PENDAHULUAN
Rasulullah saw adalah sebaik-baiknya contoh dalam Islam selepas Al-Quran. Beliau telah mengembangkan dakwah islamiah sehingga merubah bangsa Arab Jahaliyah kepada bangsa yang beradab, mengenal kebenaran sehingga kemunculan Abu Bakar, Umar Usman, Ali dan lain-lain yang nama mereka menghiasi lembaran buku-buku ilmiah dan sejarah Islam. sesungguhnya Nabi Muhammad saw telah menghadapi pelbagai kesusahan dalam berdakwah. Sesungguhnya baginda adalah contoh yang paling mulia sebagai seorang pendidik, ayah, pahlawan islam, jujur dan sebagainya. Dari apa yang dipaparkan perjuangan Rasulullah adalah berdasarkan wahyu daripada Allah dan bukannya hasil tempatan yang dikatakan oleh penyerang-penyerang masakini. Kalaulah sepertimana yang didakyahkan oleh musuh islam maka mengapa dakwah mendapat sambutan hangat bukan sahaja daripada bangsa Arab malah dari semua bangsa.
PERINGKAT–PERINGKAT DAKWAH ISLAMIYAH SEMASA HIDUP RASULULLAH SAW.
Seruan Islam semasa hidup rasulullah telah menepuhi empat peringkat :
Peringkat pertama:
Seruan secara sulit memakan masa selama tiga tahun.
Peringkat kedua:
Seruan secara terang-terangan tanpa kekerasan, berjalan hingga berlakunya Hijrah.
Peringkat Ketiga
Dakwah secara terang-terangan menggunakan senjata untuk mempertahankan diri berjalan hingga pembunuhan Makkah mukarramah.
Peringkat keempat
Dakwah secara terang-terangan dan mengangkat senjata terhadap mereka yang cuba menghalang perjalanan dakwah. Dalam peringkat inilah dipraktikkan syariat-syariat islam dan perintah berjihad pun diturunkan. (Said Ramadan Al –Buti hal; 91)
SERUAN SECARA SULIT
Nabi Muhammad saw telah memulakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan ke atas baginda iaitu berdakwah secara sulit, menyeru manusia Arab supaya menyembah Tuhan yang Maha Esa dan menyingkirkan penyembahan berhala. Ianya dijalankan secara sulit agar kafir Quraisy tidak terperanjat dengan seruannya ini kerana mereka semua terlalu fanatik dengan penyembahan berhala. Sebagai langkah pertama diajaknya mereka yang karib dengan baginda sahaja atau mereka yang kenal dan rapat dengan baginda.
Diantara mereka yang mula-mula menyahut seruan Baginda ialah Sayyidina Khadijah Ra, Ali Bin Abi Talib, Zaid bin Harithah orang suruhan dan anak angkatnya, Abu Bakar bin Quhafah, Uthman bin Affan, Al-Zubair bin Awwam, Abdul Rahman bin Auff, Saad bin Abi Waqqas dan mereka yang lain RA.
Semua mereka ini telah bertemu dengan rasulullah secara sulit. Bila mereka hendak melakukan ibadat mereka akan pergi ke lorong-lorong Makkah yang jauh dari pandangan orang-orang quraish maka disanalah mereka akan mengerjakan ibadat. Ketika pemeluk agama islam meningkat tiga puluh orang lelaki dan perempuan maka rasulullah telah memilih satu tempat yang agak terpencil iaitu rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam dan di rumah itulah rasulullah menyampaikan segala taklimat tunjuk ajar dan nasihat. Seruan ini telah berjaya memberi hasil yang memuaskan. (Said Ramadan Al-Buti hal:92)Kemudian selang beberapa waktu ada beberapa orang terkemuka menyusul masuk islam iaitu Abu Ubaidah bin Jarrah, Abdullah bin Masuud, Ammar bin Yassin, Suhaib Arruumy dan lain-lain. (Yunus Ali Al-Muhdhor:hal 96)
Pengajaran Dan Renungan
1. Rahsia berdakwah secara sulit di peringkat oermulaan.
Rasulullah telah menjalankan tugasnya iaitu berdakwah secara rahsia kerana takut sesuatu yang akan menimpa ke atas dirinya kerana baginda sedar ketika mana di turun ayat:Yang bermaksud:“Hai orang yang berselimut, bangunlah, lalu berilah peringatan!”
