan, atas landasan syariat yang tetap dan tidak berubah-ubah. Fokus kepada perbahasan fiqh ialah mencari ketentuan hukum syarak bagi perbuatan mukallaf sama ada harus, wajib, sunat, makruh, haram, sah, batal dan sebagainya. (Muhammad YusufMusa, 1996, hal. ll)
2- Hukum. Fuqahak mentakrifkan hukum sebagai "khitab" atau mesej Allah yang berkaitan dengan perbuatan "mukallaf. Mesej itu disampaikan kepada manusia melalui kaedah wahyu (terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah). Nampaknya aspek hukum dan bidang fiqh mempunyai kaitan yang rapat. Segala perintah atau mesej yang hendak disampaikan oleh Allah mungkin sukar dihayati melainkan sctelah dapat difahami dengan baik oleh manusia. (Mahmood Zuhdi AbdulMajid(Dr. ). I997, hal. 3)
Lantaran itu juga hukum-hukum Allah hanya ditujukan kepada golongan mukallaf. Pengkaji kepada hukum-hakam ini digelar sebagai "faqih" dalam kata mufrad (singular) dan "fuqaha" dalam kata jarnak (plural). Maksudnya ialah seorang yang ainat memahami. Dalam konteks ini ia ditujukan kepada seseorang yang boleh memahami secara halusi dan terperinci tentang hukurn syarak. Usaha-usaha untuk memahami ini perlu kepada pengkajian yang mendalam dan terperinci. Oleh itu, Allah s.w.t. walaupun bersifat amat memahami segala sesuatu tidak disebut faqih kerana pemahaman Allah mengenai sesuatu tidak memerlukan kepada pengkajian.
3 - Undang-undang. Merupakan norma-norma hukum yang diterima dan diperkanunkan oleh Badan-badan Perundangan tertentu serta menerusi proses-proses tertentu. Merujuk kepada undang-undang Islam, ia bermaksud ketetapan-ketetapan syariat yang telah mengalami proses ijtihad secara halus serta ditetapkan oleh badan perundangan negara Islam sebagai satu undang-undang yang dilaksanakan di negara berkenaan. (Mahmood Zuhdi Hj. Abdul Majid (Dr. ), 1992, hal. 7)
Melalui proses perundangan ini, barulah segala hukum iaitu syariah Islam yang datang daripada Allah s.w.t. dapat direalisasikan dalam kehidupan masyarakat sebagai sistem hidup yang lengkap. la juga merupakan terjemahan hakiki kepada ungkapan "al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan hidup manusia".
3- Nas atau dalil syariah. la membawa maksud ayat al-Quran atau hadis Rasulullah s.a.w. yang digunakan sebagai hujah dalam menentukan sesuatu hukum.
4 - Masadir atau sumber syariah iaitulah al-Quran, al-Hadis, Ijma dan Qiyas.
MAQASID SYARIAH
Bersesuaian dengan sifatnya yang benar, lurus dan menjadi tumpuan semua manusia, syariah Islam didatangkan oleh Allah s.w.t. tanpa mempunyai apa-apa tujuan selain untuk menjamin kemaslahatan atau kebaikan kepada semua manusia dan pada masa yang sama menghindarkan kemudharatan atau keburukan yang mungkin menimpa mereka. Inilah fokus utama maqasid atau tujuan syariah. Apabila manusia menerima pakai syariah Islam sebagai dasar perundangan samada bagi menjelaskan hak dan tanggungjawab sesama mereka atau sebagai kaedah penyelesaian pertikaian di antara pihak yang bertikai, sudah pasti tujuan utama atau maqasid syariah ini akan dapat direalisasikan. Kebaikan dan penghindaran daripada kemudharatan yang datang seiring dapat dilihat dan dimanifestasikan dalam sekurang-kurangnya lima [5] maqasid syariah iaitu:
1. Memelihara kesucian dan kepercayaan beragama. Merupakan perkara utama yang ditegaskan menurut susunan atau hierarki maqasid syariah. Islam datang untuk membebaskan minda dan kepercayaan manusia daripada belenggu khurafat, tahyul, kemunafikan dan kesyirikan. Islam mengajak manusia beriman kepada Tuhan yang Satu dan Esa iaitu Allah s.w.t. dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya [rukun iman] serta menjauhi anasir-anasir syirik dengan menjelaskan pelbagai panduan unluk melaksanakan ketaatan kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t dalam Surah al-lkhlas ayat 1-3: "Katakanlah wahai Muhammad, Allah itu Satu. Allah tempat tumpuan [memintaj. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun yang menyamai denganNya". Pada masa yang sama, Allah s.w.t telah mensyariatkan dakwah dan jihad sebagai pendekatan yang afirmatif untuk kelangsungan pemeliharaan kesucian dan kepercayaan terhadap agama Islam. Firman Allah s.w.t. dalam Surah All Imran ayat 10: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan kamu beriman kepada Allah. . . ".
2. Menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia. Syariah Islam juga datang untuk menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia. Justeru itu, Islam telah mewajibkan setiap individu untuk menjaga keselamatan diri masing-masing dan pada masa yang sama melarang keras perbuatan yang boieh mengancam keselamatan nyawa diri sendiri atau orang lain. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Maidah ayat 32: "Dan sesiapa yang memelihara kehidupan seseorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara manusia semuanya. . . " Firman Allah s.w.t. lagi dalam Surah al-Anam ayat 151: "Danjanganlah kamu membunuhjiwa yang diharamkan oleh Allah [meinbunuhnya] melainkan dengan sesuatu [sebab] yang benar. . . ".
3. Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akal. Salah satu keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada manusia dan tidak dianugerahkan kepada makhlukNya yang lain ialah akal dan kekuatan berfikir. Melalui keistimewaan inilah manusia diberikan status sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi bersesuaian dengan ketentuan dan perintah Allah s.w.t. Melaluinya manusia dapat mengeksploitasi segala anugerah alam untuk kesejahteraan manusia. Bersesuaian dengan tujuan ini dan agar akal dapat berfungsi dengan sewajamya, syariah Islam telah menegaskan mengenai kepentingan untuk menuntut dan menguasai ilmu pengetahuan. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah al- Alaq ayat 1-2: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah mencipta. . . ". Dalam Surah al-Mujadalah ayat 11, Allah s.w.t. menegaskan: "Diangkat oleh Allah orang-orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang diberi ilinu dengan beberapa darjat. . . ". Akal akan bertindakbalas melalui pelbagai ilmu yang dimiliki. Jika akal atau ininda manusia tidak dusi dengan ilmu pengetahuan, ianya akan mengakibatkan kepada kelemahan kekuatan berfikir. Jika ini terjadi, manusia akan mensia-siakan fungsi kemanusiaan dan kekhalifahannya. Kehidupan meraka akan menjadi rendah nilaianya dan kadangkala lebih hina daripada haiwan yang hanya hidup untuk rnakan, minum dan memuaskan hawa nafsu sahaja. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Arafayat 179: Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk [isi neraka jahanam] kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami[ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah]. . . ". Syariah Islam juga dalam usahanya menjamin kewarasan dan kekuatan berfikir telah mengharamkan sebarang bentuk perlakuan yang boleh untuk menjejaskan fungsi akal. Lantaran itu Allah s.w.t. mengharamkan arak dan sesuatu yang memabukkan. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Maidah ayat 90: "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya [meminum] khamar, berjudi, menyembah berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji daripada perbuatan syaitan, makajauhilah perbuatan-perbuatan itu. . . ".
