SUMBER-SUMBER AJARAN ISLAM
Sumber-sumber ajaran Islam boleh dibahagikan kepada dua kategori:
1 Sumber-sumber asasi iaitu Al-Quran dan As Sunnah.
2 Sumber-sumber ijtihadi yang terdiri daripada;
Al-Ijmad dan Al-Qias
SUMBER-SUMBER ASASI
AL-QURAN:
Al-Quran ialah nama terbitan daripada kata kerja Qa-ra-a, yaq-ra-u yang bererti bacaan. Selain daripada panggilan Al-Quran iajuga disebut dengan Al-Furqan, Al- Kitab, Az-Zikr.
Makna Al-Quran dari segi istilah ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam bahasa Arab yang disampaikan secara mutawatir dan membacanya suatu ibadah.
PENURUNAN AL-QURAN
Al-Quran adalah hidayah Allah s.w.t kepada semua umat manusia. lanyajuga merupakan mukjizat yang menyokong kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Selain dari itu Al-Quran juga adalah perlembagaan kepada umat Islam yang menerangkan segala- galanya baik secara umum atau khusus.
Penuruman Al-Quran telah dilakukan secara beransur-ansur dalam jangka masa yang agak panjang iaitu selama 23 tahun. la bermula dengan ayat 1-5 Surah Al-Alaq dan berakhir dengan ayat 3 Surah Al-Maidah.
CIRI-CIRI KELEBIHAN Al-QURAN
Al-Quran mempunyai beberapa ciri khusus yang membezakannya dengan kitab-kitab yang lain:
Pertama:
la diturunkan dalam bahasa Arab. Ini membezakannya dari kitab-kitab. Samawi yang lain. Tidak pemah terdengar wujudnya kitab yang lain ditunmkan dalam bahasa Arab. Perkara ini dijelaskan oleh Allah swt dengan firmanNya yang bermaksud: " Sesungguhnya Kami turunkan dia, (sebgai) bacaan yang berbahasa Arab, supaya kamu berfikir" {Yusuf:2}
Kedua
Al-Quraan turun sebagai Wahyu daripada Allah swt kepada Rasulullah s.a.w dengan lafaz dan maknanya sekali.
Ketiga
Al-Quraan menjadi mukjizat bagi Rasulullah s.a.w. Allah telah mencabar orang-orang Arab agar membuat satu kitab yang sama seperti Al Quraan. Tetapi mereka tidak mampu melakukannya. Ini menjadi bukti yang jelas bahawa al-Quraan bukanlah ciptaan Nabi Muhammad s.a.w, sebaiknya datang daipada Allah swt yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Keempat
A-Quraan disampaikan kepada kita melalui riwayat yang mutawatir dan dengan jalan penulisan dari sisi Rasullah s.a.w hingga ke hari ini. Ketetapanya adalah diyakini, tidak diresapi oleh pengubahan atau penukaran atau peminda Firman Allah: " Sesungguhnya Kamilah yang menumnkan Al-Quraan dan sesungguhnya Kami benar- benar memeliharanya" {Al-Hijr, 9}
Kelima
Membaca Al-Quraan di dalam sembahyang dan di luar sembahyang adalah dikira ibadah dan diberikan pahala. Allah swt mewajibkan kita membaca surah A-Fatihah dalam sembahyang. Nabi s.a.w memberitahu kepada kita bahawa seseorang muslim akan diberi ganjaran pahala bacaannya bagi setiap hurufdengan sepuluh kebaiakan.
AS-SUNNAH
As-Sunnah dari segi bahasa beerti "jalan" atau " cara", baik yang terpuji atau tercela. Menurut peristilahan para Ahli Usul, al-Sunnah beerti segala sesuatu yang bersumber dari Rasulullah s.a.w baik dalam bentuk quail (ucapan), Fili (perbuatan), mahupunya taqrir (pengakuan).
As-Sunnah adalah sumber asai yang kedua selepas alQuraan. la berperanan menerang dan memeperincikan isi kandungan al-Quraan secara praktikal dalam melaksanakan tuntutan al-Quraan.