Bahawa Tuhan tidak akan membiarkanya keseorangan tanpa pertolongan dan perlindungan dari-Nya. Sesungguhnya kalau Allah menurunkan ayat menyuruh baginda mara dengan apa yang disuruh sejak mula-mula lagi nescaya Rasulullah tidak akan berlengah sesaat untuk menjalankan dakwah secara terang-terangan tetapi allah telah mengilhamkan kepadanya. (Said Ramadan Al-Buti:hal78)
Dari sini nyatalah kepada kita dimana dalam menjalankan dakwah mengikut polisi dan taktif yang diharuskan ini adalah satu polisi rasululullah yang sifatnya sebagai ketua dan imam. Bukanlah sifatnya sebagai Nabi yang bertugas menyampaikan suruhan dan larangan Allah swt semata-mata.
2. Barisan pertama yang masuk islam.
Mengikut apa yang telah disarankan bahawa dalam peringkat pertama ini hanya mereka yang lemah dan fakir miskin sahaja telah memeluk islam. Sebagai jawpan kita menegaskan, ini adalah hasil daripada proses tabiaat dan aalam, dimana para Anbiya dimasa lampau telah menempuh dugaan dan cubaan seperti yang telah dirasai oleh Nabi Muhammad saw.
Sebagai hikmat Illahi yang terkandung dalam hakikat agama ini dimana penganut-penganut terdiri daripada orang-orang yang lemah ialah satu pengelakan daripada kekuasaan manusia kepada kekuasaan Allah dan merupakan paluan hebat terhadap mereka yang mempertuhankan manusia. Rahsia ini memang tepat untuk mereka yang lemahyang diperhambakan dan yang telah dianiyai ‘seterusnya cabaran dan tamparan hebat terhadap mereka yang mempertuhankan selain daripada Allah swt. (Said Ramadan Al-Buti:hal93-94)
SERUAN SECARA TERANG-TERANGAN
Ibnu Hisyam menceritakan ; seruan Islam telah mendapat sambutan yang tidak putus-putus dari orang ramai lelaki mahupun perempuan sehingga menjadi buah mulut dan perbualan umum di Kota Makkah. Kemudian Allah meminta Nabi saw menjalankan tugas secara terang-terangan dengan membentangkan perkara ini kepada orang ramai serta menyeru mereka beriman. (Said Ramadan Al-Buti:hal 99).
Pada awalnya arsulullah rasulullah berdakwah secara sulit selama tiga tahun. sehingga turunya ayat Al-Quran di bawah(Yunus Ali Al-Muhdhor:hal 97).
Yang bermaksud: “Maka sampaikanlah olehsegala apa yang diperintahmu secara terang-terangan kan dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. ”
Dan firman Allah lagi yang berbunyi: “Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat, dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutmu iaitu orang-orang yang beriman. ”
Dan firman Allah lagi yang berbunyi: “Dan katakanlah ; sesungguhnya Aku adalah pemberi peringatan yang menjelaskan. ”
Rasulullah telah mengumpul Bani Fihr dan Bani Adi di atas abukit Safa. Kesemua mereka turut hadir dala pertemuan itu. Bagi mereka yang uzur terpaksa menghantar wakil peribadi. Di situlah Nabi bangun lantas berkat:Apakah kamu sekalian akan percaya atau tidak sekiranya aku ceritakan bahawa di sebalik bukit ini ada sekumpulan musuh akan menyerang kamu. Jawab mereka:Sudah pasti kami akan percaya kamu kerana kami belum pernah mendengar lagi percakapan dusta darimu. Kemudian Rasulullah menambah:Sesungguhnya aku ini pembawa berita yang menakutkan iaitu dihadapanku ini suatu azab sengsara yang paling hebat. Abu Lahab pun bangun lalu menjawab:”Binasalah engkau hai Muhammad!, apakah untuk ini sahaja engkau kumpulkan kami?”Selepas iti turunlah ayat Al-Quran: Yang bermaksud: “Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. ”
Maka rasulullahpun mengumpul kaum kerabatnya yang paling hampir sambil berkata, ”Wahai Kaab bin Luai bebaskanlah dirimu daripada api neraka, wahai Bani Murran bin Kaabjauhkanlah dirimu daripada api neraka, wahai Bani Hisyam selamatkanlah dirimu daripada api neraka, wahai Bani Abdul Manaf jauhilah dirimu daripada api neraka, wahai Bani Abdul Mutallib Hindarkanlah dirimu daripada api neraka, wahai Fatimah bebaskanlah daripada api neraka. Sesungguhnya aku tidak upaya hanyalah setakat menghubung tali silaturrahim yang abadi dintara kamu sekalian. ”Pihak Quraisy telah menunjuk reaksi mereka terhadap seruan Nabi Muhammad saw dengan berpaling tadah dan mencemuh seruannya itu dengan ala san mereka tidak sanggup meninggalkan agama yang diwarisi dari datuk nenek mereka yang telah sebati dan menjadi darah daging. Untuk demikian Rasulullah telah menegaskan yang mereka terpaksa dibebaskan dan direvolusikan mental dan cara pemikiran mereka daripada belenggu taqlid dan turut membabi buta ini dan cuba menggunakan akal fikiran dan logik serta menerangkan kepada mereka dimana berhala yang diperbuat daripada batu kemudian disembah itu langsung tidak memberi faedah atau membahayakan mereka.