4. Menjamin kehormatan dan maruah diri. Kemuliaan dan keperibadian seseorang amat penting dalam kehidupan setiap individu. la berkait rapat dengan kehormatan dan maruah diri. Lantaran itulah syariah Islam amat mementingkan persoalan ini. Malah Islam sendiri, antaranya dibina di atas akhlak yang mulia. Rasulullah s.a.w. pemah bersabda yang bennaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempumakan akhlak yang mulia". jika diteliti seluruh perintah dan larangan Allah s.w.t, akan didapati bahawa ianya bertujuan semata-mata untuk membentuk keperibadian yang luhur dan terhonnat. Lihatlah kepada kesan kewajipan bersolat, berpuasa, mengeluarkan zakat, menunaikan ibadat haji dan lain-lain lagi. Semua ibadat khususiyyah ini jika ditunaikan dengan penuh ketertiban akan dapat membentuk ketinggian dan kemuliaan akhlak.
Pada masa yang sama, jika diperhatikan tegahan dan larangan Allah s.w.t., ianya mempunyai tujuan yang satu iaitu untuk menghindarkan manusia daripada terjatuh ke lembah kehinaan. Perhatikanlah kesan pengharaman zina, mengumpat, bercakap bohong, mencuri dan lain-lain lagi. Lantaran ituiah, Allah s.w.t. telah mengharamkan perbuatan-perbuatan ini. Misalnya, dalam soal pengharaman zina, Allah s.w.t. telah berfirman dalam Surah al-Isra ayat 32 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati perbuatan zina, sesungguhnya ia adalah perbuatan keji danjalan yang salah". Dalam soal pengharaman judi dan meminum arak, Allah s.w.t, berfirman dalam Surah al-Maidah ayat 90 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya [meminum] khamar, berjudi, menyembah berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji daripada perbuatan syaitan, makajauhilah perbuatan-perbuatan itu. . . ". Kesimpulannya, seluruh perintah dan larangan Allah s.w.t. dapat dikaitkan dengan kepentingan untuk menjamin kehormatan dan maruah diri.
5. Menjamin usaha pemilikan dan penguasaan harta. Tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan yang sempuma bagi sesorang manusia juga amat berkait rapat dengan pemilikan dan penguasaan terhadap harta. Menyedari hakikat inilah, syariah Islam telah menggariskan peraturan, hukum dan undang- undangnya yang tersendiri dalam soal kehartaan. lanya dibincangkan secara meluas di dalam displin dan bidangnya yang tersendiri yang dikenali sebagai Fiqh Muamalat Umumnya, bidang ini telah menggariskan prosedur-prosedur tertentu bermula sejak dari usaha untuk memiliki, menguasai dan membelanjakan sesuatu harta. Syariah Islam menegaskan mengenai kepentingan untuk mencari kekayaan daripada nikmat dan anugerah Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Qasas ayat 77 yang bermaksud: "Dari carilah dengan apa yang dikumiakan oleh Allah kepada engkau untuk kebahagiaan Hari Akhirat danjanganlah engkau lupa akan bahagianmu di dunia. . . ". Pemilikan harta hendaklah diusahakan melalui cara dan pendekatan yang diharuskan. Dalam hal ini, misalnya syariah Islam telah mengharuskanjual beli dan telah mengharamkan riba. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Baqarah ayat 275 yang bermaksud: ". . . Dan Allah telah menghalalkanjual beli dan mengharamkan riba. . . ". Di samping itu, dalam usaha pemilikan harta ini, selain daripada riba, syariah Islam juga misalnya telah mengharamkan perjudian, rasuah dan pengurangan atau penipuan dalam timbangan. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Mutaffifm ayat 1- 5 yang bermaksud: "Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang [dalam timbangan dan sukatan]. laitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup. Dan [sebaliknya] apabila mereka menyukat dan menimbang untuk orang lain, mereka menguranginya. . . . ".