Dari pengertian di atas, as-Sunnah boleh dibahagikaa kepada tiga bentuk: i- Sunnah Qauliyyah ialah kata-kata yang diucapakan oleh Rasulullah s.a.w dalam pelbagai keadaan untuk pelbagai tujuan. Umpamanya Sabda Nabi yang bermaksud "sesungguhnya amalan itu bergantung kepada niat"
ii- Sunnah Filiyyah ialah perbuatan yang dilakukan oleh Baginda s.a.w. Umpamanya Nabi melakukan ibadah solat danhaji, kemudaian menyuruh orang ramai melakukan sepertimana yang dilakukannya.
iii- Sunnah Taqririyyah ialah pengakuan Rasulullah s.a.w terhadap apa yang diucapa dan dilakukan oleh para sahabat r. a. Berlaku pengakuan ini apabila Rasulullah tidak membantah atau mendiamkan ketika melihat para sahabat melakukan sesuatu dihadapannya atau mendengar mereka menyebut sesuatu perkataan atau mengetahui mereka telah melakukan sesuatu dibelakangnya. Keadaan tidak membantah atau mendiamkan diri dikira sebagai pengakuan bahawa apa yang mereka lakukan itu betul dan tidak bercangah dengan syaruk. Contohnya Rasulullah tidak menegah sahabat memakan dhab dengan mendiamkan diri.
SUMBER-SUMBER IJTIHADI
Al-Ijma
Ijma dari sudut bahasa mempunyai dua pengertian. Pertama bennksud keazaman. Dalilnya ". . . . Dan buatlah leazaman kamu. . . . " {Surah Yunus : 71} Kedua ia bermaksud persepakatan. Oleh itu ijma berdasarkan makna pertama boleh terhasil dengan perlakuan seorang sahaja. Manakala ijma dengan makna yang kedua tidak mumngkin tercapai kecuali dengan wujudnya dua atau lebih. Menurut istilah ulama usul, ijma ialah persepakatan para mujtahid dari kalangan umat Muhammad s.a.w selepas kewafatan baginda dalam satu-satu zaman di atas satu-satu hukum syara. . Berdasarkan pengertian di atas makajelas bahawa ijma itu tdak akan berlaku kecuali ia memenuhi syarat-syarat berikut:
i- Hendaklah persepakatan iut berlaku dikalangan para mujtahid, jika bukan dai kalangan mereka, maka tidak dikira ijma.
ii- Persepakatan tersebut mestilah berlaku dikalangan semua mujtahid. Jika sebahagiannya sahaja, maka tidak boleh dikira ijma, kerana masih ada yang tida sepakat.
iii- Persepakatan mujtahid itu mestilah berlaku selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Ijma tidak perlu semasa hayat Baginda kerana memadai dengan Wahyu al-Quraan yang diutuskan dan Sunnahnya.
iv- Persepakatan ini hanyalah mengenai hukum syara sahaja seperti wajib, haram, harus dan sebagainya.
v- Persepakatan ini mestilah dari kalangan umat Nabi Muhamad sahaja. Terkeluar daripadanya ketua-ketua agama lain kerana mereka mungkin dipengaruhi oleh akidah agama mereka.
vi- Persepakatan ini mestilah dari kalangan semua mujtahid yang ada pada zaman tersebut.
AL-QIAS
Qias dari segi bahasa brerti menyamakan, iaitu menyamakan esuatu dengan sesuatu yang lain. Menurut istilah ulama usul Qias ialah menyamakan sesuatu masalah yang tidak ada nasnya dengan sesuatu masalah yang sudah ada nas hukumnya kerana adanya persamaan illah antara kedua-duanya.
Rukun Qias
Bagi membentuk sesuatu Qias ia hendaklah terlebih dahulu menyempumakan emapt rukun berikut;
i- Asal (al-asi) iaitu perkara yang sudah ada hukumnya yang telah ditetapkan oleh nas syara
ii- Furu (Al-faru) iaitu perkara baru yang tidak terdapat nas mengenai hukumnya samada dari al-Quran atau as-Suimah ataupun ijma.
iii- Hukum asal (Hukum al-asi) hukum perkara asal yang terdapat nasnya dalam al-Quraan atau as-sunnah.
iv- Sebab hukum (illah) iaitu bentuk persamaan yang mengikat diantara perkara asal (al Asl) dengan yang baru (al-Faru).

************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com