PENDAHULUAN
AWALUDIN MA’RIFATILLAH-“Awal-awal agama ialah mengenal Allah”. Paling wajib dan paling bermakna dalam kehidupan seseorang itu ialah apabila ia mempunyai agama. Sementara kemuliaan seseorang dalam beragama itu pula bergantung kepada sejauh mana dia kenal akan Tuhannya. Kalau seseorang itu tidak mengenali Tuhan yang menurunkan agama untuknya itu maka agama(aqidah) itu tidak sah. Bagaimana bijak pun dia membaca ayat-ayat Tuhannya, tetapi kalau dia sendiri tidak kenal Tuhannya, ayat-ayat dibacanya itu sedikit pun tidak memberi apa-apa erti kepadanya.
MENGENAL ALLAH
Tugas mengenali Tuhan, adalah tugas zahir dan batin yang amat sulit dalam kehidupan manusia. Kenapa susah untuk mengenali Tuhan? Ini kerana Allah(Tuhan) itu tidak berbentuk, berhuruf(mempunyai) berwarna dan bertentangan dengan sifat-sifat zahir alam ini kerana ia di atas sifat mukholafatuhulilhawadis(tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia) – As Syura 11. Kalau silap pegangan dan pemahaman menyebabkan kita syirik dengan Allah ataupun menjadikan kita bertuhan kepada diri sendiri. Justeru itu tidak ada sesiapa di dalam dunia ini telah mengaku dapat berjumpa dengan Allah melainkan setakat kenal(dengan ilmu) pada zat, sifat, asma dan af’al-Nya sahaja. Zat Allah pun tidak siapa kenal dengan pasti. Allah sendiri memberi penegasan dan meminta agar kita mengenali-Nya dengan sebaik-baik pengenalan. Malah sesiapa yang tidak kenal Allah(ma’rifat dengan-Nya) maka akan celakalah diri seseorang itu.
Ertinya: “Dan orang-orang yang kafir(tidak percaya) dengan ayat-ayat Allah dan pertemuan(menindakkan) dengan Dia, mereka akan putus asa dari rahmat-ku dan mereka itu mendapat azab yang pedih. (Surah An Kabut 23)
Melalui firman ini Allah memberi peringatan bahawa sesiapa yang tidak mempercayai dan yakin kepada kata-kata-Nya dan menindakkan khabar akan bertemu dengan-Nya, orang itu akan mendapat azab yang pedih. Mereka yang tidak kenal Allah tidak membawa apa-apa erti, hidupnya sepertilah kayu-kayan ataupun daun-daun kering yang bergelimpangan di atas muka bumi. Bukankah kita ini hamba-Nya yang dicipta oleh-Nya. Maka sudah pasti secara logiknya sebagai hamba yang dicipta mesti kenal dengan penciptanya. Tanpa ilmu tidak mungkin untuk kita mengenal dan mengetahui apa-apa tentangnya. Ada empat bidang ilmu yang paling penting yang wajib bagi kita ketahui dan memilikinya dalam usaha untuk berkenalan dengan Tuhan.
Ilmu-ilmu itu ialah:
1. Syariat.
2. Tariqat.
3. Hakikat.
4. Ma’rifat.
1. Syariat
Syariat ialah ilmu hukum berhubung dengan peraturan, tata cara hidup bagi makhluk(manusia) yang telah ditetapkan oleh Allah dengan pentafsiran oleh Rasulnya. Peraturan ini telah diturunkan Allah melalui perantaraan malaikat kepada Nabi Muhammad. Peraturan ini berlaku dalam semua bidang kehidupan manusia, baik soal aqidah,(kepercayaan nyata dan ghaib), soal ibadat, soal muamalat, soal munakahat dan lain-lain juzuk kehidupan. Peraturan syariat juga utuk membolehkan manusia berhubung dengan Tuhannya melalui hukum syariat(amal ibadat fardu ain) seperti sembahyang lima waktu sehari semalam, berpuasa pada bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan fardu Haji dan lain-lain.
2. Tariqat.
Tariqat ialah merupakan satu(ilmu) jalan, ke arah untuk pembersihan diri(jiwa/rohani) bagi mengenal diri dan Allah. Pengertian Tariqat ini juga ialah amalan-amalan untuk membolehkan kita mengenali diri kita seterusnya untuk berjumpa dengan Allah. Amalan itu menekankan kepada pembersihan jiwa dan rohani dan juga kepada penegakan syariat(undang-undang) Allah yang konsisten(istiqamah). Kerana secara logiknya sesuatu yang suci(Allah) itu hanya dapat didekati oleh insane yang suci juga.
Ertinya: “Sesungguhnya Allah akan membeli orang-orang mukmin dirinya dan hartanya dengan Syurga, iaitu mereka yang berjuang menegakkan peraturan Allah(syariat). ”-At Taubah 111.
3. Hakikat
Hakikat ialah ilmu mengenali diri sendiri. Ilmu ini sangat penting kerana selagi kita tidak mengatahui siapa hakikat diri yang sebenarnya, maka selama itulah kita tidak tahu segala-galanya baik tentang diri kita sendiri dan apa lagi mengenai Allah. Ilmu Hakikat ini juga ialah ilmu yang mendasari kepada dasar sesuatu hakikat kejadian. Ilmu inilah yang memperkenalkan siapakah diri kita yang sebenarnya.