Syariah Islam juga telah menetapkan cara dan kaedah yang tertentu bagi membdanjakan harta. Di antaranya syariah Islam telah mewajibkan zakat kepada harta-harta yang tertentu dan amat menggalakkan sedekah dan pemberian hadiah dalam keadaan-keadaan tertentu. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud: "Hendaklah kamu membelanjakan harta kamu padajalan Allah danjanganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan. . . " Kesimpulannya inilah lima perkara yang dimaksudkan dengan maqasid syariah. Syariah Islam tidak didatangkan melainkan untuk menjamin bahawa kelima-lima perkara di atas direalisasikan dalam kehidupan semua manusia. Malah, kelima-lima perkara di atas dianggap sebagai keperluan yang bersifat asasi dalam diri setiap individu yang tidak dapat tidak mesti dipenuhi. Namun begitu, bagi menentukan bahawa kehidupan semua individu adalah seimbang, syariah Islam juga telah menetapkan bahawa semua keperluan ini perlu diberikan penarafan melalui apa yang disebutkan sebagai:
1 - Maslahat Dharuriyyah
2- Maslahat Haj iyyah
3- Maslahat Tahsiniyyah atau Kamaliyyah.
SKOP SYARIAH
Secara umumnya, keseluruhan isi kandungan syariah Islam dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu dari segi skop, perlaksanaan dan penguatkuasaan. Dari segi skopnya, syariah Islam menaungi perkara-perkara berikut:
1- Hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t. dan alam ghaib yang lain.
2- Hubungan antara manusia sesama manusia.
3- Hubungan antara manusia dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi ini sama ada haiwan, benda-benda atau tumbuh-tumbuhan.
Dalam aspek perlaksanaan kepada perintah dan larangan Allah s.w.t. pula, syariah Islam terbahagi kepada tiga iaitu :
Pertama: Kewajipan yang menjadi tanggungjawab individu serta harus dilaksanakan di peringkat individu. Contohnya ialah perintah-perintah yang khusus ditujukan kepada individu terutama sekali dalam konteks hubungan langsung seseorang hamba dengan PenciptaNya iaitu ibadah-ibadah khusus seperti solat, puasa dan lain-lain.
Kedua: Perintah di mana perlaksanaannya dianjurkan supaya dilakukan secara kolektif atau berjamaah. Seluruh perintah dalam al-Quran yang ditujukan secara kolektif dikategorikan sebagai tanggungjawab bersama setiap umat Islam. Contohnya ialah seperti perintah melakukan dakwah, jihad, menegakkan amar makruf dan nahi mungkar serta tuntutan-tuntutan fardhu kifayah yang lain.
Ketiga: Perintah yang tidak mampu atau boleh dilaksanakan di peringkat individu mahupun kolektif tetapi ianya menjadi tugas serta kewajipan pemerintah. Perintah ini selalunya bersangkutan dengan perlaksanaan hukuman bagi kesalahan jenayah seperti hudud, qisas dan takzir. Jelas sekali pembahagian ini menunjukkan tanggungjawab serta peranan yang harus dimainkan oleh setiap muslim sama ada individu, masyarakat dan negara. Sekaligus ia menggarnbarkan kesyumulan Islam itu sendiri. (Muhammad Yusuf Musa (Dr. ), 1961, hal 113).
CIRI-C1RI PERUNDANGAN ISLAM
Sebagai satu sistem ciptaan Ilahi, syariah Islam mempunyai ciri-ciri khusus yang membezakannya daripada sistem perundangan ciptaan manusia. Antara ciri-ciri tersebut ialah :
1 - Berorientasikan wahyu la adalah syarat rabbani kerana sumber utama syariah ialah wahyu Allah s.w.t. . Wahyu ini diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. dengan dua pendekatan. Pertama, wahyu dalam bentuk lafaz dan makna iaitu al-Quran dan kedua, wahyu dalam bentuk makna sahaja iaitu al-Sunnah. Atas faktor ini syariat Islam lebih istimewa berbanding undang-undang ciptaan manusia dari beberapa sudut antaranya:
a. Scgala prinsip dan hukum hakamnya tcrpclihara daripada kelemahan, kesilapan dan kekurangan. la didorong oleh sifat penciptaNya yang suci dari sebarang kelemahan. Manakala undang-undang ciptaan manusia tidak sunyi dari sebarang silap atau kelemahan kerana ia lahir dari pemikiran insan yang sudah diakui umum sebagai tidak terlepas dari kesilapan dan lupa. (Abdul Karim Zaidan, (Dr. ), 1969, hal. 40)
b. la bersifat adil serta berpegang kepada prinsip persamaan sesama manusia di hadapan hukum Allah s.w.t. . Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 3 yang bermasud ; "Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu berbilang bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling berkenalan antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu ialah yang paling bertaqwa kepadaNya" Prinsip persamaan dan keadilan antara semua manusia sememangnya terjamin dalam syariah Islam kerana ia dicipta oleh Allah s.w.t. yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan peribadi. Perkara sebaliknya berlaku dalam undang-undang ciptaan manusia kerana ia dicipta oleh manusia yang mempunyai kecenderungan- kecenderungan serta kepentingan yang tertentu. Lantaran itu keadilan sebenar sukar ditemui. (Abdul Karim Zaidan, (Dr. ), 1984, hal. 61) Segala hukum-hakamnya mempunyai roh keagamaan yang bersifat muqaddas melahirkan rasa taqwa, patuh dan normal pada diri orang-orang yang dikenakan peraturan itu sendiri. Bertitik tolak daripada keimanan kepada Allah, maka syariah Islam akan terus ditaati tanpa dingkari sama ada semasa berseorangan atau berjamaah. Berbeza dengan undang-undang ciptaan manusia yang tiada roh agama. la hanya dipatuhi kerana takutkan hukuman atau denda, bukannya dosa. Jadi bila ada peluang sahaja undang-undang itu akan dilanggar dan tidak dipatuhi lagi. (Sulayman al-Asyqar, 1991, hal. 36)
Ganjaran Bersifat Duniawi Dan Ukhrawi
Syariah Islam memperuntukkan ganjaran serta balasan yang bersifat duniawi dan ukhrawi kepada manusia. Dalam hal ini, ganjaran ukhrawilah merupakan yang utama. Manakala hukuman di dunia bersifat menjaga kemaslahatan individu dan masyarakat di dunia ini. Pembalasan serta ganjaran dalam syariah bukan sahaja bagi perbuatan zahir manusia bahkan juga perbuatan hati manusia. Segala kesalahan manusia dalam kehidupan ini tidak akan terlepas begitu sahaja walaupun telah dikenakan hukuman di dunia sekiranya tidak bertaubat kepada Allah s.w.t. .
Pembalasan pula dari sekecil-kecil perbuatan hinggalah kepad kesalahan yang besar. Firman Allah dalam surah al-Zalzalah ayat 7 dan 8 : "Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!"
Bersifat Universal
Syariat Islam bersifat universal. Ertinya ia meliputi semua tempat dan masa. Tiada batas geografi yang dapat mengasingkan syariah daripada manusia walau di mana mereka berada. Firman Allah dalam surah al-Arafayat 158 : "Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya. . "
Atas sifat universal ini, maka syariah Islam mampu menjamin kemaslahatan manusia serta segala keperluan mereka sepanjang masa. Beberapa faktor yang menyokong keuniversalan syariah ialah :
i. la menjamin kemaslahatan manusia dulu, kini dan akan datang.
ii. Syariat memberikan kelonggaran atau rukhsah dalam perlaksanaan hukum apabila ada kesukaran atau dharurat.
iii. Dari segi kategori ayat-ayat hukum, nas-nas al-Quran terbahagi kepada beberapa jenis. Ada yang bersifat terperinci (tafsili) dan ada juga yang didatangkan dalam bentuk prinsip menyeluruh (kulli). Itu boleh membuka satu ruang penafsiran yang lebih bersifat semasa serta sesuai dengan keadaan selagi tidak bertentangan degan nas.