Penyembahan mereka terhadap berhala-berhala tadi semata-mata bergantung pada perasaan sentimen dan taksub yang melulu kepada datuk dan nenek mereka yang terdahulu.
Bila rasulullah saw mengecam berhala dan penyembahannya, memperhinakan cara mereka berfikir dan cara pemikiran datuk dan nenek moyang mereka lantas kecaman rasulullah itu ditentang habis-habisan. Kecualilah mereka yang telah memeluk Islam dan terkecuali juga bapa saudaranya Abu Talib yang telah mempertahankan Rasulullah dari serangan orang Quraisy.
Pengajaran dan renungan
Seruan rasulullah telah memeranjatka orang Quraisy. Ini dapat dilihat melalui penentangan Abu Lahab dan penyertaan Quraisy dalam penentanga baginda. Rasulullah telah memperolokkan peyembahan berhala yang sesat daripada kebenaran.
PENYIKSAAN
Puak Quraisy begitu melampau menentang rasulullah. Ketika rasulullah bersembahyang di Kaabah, Aqabah bin Abu Muit dating mencekik baginda dengan bajunya, kemudian Abu Bakar dating memegang kepala bahunya sambil menolaknya dari rasulullah. Selain itu seorang hamba Allah dating melempar najis sembelihan keatas belakang rasulullah ketika sedang sujud sembahyan hingga rasulullah tidak mengangkat keplanya dari sujud sehingga Fatimah dating membuang najis tadi dan bertanya kepada Ali siapa yang membuat begitu. Di ketika lain pula baginda terpaksa menanggung berbagai kejian dan hinaan ketika berjalan ditengah-tengah mereka dan ketika melalu di hdapan kelab-kelab mereka.
Sahabat-sahabat rasulullah juga telah mengalami pelbagai penyiksaan sehingga terdapat mereka yang mati akibat penyiksaan yang melampaui batas manakala yang lain cacat anggota badan dan buta. Namun demikian keimanan mereka tetap teguh namun lebih bertambah.
Musuh Rasulullah telah menentang dan menghalang baginda dari menyeru manusia ke jalan kedamaian dan kegembiraan. Mereka telah menghina dan menyiksa baginda dan para sahabat. Baginda amat runsing mengenai kegiatan jahat mereka namun baginda tetap memanggil mereka ke jalan kedamaian. Mereka mencerca dan membaling batu ke arah baginda tetapi baginda menjawab: “Maka berpalinglah(wahai Muhammad)dari mereka dan katakanlah :Salam(selamat tinggal)Kelak mereka akan mengetahui(nasib mereka yang buruk). ”(Surah Al Zukhur :89).
Baginda tidak pernah lemah dalam usaha untuk membawa mereka kesemuanya kepada kedamaian dan keselamatan di dalam mentaati hukum_hukum Allah. (AlFazlur Rahman 1990, hal:(wahai Muhammad)dari mereka dan katakanlah :Salam(selamat tinggal)Kelak mereka akan mengetahui(nasib mereka yang buruk). ”(Surah Al Zukhur :89).
Baginda tidak pernah lemah dalam usaha untuk membawa mereka kesemuanya kepada kedamaian dan keselamatan di dalam mentaati hukum_hukum Allah. (AlFazlur Rahman 1990, hal:4-5).
Pengajaran dan renungan
1. Berpegang dengan pengajaran Islam dan mendirikan masyarakat yang sejati. Rasulullah dan pengikutnya tetap tabah menghadapi penentangan daripada kafir Quraisy kerana mereka yakin ganjaran syurga daripada Allah swt.