4. Makrifat
Makrifat ialah satu ilmu yang paling dalam dan paling tinggi. Ilmu makrifat bolehlah dikatakan kemuncak kepada ilmu qalam dan syahadah. Bila ketiga ilmu ini telah sempurna, maka akan terbentuklah ilmu makrifat. Peringkat kecermelangan makrifat ini ialah orang yang menguasai tiga cabang ilmu, Qalam, Syahadah dan Ghaib. Selagi mereka tidak menguasai keempat-empat cabang ilmu itu, maka jangan diharapkan seseorang itu boleh berkenalan dengan Allah.
Ertinya: “Dan barang siapa yang buta(hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat(nanti) ia akan lebih buta(pula) dan lebih sesat dari jalan yang benar. ”(Al Israa 72).
Tanpa ilmu itu mereka tidak mungkin akan kenal Allah dengan sebenar-benarnya, kerana Allah itu ghaib kita hanya boleh kenal pada sifat zat, sifat asma dan af’alnya.
1. Zat
Zat adalah sesuatu yang tidak berbentuk dan berjisim. Ia tidak boleh digambarkan dengan apa-apa bentuk. Zat Allah adalah milik-Nya yang mutlak dan tersendiri. Zat Allah itu memenuhi dan meliputi langit dan bumi. “Aku datang dari cahaya Allah dan seluruh alam. ” Firman Allah Ertinya:”Daripada Allah kamu datang dan kepada Allah kamu dikembalikan. ”(Al Baqarah 156)
2. Sifat
Sifat Allah pula ialah tentang sesuatu yang hidup, berbentuk, berwarna dan apa juga bentuk yang dapat dirasakan, dihidukan, didengarkan dan disentuh. Itu adalah sifat Allah. Semua yang wujud di atas dunia ini baik ianya sesuai ataupun tidak dengan jiwa kita, ia semuanya sifat dan zat Allah. Erti sifat ialah sesuatu kejadian itu adalah di atas kehendak dan keredhaan Allah. Tidak ada sesuatu kejadian yang bukan di atas kehendak dan kemahuan-Nya. Dalam istilah lain apa sahaja yang wujud dalam dunia ini adalah sebagai membayangkan sifat, ataupun rupa bentuk Allah dalam pandangan zahir(mata kasar).
Sifat Allah ialah tiada yang hidup, tidak yang mengetahui, tiada yang berkuasa, tiada yang berkehendak, tidak yang mendengar, tiada yang melihat, tiada yang berkata-kata pada hakikatnya melainkan Allah.
3. Af’al
Af’al ialah perbuatan. Sesuatu yang berlaku di atas dunia ini adalah di atas gerak geri Allah. Tidak bergerak sesuatu itu melainkan di atas kehendak-Nya. Perbuatan yang baik adalah perbuatan-Nya, perbuatan yang jahat juga perbuatan-Nya.
Firman Allah
Ertinya: “Allah pencipta langit dan bumi, dan bila Ia berkehendak(untuk mencipta) sesuatu maka(cukuplah) Dia hanya mengatakan ‘jadilah’ lalu jadilah ia. ”(Al Baqarah 117).
Af’al Allah ialah tiada yang empunya perbuatan dalam alam ini hanya perbuatan Allah, tiada perbuatan makhluk sebesar zarah jua dalam alam ini.
4. Asma
Asma ertinya nama. Setiap apa yang disebut di atas muka bumi ini dan mampu dilafazkan oleh lidah dan hati adalah merupakan nama Allah. Baik nama itu kotor dan jelek pada pengertiannya ataupun baik, ia juga nama Allah. Nama Allah yang 99 itu adalah nama sifat-Nya. Sebaliknya pengertian Asma itu lebih luas dan mendalam dari itu. Asma meliputi apa sahaja nama dan bunyi yang dapat disebut oleh mulut, didengar oleh telinga hinggalah kepada sesuatu yang dapat dimengertikan oleh hati manusia. Ertinya: “Ingatlah bahawa sesungguhnya mereka adalah dalam keraguan tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingat bahawa sesungguhnya Dia maha meliputi segala sesuatu. ”(Fushsilat) Apa sahaja perkataan dan sebutan yang keluar dari mulut kita, itu adalah nama-Nya.
Dalam istilah lain setiap sebutan itu adalah nama Allah. Kita sebenarnya berkomunikasi dengan Allah melalui nama-namanya. Itulah empat perkara penting yang harus kita kenal. Jika kita telah mengenal-Nya, maka kenallah kita kepada Allah. Kalau kita tidak mengenalnya dengan mendalam, bererti nipislah pengenalan kita kepada Allah. Setelah kita mengenali secara mendalam terhadap ke empat-empat perkara itu, zat, sifat, asma dan af’al barulah kita dapat merasakan bahawa dunia ini penuh dengan Allah. Barulah kita dapat menghayati pengertian dalam surah Qul Hua’Lah yang bermaksud ; Ertinya: “Katakan; Dia adalah Allah, Maha Esa. Allah adalah pergantungan. Tidak beranak, dan tidak Dia diperanakkan. Dan tidak ada bagi-Nya yang setara, seorang pun. ”
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kita boleh berkenalan dan mengenali Allah … malah perkara ini wajib dan merupakan fardu ain bagi setiap umat Islam. Penemuan(kenal) dengan Allah ialah sebagai bukti bahawa kita(manusia) mempunyai Tuhan dan menjadi hamba kepada-Nya, serta untuk menyatakan sumpah janji semasa di alam Roh.

************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com