iv. Ciri keuniversalan atau alami inijuga dapat dilihat melalui sumber-sumber perundangan Islam itu sendiri. Selain daripada dua sumber asas, ia juga menerima ijma, qiyas dan lain-lain sebagai rujukan hukum menjadikan ia lebih bersifat alami, ideal dan juga realistik. Berbeza sekali dengan undang-undang ciptaan manusia yang bersifat teritory tertentu, masa tertentu serta kelompok atau bangsa tertentu. (Umar Sulaiman al-Asyqar, 199S, hal. 49)
Syumul Dan Lengkap
Maksud kesyumulan syariah ialah ia merangkumi segenap aspek hidup manusia, memenuhi segala kepentingan mereka sama ada dalam bentuk daruriyyat, hajiyyat dan juga tahsiniyyat. la juga menyusun dan mengatur hubungan manusia dalam segenap rangkaiannya sama ada dengan Allah, sesama manusia serta alam sekeliling mereka. Manakala undang-undang ciptaan manusia tidak memiliki ciri-ciri ini kerana undang-undang tersebut tidak menentukan peraturan yang bersangkutan dengan akidah, ibadah serta akhlak walaupun banyak menyentuh aspek lain. (Dr. Abdul Karim Zaidan, 1969, hal. 59)
Kesempumaan syariat Islam sudah dijamin oleh Allah s.w.t. . Jaminan itu tertera dalam surah al-Maidah 5:3 yang bermaksud : "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah edakan Islam itu menjadi agama untuk kamu".
Sepadu Dan Seimbang
Seluruh ajaran Islam dan sistem-sistemnya ditegakkan diatas dasar sepadu. Setiap satu bahagian daripada bahagian yang lain saling berkaitan antara satu sama lain. Oleh itu, syariat ini perlu diamalkan secara keseluruhannya oleh manusia, bukan sebahagian yang tertentu sahaja. Apabila manusia hanya rnengambil bahagian tertentu dan meninggalkan perintah yang lain akan cacatlah Islam mereka serta pincanglah kehidupan masyarakat itu. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 208 bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan: sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata".
Kesepaduan dan keseimbangan sistem Islam ini bukan sahaja dalam aspek hukum- hakam bahkanjuga dalam segala ciptaan Allah termasuk penciptaan langit dan bumi serta peredaran bulan bintang dan matahari. Semuanya bersifat sepadu dan seimbang.
Seimbang bermaksud sama berat atau tidak berat sebelah. Keseimbanganjuga dapat dilihat dari sudut rohani dan jasmani, dunia dan akhirat. Begitu juga dalam aspek peraturan dan undang-undang. la tidak mengatur kehidupan masyarakat dengan kekuatan undang-undang semata-mata dan juga tidak membiarkan ia disusun mengikut pemikran individu sahaja. Sebaliknya Islam menggabungkan antara kedua-duanya iaitu individu yang cintakan keharmonian dan undang-undang yang menjamin hak setiap orang tidak dizalimi. (Maznah Daud, 1997, hal. 19).
Islam juga menjamin keseimbangan antara kepentingan individu dan masyarakat supaya tidak ada satu hak pun yng teraniaya ds antara kedua-duanya.
Tetap dan anjal
Ciri ini membawa maksud bahawa segala prinsip dan dasar syariah Islam yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. adalah bersifat tetap dan tidak boleh serta tidak akan berubah disebabkan oleh desakan atau sentunen mana-mana individu. Anjal atau fleksibel pula dilihat dari sudut perlaksanaan kepada ketentuan syariah tersebut berasaskan kepada justifikasi yang juga ditentukan oleh syariah seperti keterlupaan, kesakitan yang melarat, kejahilan, keterpaksaan dan kemudharatan.
KES1MPULAN
Syariah Islam merupakan satu dokumen perundangan yang lengkap, adil incnyeluruh dan merangkumi seluruh aspek yang bersangkutan dengan kepentingan manusia. Syariah Islam yang bercirikan rabbani ini sudah semestinya akan dapat menegakkan keadilan dalam sebarang pertikaian di antara sesama manusia di samping ianya sudah pasti dapat mengimbangi seluruh keperluan dan kepentingan manusia. Kepatuhan dan ketaatan kepada syariah Islam sudah tentu akan membawa kehidupan manusia kepada kebahagiaan bukan sahaja di dunia bahkan akan berpanjangan di alam akhirat.

************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com