RUNDINGAN DAN TAWARAN
Menurut apa yang diceritakan oleh Ibnu Hisyam bahawa satu masa Utbhah bin Rabiah salah seorang pembesar yang bijak telah menawar kepada Quraisy”Wahai sekalian, mahukah kamu kalau aku pergi menemui Muhammad untuk menawarkan beberapa tawaran semoga beliau menerimanya dan denga demikian kita tidak lagi terancam dengan seruan baru itu. ”Maka mereka bersetuju. Maka bertemulah mereka dengan rasulullah. Maka berkatalah Utbhah, ”Sekiranya tujuan mu ini untuk mendapatkan harta, maka kami akan kumpulkan harta-harta kami untuk kamu sehingga kamu menjadi lebih kaya daripada kami. sekiranya kamu brniat untuk mendapatkan kekayan maka kami bersedia melantik kamu menjadi raja, dan sekiranya kamu menolak mentah-mentah maka kami bersedia untuk mencari tabib untuk merawat kamu sehingga sembuh”
Setelah itu rasulullah menjawab “Apakah sudah segala hasrat yang hendak ditawarkan?”Jawab Utbah “Ya, ”Maka Rasulullah membaca ayat Al_Quran dari surah Al-Fusilat):
Yang bermaksud:
Ha mim. Diturunkan dari Tuhan Yang Maha Penyayang dan Pemurah. Kitab yang menjelaskan ayat-ayat dalam bahasa Arab, untuk kaum yang mengetahui. Yang membawa berita gembira dan peringatan tetapi kebanyakan mereka merrka berpaling daripadanyan dan tidak mahu mendengarnya. Mereka berkata “Hati kami berada dalam tutupan, apa yang kamu seru kami kepadanya dan telinga kami ada sumbatan dan antara kami dan kamu ada dinding, maka berkerjalah kamu sesungguhnya kami berkerja pula. ”
Katakanlah :Bahawasanya aku hanyalah seorang manusia, diwahyukan kepada ku bahawasanya tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Esa. Maka tetaplah pada jalan yang lurus menuju kepadaNya dan memohonlah apapun kepadaNya. Dan kecelakaan lah bagi mereka yang mempersekutukannya. ”
Utbhah menutup mulut rasulullah dengan tangannya memoho supaya berhenti becakap kerana terpaku dengan ayat yang penuh ugutan itu. Utbhah pun kembali kepada sahabatnya dan menyatakan supaya mereka melupakan hasrat mereka itu kerna taku akan ugutan itu.
Namun begitu pembesar=pembesar Arab tidak berputus asa dengan beramai-ramai menemui rasulullah dengan mengemukaakan baginda dengan apa yang ditawarkan noleh
Utbah.
PEMULAUAN EKONOMI
Setelah Quraisy tidak dapat membunuh baginda mereka berpakat untuk memulaukan rasulullah dan pengikutnya. Mereka menandatangani satu perjanjian bertulis dimana mereka tidak akan mengahwini, berjual-beli, menyekat sumber rezeki, tidak menerima sebarang perdamaian dan tidak akan berbelas kasihan sehingga Abani Abdul Mutallib menyerahkan rasulullah untuk dibunuh. Perjanjian itu berlangsung selama tiga tahun yang bermula dari bulan muharram ketujuhhingga tahun kesepuluh selepas kebangkitan baginda sebagai rasulullah.
Rasulullah bersama orang bertungkus lumus untuk memperjuangkan kehidupan mereka sehingga terpaksa makan daun dan pucuk kayu.
HIJRAH PERTAMA DALAM ISLAM.
Dalam keadan dan penderitaan, satu perutusan dari luar Makkah telah datang menemui rasulullah dengan tujuan untuk mempelajaru islam dari dekat. Mereka terdiri daripada dua belas orang dengan menemui rasulullah secara baik. Setelah mendengar beberapa potong ayat al Quran mereka telah memeluk Islam.
PERANTAUAN RASULULLAH KE TAIF
Setelah Rasulullah menerima tentangan dan siksaan pahit kaum Quraisy maka mereka telah cuba keluar daripada Makkahuntuk mencari perlindungan dan sokongan dari suku kaum Qabilah Thaqif dan semoga mereka akan menerima baik apa yang telah diturunkan oleh Allah.
Ketika Rasulullah sampai di Ta’if Baginda telah mengemukakan hasratnya kepada beberapa orang yang mula-mula ditemuinya. Mereka terdiri daripada ketua-ketua puak Ta’if tapi sebaik saja rasulullah menyeru mereka seruannya ditolak mentah-mentah. Dengan itu rasulullah bangun menyeru mereka dan meminta supaya mereka merahsiakan perkara ini. Tetapi harapan baginda tidak diendahkan. Malah ada di antara mereka hamba abdi dan anak-anak nakal melontar Baginda dengan anak batu hingga luka kedua belah kakinya. Zaid bin Al-Harithah yang melindungi serangan dan lontaran batu sehingga luka di kepalanya. Akhirnya mereka sampai ke dusun di mana kanak-kanak itu tidak mengikut lagi. Kemudian dua anak lelaki Rabiah yang nampak Rasulullah berasa kasihan dan menyuruh hamba membawa anggur. Rasulullah berasa hairan dengan kemuliaan hati mereka. Setelah itu Rasulullah beredar dari Ta’if pulang ke Mekah dan beristirehat di suatu dusun tamar. Tiba-tiba sekumpulan orang melalui kawasan itu dan mendengar bacaan ayat-ayat Al Quran Rasulullah. Mereka beredar dan menemui kaum mereka dengan menyampaikan maksud peringatan ayat itu dan terus beriman.
MUKJIZAT ISRAK DAN MIKRAJ
Adapun peristiwa ini berlaku apabila Rasulullah dinaikkan ke lapisan langit tertinggi di mana telah bertemu dengan Allah yang berlaku semalam sahaja. Di malam itu Rasulullah menunggang buraq binatang yang seakan-akan keldai dan kecil sedikit dari baghal. Setelah baginda sampai dan masuk ke dalam masjid Al-Aqsa menunaikan solat Jibril membawa dua biji gelas, Satu arak dan satu susu. Rasulullah memilih susu yang bermakna fitrah dan semulajadi. Setelah itu baginda naik ke langit pertama, kedua, ketiga dan ke sidratul muntaha dan dikhabarkan kewajipan sembahyang lima waktu. Keesokannnya Baginda menceritakan kepada umum menyebabkan kafir bergelak ketawa dan mencabar Baginda membuat satu gambaran tentang Baitulmuqaddis. Sebenarnya memang sukar untuk mengingat kembali sehalusnya berapa tiang dan berapa pintu. Walaupun begitu Allah menampakkan Rasulullah gambar Baitulmuqaddis. Dengan ini cabaran itu terjawab. Beberapa orang menemui Abu Bakar tentang Israk Mikraj tetapi beliau mempercayainya.
RASULULLAH MEMPERKENALKAN DIRINYA KEPADA QABILAH DAN PERMULAAN ANSAR MEMELUK ISLAM
Pada musim haji, Rasulullah mengenali qabilah di kota mekah dengan mengemukakan Islam. Malangnya tidak seorang pun menghiraukan. Penghidupan mereka bersama orang Yahudi telah merintis jalan ke arah menerima Islam. Persengketaan di antara Qabilah Kazraj dan puak lain menyebankan mereka menerima Islam.
PERJANJIAN AQABAH YANG PERTAMA
Orang Ansar tiba seramai 12 orang lelaki bertemu di Al-Aqabah yang dikenali Perjanjian Aqabah pertama. Perjanjian itu termasuklah jangan mensyirikan Allah, berzina, membunuh anak dan segaala kejahatan. Ketika mereka hendak pulang, Rasulullah mengirim seorang hamba Allah untuk mengajar dan membaca Al-Quran serta aspek-aspek Islam.
PERJANJIAN AQABAH YANG KEDUA
Sebilangan besar orang Islam Madinah bersama Rasulullah bersembunyi keluar untuk mengelakkan kafir Quraisy tahu. Rasulullah menyuarakan hasrat supaya mereka sanggup mempertahankan diri Baginda. Beberapa orang memberikan kata sepakat untuk melindungi Baginda dalam peperangan atau persenjataan. Setelah kesemua mereka membuat perjanjian Rasulullah menyuruh mereka balik.
KEIZINAN RASULULLAH KEPADA SAHABATNYA UNTUK BERHIJRAH KE MADINAH
Setelah pengikut Islam meningkat 70 orang Rasulullah bersa tenang kerana cukup bilangan ini dalam peperangan dan pertolongan. Penyiksaan orang Musyrikin semakin bertambah dan kejam. Mereka mengadu kepada Rasulullah untuk berhijrah. Rasulullah menjawab Yathrib tempat hijrah yang paling baik. Mereka pun bersiap sedia dan keluar sembunyi-sembunyi. Berturut-turutlah para sahabat sampai di madinah dan menumpang golongan Al-Ansar yang memberi pertolongan dan layanan yang baik kepada muhajirin.
HIJRAH RASULULLAH
Setelah beliau dapati ramai orang muslimin berhijrah ke Madinah, Abu Bakar R. A juga hendak turut serta. Pihak Quraisy mengikuti perkembangan ini. Tambahan pula ramai orang luar yang memeluk Islam. Mereka bertemu dan bernesyuarat untuk mengambil langkah terhadap Rasulullah. Akhirnya mereka bersetuju untuk memilih seorang pemuda membunuh Rasulullah. Pada malam itu, Rasulullah bertukar tempat tidur dengan Ali bin Abu Talib R. a. Manakala Rasulullah dan Abu Bakar berkejar ke Gua Thur. Abu bakar sentiasa melindungi Rasulullah dari bahaya. Pihak Musyrikin telah melantik beberapa kumpulan mencari Rasulullah tetapi gagal. Akhirnya Rasulullah tiba di Yathrib dan di sambut dengan meriah. Di situ Rasulullah membina sebuah masjid yang pertama
DAKWAH DI MADINAH
Sebenarnya hijrah Rasulullah ke Madinah membawa erti kelahiran sebuah negara Islam yang pertama dialam ini. Asas dan dasar tersebut ialah:
1. Pembinaan masjid
-dari batu-bata dan hanya berbumbungkan pokok-pokok kayu yang mengadap Baitulmaqdis sebagai kiblat.
2. Persaudaraan sesama muslimin
-Rasulullah saw mempersaudarakan antara sahabatnya, orang-orang muhajirin dan Ansar. Dipersaudarakan mereka demi kebenaran dan pertolongan.
-Kemudian Rasulullah mempersaudarakan diantara tiap sahabatnya dengan ikatan persaudaran umum.
3. Perjanjian umat Islam dengan Non-Muslim
-untuk menentukan nilai perlembagaan negara baru ini.
-seluruh penduduk Madinah Arab dan Ansar memeluk Islam kecuali beberapa orang dari qabilah Aus.
-Kes menggubal carta perjanjian dan dimeterai antara orang Islam(Ansar dan Muhajirin)didamaikannya dengan orang Yahudi dan diakui kebebasan beragama dengan syarat-syarat tertentu. Fasal ini dinamakan Piagam Madinah yang mempunyai 47 fasal.
PERJUANGAN RASULULLAH DALAM PEPERANGAN
Islam memperjuangkan keamanan sebagai prinsip asasi kehidupan dan telah mengambil kesemua langkah-langkah yang perlu untuk mempertahankanya daripada mereka yang melampaui batas. Rasulullah terpaksa melancarkan peperangan untuk mempertahankan para sahabat baginda didalam usaha mereka untuk mematuhi hukum-hukum Allah dan menyeru manusia kepadanya. (AlFazlur Rahman, hal :8-9)
Peperangan yang pernah disertai baginda ialah :
Perang Badar Al-Kubra-sebab rasulullah mengetahui ketibaan kafilah Quraisy ke Madinah.
Perang Uhud-sebab terdapat sebahagian dari penganjur-penganjur Quraisy yang tidak terbunuh dalam peperangan Badar dan mahu menuntut bela atas kematian pejuang-pejuang mereka. (Fiqh Al Sirah Muhammah Ramadan Al-Buti, Jilid 2, hal:35. )
Perang Zat AlRiqa’. -sebabnya berlaku pengkhianatan qabilah Najd terhadap kaum muslimin(Muhammad Al-Butu, hal:403)
Perang Al-Muraisi(Al-Buti, hal:421).
Perang Khandaq-sebabnya kaum yahudi bersam Quraisy hendak memrangi Rasulullah. (Al-Buti, hal:449).
Perang Bani Quraizah(Al-Buti, hal:475).
FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN DAKWAH.
1. Allah memberi jaminan bahawa Dia akan memberi pertolongan kepada orang yang sabar berjuang pada jalan Allah.
2. Rasulullah menggunakan cara dakwah yang betul dan berkesan.
3. Kesabaran dan ketabahan Rasulullah menjadi factor kepada kejayaan dalam menjalankan dakwah Islamiyah.
4. Baginda tetap tenang dan tidak menunjukkan kemarahan atau membalas dengan kekerasan walaupun baginda dihina, disakiti dan diancam.
5. Cara berdiplomasi yang diamalkan Rasulullah dalam berdakwah mendatangkan kejayaan.
6. Akhlak dan pekerti baik yang ada pada rasulullah telah menarik minat orang ramai untuk percaya apa yang disampaikan.

************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com